Ep 16 Zulhijjah 1430

>Assalamualaikum

Dah masuk bulan Zulhijjah, bulan yang sinonim dengan pesta ibadah haji dan korban. Ini menjadi topik utama perbincangan di mana-mana. SubhanALLAH…sungguh cekap Dia mengatur gerak alam ini, dan Dialah sebaik-baik pengatur.

Permai pun ingin menyentuh mengenai ibadah haji. Aspek keinsafan yang lahir dalam pra dan pasca haji seperti yang banyak kita dengari. Keajaiban tanah bayangan Mahsyar itu sungguh menyentuh hati untuk menjadi insan terbaik seperti yang disarankan oleh Allah dalam firmanNya.

“ Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”

Manusia yang baik itu yang sentiasa memperbaiki hidupnya..menjadi semakin baik dari hari ke hari.. Siapakah dalam kalangan muslim yang tidak rindu dengan tanah haram itu meskipun belum pernah menjejakinya? Sungguh istimewa menjadi tetamu Baitullah. Permai sungguh teruja setiap kali mendengar ada kenalan yang akan berangkat ke sana. Pasti titipkan doa semoga suatu hari akan menemui jalan untuk sampai ke sana,InsyaALLAH..

Istimewanya ibadah haji ini kerana ia hanya dapat ditunaikan di satu tempat sahaja, pada satu masa sahaja. Lantaran itu ia menghasilkan dengki kepada Abrahah yang berhasrat menjadi masyhur dan terus diziarahi. Sungguhlah doa Nabi Ibrahim Alaihissalam supaya setiap hati jatuh sayang pada tempat yang asalnya kering itu telah terkabul. Disyaratkan supaya orang yang ingin penuhi rukun islam itu perlu berkemampuan aspek material, fizikal, mental, spiritual. Syarat yang begitu abstrak sehingga meragukan langkah.

Pra haji..

#1 “Jom lepak-lepak hari ini”

“Aku tak nak ikut la..insaf daaa..”

“Haila..nanti la insaf kita pergi haji”

Hahahahaha

#2 “ Saya bukan tak mampu untuk ke Mekah tu…apa sangat la kan..sedangkan keliling dunia pun saya boleh, takkan tak boleh singgah sekejap kat sana..tapi nampaknya tak sampai lagi seru untuk ke sana..”

#3 “ Nak ke tempat haji ni kena kumpul duit asing, mana boleh buat haji dengan duit haram..tak berkat..sia-sia saja haji kalau macam tu..”

“Hmm..betul! nak pulak nanti Allah nak tunjuk dan uji tersesat ke apa ke..buat bencana je kat tanah suci tu..”

#4 Jemaah di masjid makin ramai. AlhamduliLLAH..persiapan untuk biasakan diri supaya konsisten dapat beribadah di Mekah nanti..

Tatkala mendapat seruan dan jemputan dalam detik hati untuk melangkah ke sana, hati bagai dituntun untuk tidak mensia-siakan panggilan ini… panggilan dari Allah untuk menemui jalan yang lurus. Maka, segala tindak tanduk selepas itu diusahakan supaya kena dengan kehendak Allah dan syariatnya. Segala yang pernah seronok menjadi tidak menarik lagi kerana hati sudah terbang bersama kerinduan tidak terhingga pada tanah penuh barakah itu.

Tentu sekali berada di Mekah tidak sama asyiknya dengan tanah melayu ini. Tingginya semangat di sana tentu sekali tidak sama dengan semangat di sini. Semoga mendapat haji yang mabrur. Haji yang melengkapkan Rukun Islam. Amiiiiin Ya Rabb…

Pasca Haji…

Melepasi segala ujian di Tanah Suci dan selamat sampai ke tanah air pasti melimpahkan syukur dan lega yang amat sangat.

“AlhamduliLLAH.. lega aku dipermudahkan segala urusan haji..”

“InsyaALLAH, ada rezeki nak ke sana lagi”

“Lain kau tahu, buat ibadat kat sana terasa dekat denganNYA, tak terasa letih..”

Persoalannya..

Apakah pengisian selama sebulan lebih di Makkah itu sesuatu yang praktikal setelah kembali ke tanah air?

Apakah pra dan pasca haji ini akan menjadi begitu berbeza atau tidak akan membawa sebarang perbezaan?

Semoga Zulhijjah 1430 membawa salam rahmat dan hidayah dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang kerdil

P.E.R.M.A.I : Baru terbaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.

Ep.15 1 Message Recieved

Tika wajah penat memikirkan dunia..

Maka berwudhu’lah

Tika tangan letih menggapai cita-cita..

Maka serulah “ALLAHUAKBAR”

Tika bahu tiada kuasa memikul amanah…

Maka bersujudlah

Ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH

Agar tunduk disaat yang lain angkuh

Agar teguh disaat yang lain runtuh

Agar tegar disaat yang lain terdampar


P.E.R.M.A.I : Sorang kawan tiba-tiba sent sms ni, mcm best..

Ep.14 Selamat hari guru


Assalamualaikum..

Cuba tengok betul-betul tarikh kat atas tu…memang bukan 16 Mei kan? Maka komfem hari ni bukan hari guru..tapi Permai berbesar hari mengucapkan selamat kepada semua guru Permai..saja tak mahu tunggu 16 Mei untuk sambut hari guru…

Adakah 16 Mei adalah tarikh yang paling berharga bagi guru-guru? Entah, Permai tak tahu..Permai bukan berkerjaya sebagai guru. Apa ye sebenarnya perasaan guru pada setiap kali sambutan khusus untuk guru ni eh?

Dalam keluarga ibu ayah Permai hampir semuanya memilih guru sebagai profesyen mereka… Pak Long & isteri, Mak Lang & suami, pendek kata daripada 9 beradik dan pasangan masing-masing..tolak seorang peniaga, seorang tukang jahit, seorang suri rumah yang lain semuanya guru…alhamdulILLAH

Guru sememangnya kerjaya yang mulia…sangat mulia…berapa banyak dalam jutaan puisi menggambarkan kepentingan guru…siapa boleh lupa sajak Za’ba yang begitu sekali menghargai guru...walau hari ini sesiapapun menjadi hebat..asalnya bermula daripada seorang guru biasa…mengajarkannya tulis, baca… siapa pernah dengar pepatah arab yang menghargai guru sepenting doktor dalam hidup ini…bayangkan siapalah anda sehingga doktor begitu mengambil berat tentang kesihatan anda? anaknya bukan, isterinya bukan, ahli keluarganya pun bukan…dia seorang doktor, yang kerjanya memberi perhatian pada anda. Seperti juga guru…muridnya bengap, muridnya pintar, muridnya nakal, muridnya sopan…dia curahkan ilmu untuk menjadi insan berguna walau siapa pun dan berbentuk apa pun anda sebagai muridnya…siapa pernah baca ‘Memoir Seorang Guru’? karangan tokoh Azizi Abdullah yang sangat menyentuh hidup seorang guru dalam perjalanannya menuju takah murobbi dalam kerjayanya yang mulia itu… Pada Permai, menjadi guru bererti mencabar segala keikhlasan dalam diri..

Permai sendiri banyak kisah mengenai guru…

Ditakdirkan untuk bersama rakan-rakan dalam kelas paling bermasalah sudut disiplin tapi penghuninya bijak belaka amat merunsingkan para guru. Pernah sekali kami semua di rotan dengan kaki meja kerana bermain hujan sehingga lupa waktu pelajaran yang gurunya berkursus. Sakitnya memang tak tertanggung, tapi setiap kali berjumpa dengan guru ini kami akan tergelak mengenangkan kasih sayangnya itu.

Pernah sekali, kelas yang biasanya bising setiap kali pertukaran waktu pelajaran, sebaik sahaja guru keluar… tiada masa yang dibazirkan tanpa membuat bising.. tiba-tiba bertukar menjadi sunyi, masing-masing mendiamkan diri, paling tidak berbual perlahan sahaja..tiba-tiba masing-masing menyebut “waalaikumussalam”.. Memang begitu kepercayaannya, bila biasanya bising bertukar menjadi diam kononnya malaikat sampaikan salam..maka kami tanpa dirancang sepakat pula menjawab salam malaikat itu. Tiba-tiba seorang guru perempuan lalu, sungguh dia mengamuk sebab katanya kami sengaja perli dia sebab lewat masuk ke kelas… Puas kami dileteri dengan tajuk utama with capital latter lagi! “KAMU TIDAK TAHU HORMATI GURU”..

Di sekolah dulu, kami tidak pernah duduk di kerusi guru. Sehinggakan kerusi pun tidak kami usik, apatah lagi hati…

Ketika di tingkatan dua, guru-gurunya khusus untuk tingkatan tiga sahaja. Maka tidak ada mata pelajaran yang akan di ajar oleh guru yang mengajar kami di tingkatan satu dulu. Gossip paling hangat masa tu “Pelajar tingkatan dua sombong dengan guru lama”. Kena kutuk dengan senior malah ada kalangan guru seperti acuh tak acuh, tak menang lagi nak melayan nakal kami. Sedihnya masa itu sehingga kami merancang untuk mengadakan majlis khusus untuk memulihkan keadaan. Sungguh tak tipu, selepas itu Permai menjadi sangat takut untuk menyentuh sensitiviti seorang guru. Permai sungguh takut jika dilabel sebagi murid derhaka, pedihnya jika guru tidak meredhoi perbuatan kita..sungguh hilanglah barakah bila guru tidak senang hati dengan kita..

Permai menjadi begitu pesimis sehingga Permai hanya ‘biasa-biasa’ dengan mana-mana guru pun. Tidak lagi pandai bermanja, tidak lagi pandai menyendeng minta markah, soalan spot.

Sikap ini terbawa-bawa sampai sekarang. Setelah hanya berbekalkan masa bertemu yang singkat sahaja, 3 jam sahaja satu minggu.. Sepatutnya Permai mengambil peluang ini untuk rapat dengan pensyarah tapi sebaliknya ini memberi Permai jurang dengan guru. Risau dengan situasi ini, Permai cuba merapatkan diri dengan pensyarah, ringankan kaki menjenguk di bilik, ringankan mulut bertanya apa hal yang difikir perlu.. tapi seketika Permai dilabel murid tidak bersopan walaupun hanya tuduhan terbuka tetapi Permai menjadi takut sekali. Permai jadi malu sendiri.

Permai sudah lupa bagaimana mahu mengambil hati guru, Permai seperti sudah serik menjadi derhaka begini. Sekadar menegur ringkas lalu mengangkat kaki ketika guru menjadi sasaran tohmahan kawan-kawan. Susahnya mahu ikhlaskan diri untuk dididik oleh sang guru. Permai mahu ilmu yang disampaikan dengan redho dan ikhlas itu diterima dengan redho dan ikhlas juga.

Tugasan yang Permai terima di penghujung semester ini benar-benar melelahkan. Tugasan bernilai 5 markah itu lebih mencuri masa Permai berbanding 5 matapelajaran lain yang setiap satunya memberi 60 markah dalam peperiksaan akhir semester ini. Kelihatannya tidak berbaloi, tetapi kenapa Permai begitu bersungguh untuk siapkan tugasan ini?. Permai dah fikirkan jawapannya…kerana 5 markah itu tidak senilai dengan jumlah redho guru.

Dalam sakit-sakit menyiapkan tugasan ini, Permai sanjung tinggi budi dan jasa guru-guru untuk mendidik Permai. Terima kasih guru!

P.E.R.M.A.I : Post kali ni masuk mood nostalgia sikit…sebab Permai sangat letih dengan ‘saimen tu’ & sedang mencari point untuk ikhlaskan diri.. YaALLAH bantulah kami…

Nak atau tak nak je

Salam.

Nak ke tak nak terlibat secara langsung untuk tambah kalutnya jadual seminggu ni dengan komitmen lain yang memang tak patut elakkkan diri? Tak nak! Tapi akhirnya sampai angkut segala barang dan tumpang lepak tempat orang lain.

Nak ke tak nak ikut kawan yang buat lawatan balas pergi jalan-jalan cari barang untuk adik dia sedangkan plan asal nak tidur jap selepas tidur tak tentu hala selama seminggu lepas?lagipun dia dah ada teman lain..lagipun dah dapat apa yang nak dicari, ikut pun memang semata-mata teman. Tak nak!segan+malas..tapi akhirnya semangat je tawaf tempat tu.

Nak ke tak nak balik rumah cuti pertengahan semester ni?.. memang plan asal tak nak balik…banyak kerja yang kena siapkan dan pasti tak dapat siap kalau dah sampai rumah. Tapi dah janji, kena la tunaikan…

Nak ke… tak nak ke.. tetap kena buat keputusan…

Ini soal ijtihad..kebetulan Permai meneliti bahan-bahan untuk salah satu subjek semester ni, ixeh2107 Maktabah Syariah yang menayangkan kehebatan ulama’ terdahulu sehingga terbina satu peradaban yang sungguh ulung..sungguh mengkagumkan..sungguh mengujakan..kemampuan untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu sehingga mampu mengaplikasikannya dalam ijtihad masing-masing…

Menarik untuk dibincangkan kekuatan ulama’ dahulu yang dapat menjadi panduan sehingga kini kerana penetapan hukumnya bukan bersifat statik untuk hukum tertentu itu sahaja, tetapi lebih bersifat teknikal untuk diaplikasikan pada bila-bila masa. Ketika zaman keemasan ijtihad, wujud keharmonian dalam merealisasikan sabda bahawa ikhtilaf atau perbezaan pendapat benar-benar suatu rahmat bagi ummat ini. Saranan oleh islam sendiri yang menggalakkan budaya ilmu, perbincangan, sehingga begitu banyak sekali sindiran supaya sentiasa berfikir dan menjanjikan darjat tinggi untuk orang berilmu ke beberapa takah darjat. Hebat sungguh ulama’ mujtahid ini, ijtihad yang tepat 2 pahala, ijtihad tak tepat 1 pahala…

Permai tidaklah sampai ke tahap mujtahid hukum…tapi pada Permai, kita tetap akan didesak untuk menggunakan akal, logik & persepsi untuk membuat keputusan-keputusan dalam hidup ini. Meski pada soal yang kecil…tapi keputusan hari ini kesan hari esok jugak kan? Maknanya tak ada la keputusan yang kecil..teringat Permai pada salah satu bahan komponen sastera (Komsas) masa sekolah dulu bertajuk ‘The Road Not Taken’..

Pada dua persimpangan di hutan belantara, bagaimana harus berijtihad untuk memilih jalan terbaik (sekurang-kurangnya pada persepsi kita) yang membawa kita ke destinasi. Akhirnya penyajak memilh untuk melalui jalan yang lebih semak kerana dia mahukan pengalaman yang berbeza dari kebanyakkan orang. Teringat jugak Permai pada satu pepatah yang menyebut “taburkan bunga dalam perjalananmu kerana kau sama sekali tidak akan melaluinya lagi…mungkin pepatah ini membawa pengertian yang lain daripada soal ijtihad, tapi kira aci la ek? Nak buat cane…itu yang Permai teringat…hehehe

Permai dapat simpulkan bahawa Ijtihad perlukan keberanian…kadang kala keputusan yang kita dapat bukanlah keputusan popular tapi cukuplah jika kita punya kesungguhan dan tahu asas kepada keputusan yang dibuat tersebut….

Eh..baru Permai terperasan…. betul ke semua hal membuat keputusan adalah ijtihad?

Bukan ijtihad tu sesuatu yang perlukan penilitian mendalam ke? Kalau tidak takkan dinamakan ijtihad (kesungguhan) pulak…?kan?kan?kan?

Haila…maksud ijtihad pun tak lepas lagi..cne nak berijtihad ni cik Permaisuri oi..!(“,)

P.E.R.M.A.I : Susah woo nak wat keputusan...

Sepatah dua kata

salam.


Banyak kata yang keluar dari mulut kita, tapi entah berapa patah yang dikeluarkan itu merupakan patah-patah yang menambah bekal pahala di akhirat nanti. Sebenarnya dengan hanya sepatah dua patah kata…yang terasa ringan untuk diucapkan…mudah untuk dihafalkan… dapat menambah keimanan kita. Bukankah iman bertambah dan berkurang? Semoga kita tidak lupa untuk mengamalkan sunnah ini dan bersemangat untuk menghafalkan dan mengamalkan doa dan zikir lainnya yang sahih dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Bismillah

Untuk lafaz yang satu ini, mungkin kita sendiri lupa entah bila kita mula mempelajarinya. Diamalkan secara meluas ketika hendak makan… diiring bersama “Allahumma baariklana…” (tu pun kalau ingat dan tak la lapar sangat). Cukup dengan ‘bismillah’. Maka syaitan tidak akan dapat ikut makan bersama kita.

Dari Jabir radhiallahu ‘anhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‘Apabila seseorang masuk rumahnya dia menyebut nama Allah Ta’ala pada waktu masuknya dan pada waktu makannya, maka syaitan berkata kepada teman-temannya, ‘Kalian tidak punya tempat bermalam dan tidak punya makan malam.’ Apabila ia masuk tidak menyebut nama Allah pada waktu masuknya itu, maka syaitan berkata, ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’, dan apabila ia tidak menyebut nama Allah pada waktu makan, maka syaitan berkata, ‘Kalian mendapatkan tempat bermalam dan makan malam..’” (HR. Muslim)

Adapun jika kita terlupa membaca ‘bismillah’ di awal waktu kita makan, maka kita cukup membaca ‘bismillah awwalahu wa aakhirohu’ di saat kita ingat.

Dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah Sallallahu’alaihi wa sallam bersabda, ‘Apabila salah seorang kamu makan, maka sebutlah nama Allah Ta’ala (bismillah -pen). Jika ia lupa menyebut nama Allah di awal makannya, maka hendaklah ia mengucapkan, ‘bismillah awwalahu wa aakhirohu’
(Dengan menyebut nama Allah pada awalnya dan pada akhirnya)’.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi, dia berkata, “Hadits hasan shahih”)


Subhanallah


Alhamdulillah, zikir yang satu ini pun sudah kita hafal sejak lama. Zikir ini dapat kita amalkan setelah solat sebanyak 33 kali (HR. Bukhari dan Muslim) atau kita zikirkan pula sebelum tidur sebanyak 33 kali (HR. Bukhari dan Muslim). Dalam satu riwayat lain, dibaca sebanyak 34 kali sebelum tidur.. Lafaz Subhanallah ini juga disunnahkan untuk diucapkan ketika kita dalam perjalanan dengan keadaan jalan yang menurun (HR. Bukhari dalam al-Fath Baari VI/135). Atau kita ucapkan ketika kita sedang takjub dengan kebesaran ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala (HR. Bukhari)

Ada pula lafaz tasbih lainnya yang telah diajarkan Rasululllah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagai berikut:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua kalimat yang ringan di lidah, berat dalam timbangan, dicintai Allah Yang Maha Pengasih iaitu,”Subhanallahi wa bi hamdihi, Subhanallah al Azim”
“Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, maha suci Allah Yang Maha Agung.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Pada hadits lainnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya ucapan yang paling dicintai Allah adalah “Subhanallah Wa bi Hamdihi”
(HR. Muslim)

Alhamdulillah


Lafaz ini adalah ungkapan rasa syukur seorang hamba kepada Rabbnya dengan memberikan pujian kepada-Nya. Lafaz ini juga disunnahkan dibaca selepas solat sebanyak 33 kali dan juga sebelum tidur 33 kali.

Setelah bersin, kita juga disunnahkan mengucapkan “Alhamdulillah” atau “alhamdulillah ‘ala kulli haal” (HR. Bukhari). Bagi yang mendengar lafaz Alhamdulillah dari orang yang bersin, maka berikanlah doa kepadanya, iaitu
“yarhamukallah”
(Semoga Allah merahmatimu)

Kalau sudah mendapat doa ini, maka orang yang bersin tadi membaca

“yahdikumullah wa yuslih baalakum”
(Semoga Allah memberi petunjuk dan memperbaiki keadaanmu)

Keutamaan zikir Alhamdulillah dan zikir Subhanallah juga terdapat dalam hadith berikut,

“Dari Abu Malik al-Asy’ary dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Bersuci adalah setengah iman, (lafaz) Alhamdulillah memenuhi timbangan, dan Subhanallah dan Alhamdulillah (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya) memenuhi antara tujuh langit dan bumi.”‘” (HR. Muslim)

Allahu Akbar


Sama seperti dua lafaz sebelum ini, lafaz Allahu Akbar ini juga disunnahkan dibaca selepas solat dan sebelum tidur sebanyak 33 kali. Lafaz Allahu Akbar juga sunnah diucapkan ketika melihat sesuatu yang menakjubkan dari ciptaan Allah (HR. Bukhari dalam al-Fath).

Laa ilaha illa Allah


Alhamdulillah, kita semua tentu telah melafazkan ini karana inilah salah satu garis pembeza antara muslim dengan kafir. Pengucapan lafaz ini (laa ilaha illa Allah) harus disertai dengan keyakinan hati dan pemaknaan yang benar, bahawa tidak ada tuhan atau sembahan yang berhak disembah selain Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Rasululllah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga menjelaskan tentang lafaz ini dalam hadistnya,

“Sebaik-baik zikir adalah ada Laa ilaha illa Allah (tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah).” (HR. Tirmidzi -Hadits hasan).

Dan sungguh manis ganjaran bagi orang yang yang melafazkannya, sebagaimana dijelaskan oleh Rasululllah Sallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Barangsiapa mengucapkan laa ilaah illallah, maka ditanamkan baginya sebatang pohon kurma di Surga.” (HR. Tirmidzi dan dia berkata, “Hadits hasan.”)

sayang sekali …semua patah kata ini tidak kita gunakan untuk menggantikan patah carut dan kotor dalam latah kita…ye, faham..latah ini luar kawal..sapa suruh usik dan kejutkan dia… tapi, mulianya ajaran islam apabila rasulullah mendidik ummat ini dengan sungguh lembut…sabda Baginda Nabi “Seorang yang terkejut disunnahkan untuk mengucapkan lafadz ‘laa ilah illallah’. (HR. Bukhari dalam Fathul Baari VI/181 dan Muslim IV/22208)

Masya Allah


Yang satu ini, seringkali permai dengar dilafazkan bukan pada tempatnya. Masya Allah memiliki makna “Atas kehendak Allah”. Lafaz ini diucapkan ketika kita takjub melihat kelebihan yang dimiliki oleh orang lain, baik berupa harta, fizikal atau yang lainnya.

“Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tidak ada kekuatan kecuali dengan bantuan Allah.”

Lafaz ini juga berkaitan dengan penyakit ‘ain. Dengan melafazkan “Masya Allah” ketika kita mengagumi kelebihan yang dimiliki orang lain, diharapkan orang tersebut tidak terkena penyakit ‘ain disebabkan pandangan kita kerana penyakit ‘ain ini dapat terjadi sama ada kita sengaja ataupun tidak.

memang menarik pandangan seseorang melihat tingkah dan fizikal anak kecil yang comel dan keletah. Pipinya yang tembam macam pau, matanya yang bulat dan galak dan pandai bermain atau tersenyum... mengundang geram dan pujian untuknya.. Namun kita mungkin lupa, bahawa anak juga merupakan anugerah yang dapat terkena penyakit ‘ain. Maka, ingatkanlah orang-orang sekitar untuk mengucapkan Masya Allah ketika memberikan pujian kepada kanak-kanak

Astaghfirullah


Ibnu Taimiyyah berkata, “Pujian yang paling tinggi adalah la ilaha illallah, sedangkan doa yang paling tinggi adalah perkataan astaghfirullah. Allah memerintahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengesakan Allah dan memohon ampunan bagi diri sendiri dan bagi orang-orang mukmin.”

Memohon ampunan dengan lafaz ini sunnah diucapkan sebanyak 3 kali setelah selesai member salam selepas solat wajib. Kita juga dapat memohon ampunan sebanyak-banyaknya, sebagaimana banyak ayat Al-Qur’an menunjukkan hal ini. Rasululllah shallallahu’alaihi wa sallam sendiri memohon untuk diampunkan (padahal beliau sudah diampuni dosanya yang telah lalu dan akan datang). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari.” (HR. Bukhari)

Permai juga mengingatkan semua terutam kaum hawa dengan hadith berikut


“Wahai sekalian kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyakkanlah istighfar, kerana sesungguhnya aku melihat kalian adalah kebanyakan penghuni neraka!”

Seorang wanita dari mereka bertanya, “Wahai Rasululllah, mengapa kami menjadi kebanyakan penghuni neraka?”

Baginda menjawab, “Kalian terlalu banyak melaknat dan ingkar (tidak bersyukur) terhadap (kebaikan) suami…..” (H.R Muslim)

Inilah patah kata yang sungguh bermakna untuk diamalkan..permai ingatkan diri dan para pembaca sekelian…semoga kita berkongsi faedah dan alkhair dalam amalan ini.


P.E.R.M.A.I : Lidah tidak bertulang…rugi kalau keraskan dengan kata-kata kesat…Allahumma Inna nas’aluka lisanan raatiban bi zikrika (YA Allah, kami memohon padaMU lidah yang sentiasa menghitung zikir padaMU) amiiiiin...

The ABC of Happiness

Salam.

Aspire to reach your potential

Believe in yourself

Create a good life

Dream what you might become

Exercise frequently

Forgive honest mistake

Glorify the creative spirit

Humor yourself and others

Imagine great things

Joyfully live each day

Kindly help others

Love one another

Meditate daily

Nurture the environment

Organize for harmony

Prise performance

Questions most things

Regulate your own behavior

Smile often and sing (if u can..hehehe)

Think rationally

Understand yourself

Value life

Work for a common good

X-ray and carefully examine problems

Yearn to improve

Zestfully pursue happiness


P/S : semua ini gara-gara demam exam yang melanda muka bumi…

SELAMAT MAJU JAYA YE SAHABATKU SEKELIAN

Siiru ‘ala barokatillah

Allahumma ahdina bi hidayatika wa baarikna fi haza al imtihan…amiiin

P.E.R.M.A.I : Di salin-tampal (^^,) dari karya asal Abdullah Syafafie Abd Malik, Beruas Perak..

Kembali dari pertapaan (^,^)

Salam.

Bertapa bersawangnya “Permaisuri” ni kena tinggal tak terurus dua bulan…

ish3..

bukan salah ibu mengandung…

ni dah ‘kenan’ entry sebelum ni la tu…

haila..(“,)

tepat sebijik demi sebijik kena kat hidung..

Lama tak menulis kat sini…banyak menulis perkara lain yang bertimpa-timpa dengan hal lain yang Permai rasakan perlu lebih diperhatikan walaupun sepanjang pertapaan ni permai bukan berteleku semata-mata...rajin aje menjelajah ‘kedai kopi kawan-kawan’…rajin aje termenung fikirkan idea baru…malah rajin aje datang ke tanah Permaisuri ini walaupun sekadar untuk mencapai link list yang tak seberapa ramai tu…

Permai teringat kata-kata seorang sahabat ketika kami ingin membuat penilaian tentang kelebihan dan kriteria seseorang yang akan diberi tugas untuk menguruskan laman blog

“Pada aku dia memang layak sebab dia ada willing untuk meng’explore’ perkara baru & dia berminat berkerja dengan laptop, internet ni semua..”

Huih…a part of melobi ke tu?

“orang yang rajin membaca tidak semestinya pandai menulis…kerana menulis memerlukan kemahiran yang berasingan daripada kemahiran membaca semata-mata…”

Jawapan yang sedap je pada telinga Permai..

Sukanya Permai dengar ayat ni.. tapi lain pulak yang Permai fikir ketika tu…

‘hmmm…macam ada sipi-sipi nak ngata aku je..hehehe’

Tapi sebenarnya betul jugak tu..akhirnya penulisan hanya bersifat ‘copy-paste’…

Banyak membaca tak boleh jadi kredit, kerana orang yang rajin membaca tak semestinya rajin menulis..tapi orang yang rajin menulis pastilah seorang yang rajin membaca …orang yang rajin membaca mempunyai pelabagai idea…mempunyai perjalanan pengalaman yang luas…tapi tanpa kemahiran menulis, dia mungkin tidak dapat meluahkan ideanya yang banyak tu..

Membaca sentiasa bercambahkan dan tidak mati yang sudah barang tentu sepatutnya menajamkan pena dalam menulis…tapi nampaknya itu bukan kewajaran yang tepat dalam realiti.

Pada Permai, rajin membaca memang sikap yang baik, rajin meneruskan kesinambungan membaca dengan menulis adalah lebih baik..kerana memberi lebih baik dari menerima, kerana menulis memaksa kita untuk lebih rajin membaca.

Permai suka mengaitkan sikap rajin membaca ini lebih bagus jika bahan bacaannya bermanfaat, tapi memberi manfaat kepada orang lain memang perkara paling bagus.


P.E.R.M.A.I : Maaf ye…ni memang salah satu sebab Permai tak nak buat @ publish blog…kerana malas menulis…hahaha..ALASAN!!!