Epi 18 : Gitu-gitu

Salam.

Hubungan lelaki dan wanita adalah sesuatu yang rumit, kompleks dan pening. Itu yang selalu Permai rumuskan dari dulu sampai sekarang. Kadang-kadang pendapat tersebut mengganggu cara berkerja dan persepsi Permai secara keseluruhan.

Bermula dengan penciptaan Nabi Adam Alaihissalam, telah tertulis penciptaan fitrahnya yang mendorong penciptaan isteri baginda, Hawa dan lantas mengembangkan populasi manusia di muka bumi ini dengan jantina antara 2 sahaja, lelaki ataupun perempuan. Ia merupakan hubungan yang harmoni sejak dahulu kala hingga kini walaupun ada beberapa riak yang timbul..tapi riak itu tidak sampai menafikan keperluan kewujudan antara satu sama lain.

Permai telah perhatikan pasangan-pasangan yang hampir dengan Permai selama ni, masing-masing ada cerita tersendiri.. Kata orang, melalui alam berpasangan ini seperti antara sedar dan tidak kerana ia proses yang tidak sama setiap hari. Baru belajar memahami si dia hari ini, esok sudah mengalami perubahan yang memaksa diri untuk memahami lagi pembaharuan ini. Proses yang panjang. Mungkin mendatangkan senyum dan tangis.

Seorang sahabat pernah nasihatkan Permai supaya jangan mulakan perhubungan yang gitu-gitu..sebab bila dah terlibat memang susah nak tarik diri lagi dah..ia bersifat perangkap. Inilah nasihat yang selalu buat Permai jadi pesimis.

Sudahlah..melalut pula..(^^,)

Sebenarnya Permai menumpang mood sahabat-sahabat yang banyak mengirim kad undangan perkahwinan bersempena cuti akhir tahun dan cuti raya haji ni sampai bertindih tarikh. Memang ramai yang sudah sampai seru. Terfikir pulak kenapa ramai sangat yang pilih cuti kali ni? pastu Permai tergelak sendirian…memanglah ramai yang hantar kad cuti kali ni, bukan sebab cuti…tapi memang dah umur ‘zon seruan’ pun…haila..cne leh tak perasan dari awal ni…?hehehehe. Memang ramai yang mengambil kesempatan berkenduri masa cuti, tapi selama ni tak cakna sangat sebab pengantinnya bukan dalam kalangan kenalan dan sahabat Permai sendiri, mungkin jiran atau saudara atau paling tidak undangan kenalan keluarga Permai. Berbeza pula cuti kali ini (nov-dec 2009), ramai kenalan Permai yang mengundang ke walimah mereka.

Permai ucapkan ‘TAHNIAH’..semoga perhubungan ini mendapat berkat dan rahmat Allah. Semoga dipermudahkan urusan menjalani hidup di alam baru. Semoga dengan ikatan ini bertambah iman dan kekuatan untuk mejalankan tugas-tugas khalifah di muka bumi ini. Semoga ikatan ini berkekalan sampai syurga.

Pesan Permai, Bertaqwalah.. “sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi ALLAH adalah orang yang bertaqwa..”

Bertaqwalah…”sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa..”

Tempuhlah alam rumah tangga dengan taqwa dan iman..selamat berbahagia..

Selamat Pengantin Baru kepada :

U.Zulkhairi + K.Raihanah (05122009)

K.Maryam + Zulkhairi (07122009)

K.Aziah + Salman (12122009)

Farhana + Rizal (18122009)

K.Muniroh + U.Mad Nor (19122009)

K.long Fakhriyyah + U.Halim (22122009)

K.Hannan + Fathurrahman

K.Rabihah + pasangannya

P.su Rodhi + M.su Amal (25122009)

Selamat bakal pengantin kepada :

Sitie dan her Mr. ~cepat sikit weh, takot terlangkah bendul..hahahaha

Tak lupa, tahniah atas kelahiran Ahmad Faris buat Liza sekeluarga..semoga menjadi anak yang soleh untuk ummi & abah..amiiiin..

Cewah..dah macam buat ucapan kat radio je..

Bagi Permai seberapa kompleks pun hubungan ni..ia sebenarnya berkaitan dengan toleransi antara dua pihak yang pada asalnya mungkin tidak ada sangkut paut antara satu sama lain..bagaimana mencari dan memadankan satu atau sedikit persamaan yang ada pada kedua-dua pihak berbanding perbezaan antara mereka berdua. Hubungan ini berkaitan dengan usaha dan tanggungjawab…bagaimana daripada ntah siapa-siapa menjadi seorang yang begitu penting untuk diambil berat dan menumpahkan perhatian..malahan yang menariknya, hubungan ini berkaitan saling memberi dan menerima kasih sayang pada skala yang tersusun, besar, banyak dan tidak henti-henti.

Menarik juga kerana Permai yakin setiap pasangan tidak dapat menyatakan dengan tepat kenapa mereka tertarik antara satu sama lain sehingga berani membuat keputusan untuk menghabiskan hidup ini bersama malah semuanya berhasrat untuk terus bersama hingga ke syurga bukan hanya setakat bahagia bersama anak cucu sahaja. It’s so sudden!...dan semua melihatnya sebagai sesuatu yang boleh diterima. Justeru, langsung tidak aneh si cantik memilih si buruk rupa (eh, macam kenal je frasa ni..), langsung tidak hairan yang namanya mutiara hitam tu ada pasangannya di Malaysia yang sawo matang, maka apa yang anehnya senusantara terpikat dengan pria Lombok?.

Kesimpulannya.. tidak kira kenapa, bila, malah sesiapa sahaja yang telah terpilih untuk menyahut seruan ini Permai doakan yang terbaik kerana getirnya melalui hubungan ini hanya akan menjadi kuat setelah ia dibina pada tapak yang kukuh, pada sandaran yang kukuh serta menuju distinasi yang pasti. Hanya doa yang akan sentiasa mengukuhkan hubungan ini kerana di situ terdapat hubungan yang sedar pada kuasa Yang Maha Berkuasa serta Yang Maha Penyayang. BarakaLLAHu la kum..amiiiiin…

P.E.R.M.A.I : Ada yang tanya entry ni berkesinambungan daripada episod lepas ke..?tak lah, kebetulan aje..

0 comments:

Post a Comment