Ep.14 Selamat hari guru


Assalamualaikum..

Cuba tengok betul-betul tarikh kat atas tu…memang bukan 16 Mei kan? Maka komfem hari ni bukan hari guru..tapi Permai berbesar hari mengucapkan selamat kepada semua guru Permai..saja tak mahu tunggu 16 Mei untuk sambut hari guru…

Adakah 16 Mei adalah tarikh yang paling berharga bagi guru-guru? Entah, Permai tak tahu..Permai bukan berkerjaya sebagai guru. Apa ye sebenarnya perasaan guru pada setiap kali sambutan khusus untuk guru ni eh?

Dalam keluarga ibu ayah Permai hampir semuanya memilih guru sebagai profesyen mereka… Pak Long & isteri, Mak Lang & suami, pendek kata daripada 9 beradik dan pasangan masing-masing..tolak seorang peniaga, seorang tukang jahit, seorang suri rumah yang lain semuanya guru…alhamdulILLAH

Guru sememangnya kerjaya yang mulia…sangat mulia…berapa banyak dalam jutaan puisi menggambarkan kepentingan guru…siapa boleh lupa sajak Za’ba yang begitu sekali menghargai guru...walau hari ini sesiapapun menjadi hebat..asalnya bermula daripada seorang guru biasa…mengajarkannya tulis, baca… siapa pernah dengar pepatah arab yang menghargai guru sepenting doktor dalam hidup ini…bayangkan siapalah anda sehingga doktor begitu mengambil berat tentang kesihatan anda? anaknya bukan, isterinya bukan, ahli keluarganya pun bukan…dia seorang doktor, yang kerjanya memberi perhatian pada anda. Seperti juga guru…muridnya bengap, muridnya pintar, muridnya nakal, muridnya sopan…dia curahkan ilmu untuk menjadi insan berguna walau siapa pun dan berbentuk apa pun anda sebagai muridnya…siapa pernah baca ‘Memoir Seorang Guru’? karangan tokoh Azizi Abdullah yang sangat menyentuh hidup seorang guru dalam perjalanannya menuju takah murobbi dalam kerjayanya yang mulia itu… Pada Permai, menjadi guru bererti mencabar segala keikhlasan dalam diri..

Permai sendiri banyak kisah mengenai guru…

Ditakdirkan untuk bersama rakan-rakan dalam kelas paling bermasalah sudut disiplin tapi penghuninya bijak belaka amat merunsingkan para guru. Pernah sekali kami semua di rotan dengan kaki meja kerana bermain hujan sehingga lupa waktu pelajaran yang gurunya berkursus. Sakitnya memang tak tertanggung, tapi setiap kali berjumpa dengan guru ini kami akan tergelak mengenangkan kasih sayangnya itu.

Pernah sekali, kelas yang biasanya bising setiap kali pertukaran waktu pelajaran, sebaik sahaja guru keluar… tiada masa yang dibazirkan tanpa membuat bising.. tiba-tiba bertukar menjadi sunyi, masing-masing mendiamkan diri, paling tidak berbual perlahan sahaja..tiba-tiba masing-masing menyebut “waalaikumussalam”.. Memang begitu kepercayaannya, bila biasanya bising bertukar menjadi diam kononnya malaikat sampaikan salam..maka kami tanpa dirancang sepakat pula menjawab salam malaikat itu. Tiba-tiba seorang guru perempuan lalu, sungguh dia mengamuk sebab katanya kami sengaja perli dia sebab lewat masuk ke kelas… Puas kami dileteri dengan tajuk utama with capital latter lagi! “KAMU TIDAK TAHU HORMATI GURU”..

Di sekolah dulu, kami tidak pernah duduk di kerusi guru. Sehinggakan kerusi pun tidak kami usik, apatah lagi hati…

Ketika di tingkatan dua, guru-gurunya khusus untuk tingkatan tiga sahaja. Maka tidak ada mata pelajaran yang akan di ajar oleh guru yang mengajar kami di tingkatan satu dulu. Gossip paling hangat masa tu “Pelajar tingkatan dua sombong dengan guru lama”. Kena kutuk dengan senior malah ada kalangan guru seperti acuh tak acuh, tak menang lagi nak melayan nakal kami. Sedihnya masa itu sehingga kami merancang untuk mengadakan majlis khusus untuk memulihkan keadaan. Sungguh tak tipu, selepas itu Permai menjadi sangat takut untuk menyentuh sensitiviti seorang guru. Permai sungguh takut jika dilabel sebagi murid derhaka, pedihnya jika guru tidak meredhoi perbuatan kita..sungguh hilanglah barakah bila guru tidak senang hati dengan kita..

Permai menjadi begitu pesimis sehingga Permai hanya ‘biasa-biasa’ dengan mana-mana guru pun. Tidak lagi pandai bermanja, tidak lagi pandai menyendeng minta markah, soalan spot.

Sikap ini terbawa-bawa sampai sekarang. Setelah hanya berbekalkan masa bertemu yang singkat sahaja, 3 jam sahaja satu minggu.. Sepatutnya Permai mengambil peluang ini untuk rapat dengan pensyarah tapi sebaliknya ini memberi Permai jurang dengan guru. Risau dengan situasi ini, Permai cuba merapatkan diri dengan pensyarah, ringankan kaki menjenguk di bilik, ringankan mulut bertanya apa hal yang difikir perlu.. tapi seketika Permai dilabel murid tidak bersopan walaupun hanya tuduhan terbuka tetapi Permai menjadi takut sekali. Permai jadi malu sendiri.

Permai sudah lupa bagaimana mahu mengambil hati guru, Permai seperti sudah serik menjadi derhaka begini. Sekadar menegur ringkas lalu mengangkat kaki ketika guru menjadi sasaran tohmahan kawan-kawan. Susahnya mahu ikhlaskan diri untuk dididik oleh sang guru. Permai mahu ilmu yang disampaikan dengan redho dan ikhlas itu diterima dengan redho dan ikhlas juga.

Tugasan yang Permai terima di penghujung semester ini benar-benar melelahkan. Tugasan bernilai 5 markah itu lebih mencuri masa Permai berbanding 5 matapelajaran lain yang setiap satunya memberi 60 markah dalam peperiksaan akhir semester ini. Kelihatannya tidak berbaloi, tetapi kenapa Permai begitu bersungguh untuk siapkan tugasan ini?. Permai dah fikirkan jawapannya…kerana 5 markah itu tidak senilai dengan jumlah redho guru.

Dalam sakit-sakit menyiapkan tugasan ini, Permai sanjung tinggi budi dan jasa guru-guru untuk mendidik Permai. Terima kasih guru!

P.E.R.M.A.I : Post kali ni masuk mood nostalgia sikit…sebab Permai sangat letih dengan ‘saimen tu’ & sedang mencari point untuk ikhlaskan diri.. YaALLAH bantulah kami…

0 comments:

Post a Comment