Sejak bila ye belajar kenal istikharah? Dah tak ingat…tapi ada jugak buat walaupun masa tu maksud istikharah pun tak hadam sangat..
Istikharah sangat sinonim dengan usaha untuk menetapkan hati sebelum buat keputusan tentang hal jodoh. Maka budak-budak yang baru hidup selama 12 tahun pastilah tidak pernah solat istikharah untuk memilih sekolah di tingkatan satu nanti selepas berjaya melepasi UPSR. Ala..jangankan si darjah 6, si gadis pasca PMR pun tidak biasa beristikharah untuk memilih sekolah samada MRSM? kekal di sekolah lama? Tenik? Aliran sains? Tekno? Akaun? Sekalipun sungguh buntu dan menggusarkan perasaan.
Istikharah ini pada hemat Permai tidaklah begitu sempit. Dalam banyak keadaan kita terpaksa membuat keputusan yang berat-berat sesuai dengan setiap peralihan umur, jarang sekali kita sandarkan pada istikharah. Hakikatnya istikharah ini sungguh rapat kaitannya dengan keyakinan kita dengan qada’ dan qadar yang wajib kita imani itu. Istikharah ini berkaitan dengan bagaimana akhirnya kita menerima setiap ranjau dan ujian dalam laluan yang telah dipilih itu untuk sentiasa menguatkan keimanan terhadap kuasa Al-Khaliq. Istikharah ini berkaitan keluasan ilmu ALLAH dan kesempitan ilmu kita sebagai hambaNYA yang disebut sebagai hikmah. Istikharah ini berkaitan kesungguhan kita untuk menunjuk rasa rendah diri dan kehambaan dalam mencapai redhoNYA.
Masa di tingkatan 5, semangat bercouple sangat tinggi, datanglah lautan api akan ku renangi, datanglah samudera ganas akan ku tempuhi..ececece..(*0*) kes couple di sekolah membimbangkan guru. Istilah yang femes masa tu, couple untuk suntik semangat nak hadapi SPM. Maka seorang Ustazah dengan lembut menasihati kami supaya beristikharah, semoga diberi tunjuk siapa insan yang paling berhak itu, agar kami tidak terbeban dengan kaedah ‘trial and error’. Permai taat menurut arahan ustazah, tapi tidak bersungguh kerana rasanya lambat lagi tempoh untuk menunggu ni. Fokus utama doa istikharah itu, Permai modified supaya Dia lorongkan hati memilih jawapan bagi paper objektif exam nanti kalau-kalau Permai blur sangat & tak tahu nak goreng apa…
Istikharah menjadi semakin serius kemudiannya, membuat keputusan pasca SPM yang kononnya menentukan arah hidup sepanjang usia berbaki nanti. STAM? STPM? Kerja? U? IPTA? IPTS? Segala macam keputusan harus diputuskan segera dan tepat. Ketika itu, Permai mula terfikir bahawa istikharah ini tidak harus dibuat secara berkala tetapi mestilah rutin.
Manual tarbiyyah setelah memegang jawatan Exco persatuan sangat menekankan aspek hubungan rohani dengan yang Maha Merancang dan Maha Memutus. Cuaknya Dia sahaja yang tahu setiap kali perlu membuat sebarang keputusan dan sesungguhnya istikharah ini meyakinkan langkah untuk tega dengan ketentuan yang telah tertulis berserta keyakinan dengan kuasaNYA yang boleh mengubah apa jua keadaan. Permai bersyukur diberi peluang merasai nikmat yang indah ini.
28.12.2009, InsyaALLAH Permai akan mulakan semester baru yang juga semester akhir bagi pengajian peringkat ini. Banyak perkara yang mesti diselesaikan dengan teliti. Yang menuntut keputusan teliti. Semoga Permai dibantu olehNYA dalam memudahkan setiap urusan. Istikharah patut semakin memfokuskan doa dan permintaan. Istikharah patut semakin menjurus lorong persoalan, jawapan, harapan dan keputusan. Istikharah patut semakin kerap dan khusyuk. Istikharah patut semakin menambahkan keimanan.
P.E.R.M.A.I : Istikharah ini untuk tetapkan hati Permai samada menyambung terus pengajian atau mengambil peluang terkemudian pula pasca 1st degree nanti…hehehe (ada sapa-sapa yang harapkan dia muncul dalam istikharahku?)
3 comments:
salam kak kinah :-D
salam..hehehe
saja nyibokk.tak baca habis neh.haha
;p
salam kehidupan,
beristikharahlah.... moga2 diberi petunjuk.
Post a Comment