kerja

Salam.

Dalam melakukan sesuatu kerja, tekniknya terbahagi kepada tiga dan ketiga-tiganya diimplementasikan dari gerak semula jadi serangga yang disebut dalam alquran.

Serangga yang pertama, an naml (semut). Jenis yang rajin berkerja, bersungguh-sungguh, tekun, taat, berkerjasama dan hanya itu itu juga. Maksudnya, semut hanya melakukan satu kerja yang sama dalam hayatnya mengikut pembahagian masing-masing. Orang yang berkerja seperti semut, kalutnya ada, tapi hasilnya tidak dapat dipastikan lagi. Kalau dia bersungguh-sungguh, belum tentu yang lain akan mempunyai kesungguhan setara dengannya dalam proses berikutnya

Serangga yang kedua, al ankabut (labah-labah). Jenis yang yakin pada diri sendiri, berdikari, rajin dan bijak mengambil peluang. Labah-labah membina sarang dengan air liurnya sendiri tanpa sebatang ‘paku’ lain pun dan mendiami di situ sehari-hari. Jelas sekali orang yang berkerja seperti labah-labah terlalu meyakini kebolehan sendiri dan tidah mengendahkan bantuan lain yang mungkin akan mengukuhkan binaannya. Oleh itu hasil kerjanya berdepan dengan dua situasi, sama ada mengambil peluang atau diambil peluang.

Serangga yang ketiga, an nahl (lebah). Jenis yang sanggup, rajin, bersedia dan tegar. Lebah berani berjauhan dari sarangnya untuk mendapatkan debunga paling baik dan berkualiti. Memproses dan menggunakan semua pendapatannya untuk kebaikan. Orang yang mengamalkan cara lebah adalah orang yang paling untung kerana dia bukan sahaja berkerja untuk dirinya, malah untuk sesiapa sahaja yang boleh mengambil manfaat daripada usahanya.

Adalah baik dapat mencontohi setiap sikap positif pada persekitaran kita, tetapi adalah lebih baik dapat menjadi contoh kepada persekitaran kita.


P.E.R.M.A.I : setiap hari kena berkerja!

“Aku sebuah cermin mata”

Salam.

Dalam mata pelajaran bahasa melayu zaman sekolah dulu, permai dan kawan-kawan kena menulis pelbagai jenis karangan. Salah satunya karangan jenis biografi…tajuk yang paling biasa..”aku sebatang pen”..hehehe..zaman kanak-kanak imaginasi memang tinggi dan luar jangkaan. Pen bertukar jadi raksaksa untuk menyelamatkan bumi pastilah idea sahabat-sahabat lelaki..pen yang sudah habis dakwat pula disimpan oleh sahabat perempuan kerana sense kenangan dari opah..

Tapi bukan itu yang permai nak ceritakan kat sini..fokus permai ialah karangan biografi bertajuk “aku sebuah cermin mata”

-aku diperbuat dari campuran kaca dan besi lembut, entah di mana aku dibentuk dan dijadikan barangan yang sungguh berguna kepada manusia yang ditarik pinjaman nikmat kesihatan mata mereka iaitu cermin mata. Aku berjenama swatch dan diwarnakan dengan warna hitam. Aku mempunyai ramai kawan-kawan, aku jenis yang berbingkai separuh sahaja. Ada kawanku yang langsung tidak berbingkai, ada yang berbingkai di sekeliling cermin, ada yang panjang, ada yang renjong, ada yang bulat. Kami semua dipamerkan di kedai Zahrah Optometris. Kedainya bertemakan kuning, maka aku dan kawan-kawan ditempatkan dalam almari kaca berwarna kuning untuk dipilih oleh pelanggan di kedai ini.

Pada suatu hari dalam kemeriahan orang membuat persiapan untuk aidilfitri, seorang gadis datang ke kedai dan aku sungguh bertuah kerana dipilih olehnya untuk dimiliki. Dia kelihatan gembira kerana dapat membeli aku. Aku sempat mendengar perbualannya dengan cik …. bahawa sebelum ini dia hanya meminjam cermin mata kawannya, jadi dengan membeli aku akan memudahkan dia belajar dengan selesa. Memang sedih berpisah dengan kawan-kawan di dalam almari kuning, tapi aku sedar tugas aku ialah untuk berkhidmat kepada tuanku..cik permaisuri, itulah nama tuanku ini..

Aku diberi sambutan hangat oleh keluarga permaisuri, tetapi aku dapat menyedari sesuatu tentang permaisuri…dia jarang menggunakan aku kecuali di dalam bilik kuliah atau tutorial, mungkin dia belum dapat membiasakan diri dengan gaya bercermin mata..nampak skema agaknya..aku lebih kerap disimpan di dalam kotak berbanding dipakai.

Permaisuri selalu membawaku ke mana sahaja walaupun tidak dipakai. Mungkin kerana kotakku membebankan beg permaisuri maka aku dikeluarkan dari kotak dan diletak begitu sahaja dalam poket bersama alat tulis yang lain..habis calar cerminku..inilah sikap permaisuri yang paling aku tak tahan. Dia tidak teliti menjaga aku, sesuka hatinya aku ditinggalkan merata-rata tempat. Pernah aku ditinggalkan di tepi sinki di dalam tandas, permaisuri terlupa sehingga keeesokan harinya barulah dia datang menuntutku dari tukang cuci. Jatuh usah dikira…cerminku sedikit serpih dan mujurnya masih dapat digunakan…

Permaisuri selalu memujiku kepada kawan-kawannya, katanya aku ini temannya yang telah banyak melalui saat-saat sukar bersama…kembang kuncup hatiku…tetapi sejurus selepas itu aku ditinggalkan di tempat wudhu’ kawasan rehat dan rawat (R&R)…ya Allah!permaisuri tak habis-habis mengabaikan aku…ini pengalaman paling teruk aku rasakan..dan sudah rezeki kami, permaisuri meminta rakannya mengambil aku, seminggu kemudian barulah aku sampai semula ke tangan permaisuri…dia nampak lega sekali kerana selama seminggu itu pandangannya terganggu dan ‘kepulanganku’ tentulah sangat bererti baginya.

Permaisuri semakin kerap menggunakan aku..dia sanggup berpatah balik mengambil aku jika tertinggal sebelum kelas bermula..jarak penglihatannya semakin terhad, jadi meninggalkan aku bukanlah pilihan yang tepat untuknya

Suatu petang, permaisuri melalui hari-hari yang penat dan meletihkan sehingga dia tetap memakaiku ketika tidur, oleh kerana matanya terlalu banyak ‘berkerja’, sengaja permaisuri tanggalkan aku sebentar dan diletakkan disisinya. Tiba-tiba permaisuri bergegas meniggalkan aku kerana ada panggilan yang ingin dijawab, ketika inilah datang beberapa orang lelaki dan salah seorangnya memijak aku tanpa sedar..sakitnya tuhan sahaja yang tahu sehingga tercabut tali yang mengikat antara cermin dan bingkai..beberapa ketika aku dibiar begitu, aku sungguh berkecil hati…ketika permaisuri menyedari keadaanku, dia sungguh kecewa dan sedih..tetapi dia cuba menyembunyikan itu kerana bimbang orang yang memijaknya rasa bersalah sedangkan itu bukanlah disengajakan..begitulah nasib aku sebagai sebuah cermin mata.

Permai sangat terkilan sebenarnya dengan perangai permai yang careless ni..tak pasal-pasal kena beli spek baru..kena keluarkan duit dalam saat yang serba sesak ni..hadoi!!!

Baru je beberapa ketika yang lepas, ada seorang sahabat tiba-tiba minta izin untuk sayangi cermin mata permai tu..bila dah jadi kes macam ni barulah permai sedar yang permai tak cukup bersifat penyayang lagi..

Dah beli cermin mata baru, cermin yang malang tu permai simpan dalam kotaknya semula..sayang nak buang walaupun memang dah tak boleh guna..mungkin permai cuba sedapkan hati sebab selalu abaikan dia sebelum ni..sehingga rasa bersalah tu hilang dan permai nampak cermin mata yang lama itu mengambil ruang, mungkin waktu tu permai akan buang...


P.E.R.M.A.I : ada jugak niat tak nak pakai spek dah...any ideas?

hepi bestday

Selamat ulang tahun sahabat…

Permai tak mampu menghadiahkanmu apa-apa

Walau hanya sekeping kad bertulis ucapan dan kata semangat

Hadiah permai tak seberapa untuk disampaikan

Tapi permai mahu hari ulang tahunmu ini bererti

Walau tanpa sekeping kad bertulis ucapan dan kata semangat

Dan hadiah permai yang tak seberapa ini..

Berupa penghargaan yang tak terhingga

Atas jasamu memilih permai sebagai sahabat

Atas jasamu memberi permai hak seorang sahabat

Atas jasamu menadah telinga untuk berkongsi kisah

Atas jasamu menjaga permai dan risaukan permai

Atas jasamu menerima segala yang buruk tentang permai

Atas jasamu menerima segala yang baik tentang permai

Atas usahamu untuk mengerti permai

Atas usahamu untuk mendidik permai

Atas usahamu untuk menemani permai

Hadiah ini tidak seberapa

Tidak berupa sekeping kad bertulis ucapan dan kata semagat

Permai ingin menghargai

Segala jasa dan usahamu

Justeru permai nukilkan doa

Semoga setiap harimu adalah hari yang berbahagia

Suka pun membahagiakan

Duka pun membahagiakan

Semoga setiap harimu adalah hari yang indah

Cerah atau mendung tetap indah

Siang atau malam tetap indah

Semoga setiap harimu adalah hari yang baik

Semoga setiap harimu adalah hari yang gembira

Gembira = happy

H.A.P.P.Y B.E.S.T.D.A.Y

Semoga hari ulang tahunmu ini bererti

Walau tanpa sekeping kad bertulis ucapan dan kata semangat


P.E.R.M.A.I : semoga diberkati ALLAH sepanjang hidupmu, amiiin….