Ep 16 Zulhijjah 1430

>Assalamualaikum

Dah masuk bulan Zulhijjah, bulan yang sinonim dengan pesta ibadah haji dan korban. Ini menjadi topik utama perbincangan di mana-mana. SubhanALLAH…sungguh cekap Dia mengatur gerak alam ini, dan Dialah sebaik-baik pengatur.

Permai pun ingin menyentuh mengenai ibadah haji. Aspek keinsafan yang lahir dalam pra dan pasca haji seperti yang banyak kita dengari. Keajaiban tanah bayangan Mahsyar itu sungguh menyentuh hati untuk menjadi insan terbaik seperti yang disarankan oleh Allah dalam firmanNya.

“ Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”

Manusia yang baik itu yang sentiasa memperbaiki hidupnya..menjadi semakin baik dari hari ke hari.. Siapakah dalam kalangan muslim yang tidak rindu dengan tanah haram itu meskipun belum pernah menjejakinya? Sungguh istimewa menjadi tetamu Baitullah. Permai sungguh teruja setiap kali mendengar ada kenalan yang akan berangkat ke sana. Pasti titipkan doa semoga suatu hari akan menemui jalan untuk sampai ke sana,InsyaALLAH..

Istimewanya ibadah haji ini kerana ia hanya dapat ditunaikan di satu tempat sahaja, pada satu masa sahaja. Lantaran itu ia menghasilkan dengki kepada Abrahah yang berhasrat menjadi masyhur dan terus diziarahi. Sungguhlah doa Nabi Ibrahim Alaihissalam supaya setiap hati jatuh sayang pada tempat yang asalnya kering itu telah terkabul. Disyaratkan supaya orang yang ingin penuhi rukun islam itu perlu berkemampuan aspek material, fizikal, mental, spiritual. Syarat yang begitu abstrak sehingga meragukan langkah.

Pra haji..

#1 “Jom lepak-lepak hari ini”

“Aku tak nak ikut la..insaf daaa..”

“Haila..nanti la insaf kita pergi haji”

Hahahahaha

#2 “ Saya bukan tak mampu untuk ke Mekah tu…apa sangat la kan..sedangkan keliling dunia pun saya boleh, takkan tak boleh singgah sekejap kat sana..tapi nampaknya tak sampai lagi seru untuk ke sana..”

#3 “ Nak ke tempat haji ni kena kumpul duit asing, mana boleh buat haji dengan duit haram..tak berkat..sia-sia saja haji kalau macam tu..”

“Hmm..betul! nak pulak nanti Allah nak tunjuk dan uji tersesat ke apa ke..buat bencana je kat tanah suci tu..”

#4 Jemaah di masjid makin ramai. AlhamduliLLAH..persiapan untuk biasakan diri supaya konsisten dapat beribadah di Mekah nanti..

Tatkala mendapat seruan dan jemputan dalam detik hati untuk melangkah ke sana, hati bagai dituntun untuk tidak mensia-siakan panggilan ini… panggilan dari Allah untuk menemui jalan yang lurus. Maka, segala tindak tanduk selepas itu diusahakan supaya kena dengan kehendak Allah dan syariatnya. Segala yang pernah seronok menjadi tidak menarik lagi kerana hati sudah terbang bersama kerinduan tidak terhingga pada tanah penuh barakah itu.

Tentu sekali berada di Mekah tidak sama asyiknya dengan tanah melayu ini. Tingginya semangat di sana tentu sekali tidak sama dengan semangat di sini. Semoga mendapat haji yang mabrur. Haji yang melengkapkan Rukun Islam. Amiiiiin Ya Rabb…

Pasca Haji…

Melepasi segala ujian di Tanah Suci dan selamat sampai ke tanah air pasti melimpahkan syukur dan lega yang amat sangat.

“AlhamduliLLAH.. lega aku dipermudahkan segala urusan haji..”

“InsyaALLAH, ada rezeki nak ke sana lagi”

“Lain kau tahu, buat ibadat kat sana terasa dekat denganNYA, tak terasa letih..”

Persoalannya..

Apakah pengisian selama sebulan lebih di Makkah itu sesuatu yang praktikal setelah kembali ke tanah air?

Apakah pra dan pasca haji ini akan menjadi begitu berbeza atau tidak akan membawa sebarang perbezaan?

Semoga Zulhijjah 1430 membawa salam rahmat dan hidayah dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang kerdil

P.E.R.M.A.I : Baru terbaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.

0 comments:

Post a Comment