>>>>
Sekarang baru bulan februari, jadi Muaz dan kawan-kawan tak perlu sibuk mengulang kaji pelajaran sangat. Lambat lagi peperiksaan semester dan akhir tahun. Jadi, biasanya para pelajar akan sibuk dengan aktiviti kokurikulum. Muaz awal-awal lagi sudah mendapat izin ibu dan babah untuk menyertai pasukan kompang sekolah. Sejak tahun lepas lagi Muaz sudah berjaya menjadi ahli tetap pasukan kompang. Seronok menjadi ahli kumpulan ini kerana guru pembimbing mereka, Cikgu Sani rajin membawa mereka membuat persembahan pada mana-mana majlis atau pertandingan di luar sekolah. Muaz belum pernah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan, sekadar untuk persembahan pernahlah. Muaz seronok dapat jalan-jalan begitu. Kalau buat persembahan di sekolah pun seronok juga, tapi lagi seronok di luar sekolah.
Kelmarin Cikgu Sani beritahu bahawa pasukan kompang mereka mendapat jemputan untuk pertandingan Piala Menteri Pelajaran dan Muaz antara yang terpilih pula. Jadi mereka mesti berlatih bersungguh-sungguh dan mungkin akan membawa lagu baru. Kali ini bukan hanya bermain kompang sahaja, tetapi mereka perlu membuat formasi yang lebih mantap. Barulah menarik! . Nanti Muaz akan beritahu ibu yang dia perlu menghadiri latihan itu selepas waktu sekolah, jadi tak dapatlah dia pergi ke kelas KAFA seperti selalu.
“Ibu, mulai minggu ni Muaz nak berlatih kompang kat sekolah..tiap-tiap hari selepas habis waktu belajar.. makan tengahari pun kat sekolah. Boleh kan ibu?”
“Cuma..tak dapat lah Muaz ikut kelas KAFA macam biasa..” sambung Muaz perlahan sahaja. Ibu sudah angkat kepala daripada kain yang sedang dilipat.
“Muaz kan dah 2 kali khatam alquran, dah lancar baca jawi, yang lain-lain nanti Muaz belajar sendiri aje la eh..” Muaz cepat-cepat menambah.
“Kenapa sampai kena ponteng kelas KAFA?buat latihan petang selepas habis kelas KAFA tak boleh?”
“Cikgu cakap 2 minggu aje latihan..sebab kami nak buat cara baru untuk pertandingan tu nanti..” Muaz cuba memujuk
“Ye la..tapi sayang la nak ponteng kelas KAFA sampai 2 minggu..”
“hmm..kalau ada surat tak apa kan ibu..?”
“Nanti ibu cakap dengan babah. Tengok babah cakap apa..tapi buat masa sekarang, Muaz kena pergi kelas KAFA macam biasa. Kelas tu lagi penting daripada kompang!” tegas sahaja suara ibu. Muaz diam. Dia suka main kompang, kenapa ibu tak bagi ikut pula?. Tapi Muaz tak mahu bantah cakap ibu terang-terangan. Muaz mahu hormat pada ibu supaya sentiasa mendapat redho ALLAH, kan syurga di bawah tapak kaki ibu.
>>>>>
bersambung
0 comments:
Post a Comment