Ep 61 : baju melayu hijau serindit


Salam.


Permai pinjam tajuk novel tulisan Syud konon untuk ambil semangat sikit setelah berbulan tinggalkan blog p.e.r.m.a.i.s.u.r.i. ni.. Permai sangat rindu untuk menulis dan bercerita, tetapi cepatnya masa berlalu sampaikan Permai sudah jauh tertinggal dalam kesibukan rutin baru. Tak terkejar dah.. insyaALLAH, Permai sedaya upaya akan rajinkan diri serta menyempatkan diri untuk terus menulis. Aduhai..berjanji lagi..moga-moga Allah beri kekuatan untuk menunaikan janji..

Sudah setahun kisah baju melayu hijau serindit berlalu..terasa sangat baru dan masih segar diingatan.

Selepas terkejut akan mengubah status dalam tempoh yang terdekat, banyak yang perlu disiapkan segera. Kalut dan ralat sama banyak, seperti tidak jejak tiap langkah. Mudahnya kata sepakat dicapai dalam menetapkan tarikh namun perkara yang menyusul kemudian tidak semudah itu.

Cuma ada lebih kurang 3 minggu sahaja lagi..

Permai memilih kata ‘setuju’untuk mengenakan busana hijau pada majlis akad nikah. Tapi hijau yang bagaimana? Mulanya seperti mudah untuk mencari kain berwarna hijau dan hantar sahaja kepada tukang jahit. Siap!. Oh,tolonglah Permai! jangan tahu nak senang aje..

Kami putuskan supaya mencari baju melayu dahulu, lalu sekian banyak kedai pakaian yang En. Damai jelajah, payah sungguh mencari baju melayu hijau yang berkenan sementelah pula pilihan tidak pelbagai, musim raya sudah lama berlalu. Akhirnya sepasang baju melayu hijau serindit mencuri perhatian, lalu Permai menerima MMS gambar baju tersebut, ‘ooo..ini rupanya hijau serindit’.

Berpandukan gambar itulah Permai perlu mencari kain pasang untuk Permai pula, nak dibuat baju kurung Pahang hijau serindit. Itulah sebabnya 2 kali beli kain yang tak matching tau!

Penatnya! (-.-)’

Lalu En. Damai kirimkan sebahagian baju melayunya, buat panduan.. bersama nota, ~pulangkan balik tau, nanti pengantin pakai baju tak matching dengan seluar pulak~ *sigh*

Selesai hal baju..

Ikutkan Permai..memang tak kisah..aci redah je la..lebih kurang tu pejam mata, buat-buat tak nampak..

Sehari sebelum majlis akad, ‘wedding planner’ datang pantau..wahh!ada saja yang tak kena..terkulat-kulat Permai..

Tudung tak sepadan dan nampak kosong..bunga tangan tak ada..baju terlalu biasa..layah ada labuci yang nak tertanggal..bla3.. Maka berkejarlah Permai siapkan semuanya..punya mahal nak iron batu kat pergelangan tangan tu, siap berkira lagi.. padahal batu murah ja..tak la design diva sangat..huh!

Tempoh kalut selama 3 minggu itu cepat berlalu, Malam 29 zulhijjah 1431..Permai sah menukar status..alhamdulillah..

Jadi, sila jawab soalan Permai.. Berapakah peratusan sumbangan baju pengantin terhadap keabsahan akad dan kebahagiaan sebuah perkahwinan?

Adalah sangat wajar untuk anda berfikir panjang sebelum menjawab soalan ini terutama bagi anda yang akan ‘bermajlis’, kerana anda akan sangat sibuk untuk membuat persiapan mengenai busana ini..dan akhirnya adalah tidak wajar jika anda mendapati peratusan sumbangan pakaian itu terhadap perkahwinan anda hanyalah ciput.

P.E.R.M.A.I : Jangkaan Permai, ramai sahabat yang akan menamatkan zaman bujang tahun ini..Permai doakan majlis yang indah dan bermakna untuk ‘mereka’.

1 comments:

Addin Aisyah said...

wah2,, dah beraktif semula.. ne yg xsabar nk jdi stalker neyh.. hehee

Post a Comment