kerja

Salam.

Dalam melakukan sesuatu kerja, tekniknya terbahagi kepada tiga dan ketiga-tiganya diimplementasikan dari gerak semula jadi serangga yang disebut dalam alquran.

Serangga yang pertama, an naml (semut). Jenis yang rajin berkerja, bersungguh-sungguh, tekun, taat, berkerjasama dan hanya itu itu juga. Maksudnya, semut hanya melakukan satu kerja yang sama dalam hayatnya mengikut pembahagian masing-masing. Orang yang berkerja seperti semut, kalutnya ada, tapi hasilnya tidak dapat dipastikan lagi. Kalau dia bersungguh-sungguh, belum tentu yang lain akan mempunyai kesungguhan setara dengannya dalam proses berikutnya

Serangga yang kedua, al ankabut (labah-labah). Jenis yang yakin pada diri sendiri, berdikari, rajin dan bijak mengambil peluang. Labah-labah membina sarang dengan air liurnya sendiri tanpa sebatang ‘paku’ lain pun dan mendiami di situ sehari-hari. Jelas sekali orang yang berkerja seperti labah-labah terlalu meyakini kebolehan sendiri dan tidah mengendahkan bantuan lain yang mungkin akan mengukuhkan binaannya. Oleh itu hasil kerjanya berdepan dengan dua situasi, sama ada mengambil peluang atau diambil peluang.

Serangga yang ketiga, an nahl (lebah). Jenis yang sanggup, rajin, bersedia dan tegar. Lebah berani berjauhan dari sarangnya untuk mendapatkan debunga paling baik dan berkualiti. Memproses dan menggunakan semua pendapatannya untuk kebaikan. Orang yang mengamalkan cara lebah adalah orang yang paling untung kerana dia bukan sahaja berkerja untuk dirinya, malah untuk sesiapa sahaja yang boleh mengambil manfaat daripada usahanya.

Adalah baik dapat mencontohi setiap sikap positif pada persekitaran kita, tetapi adalah lebih baik dapat menjadi contoh kepada persekitaran kita.


P.E.R.M.A.I : setiap hari kena berkerja!

0 comments:

Post a Comment