Ep. 19 Majlis Perkahwinan

Salam.

Kebetulan yang terancang ke? Dari episod 17 (istikharah) sampai episod kali ni, kebetulan jadi macam berkait pulak. Kalau nak kata berkait pun, anggaplah ni episod terakhir dalam siri ni..Permai tak berani plak nak jamin mungkin ke Permai dah tak menulis tentang hal macam ni lagi… =p

Permai buat-buat sempat join kenduri anak bongsu tok Permai. Maknanya kenduri Pak su Permai la. Best..best..best.. lama tak kenduri..majlis perkahwinan sebelum ni tahun 2003 kalau tak silap..lagipun ni kenduri si bongsu yang bertuah tu..yang bunyi ura-uranya dari tahun 2007 lagi..

Untuk majlis kali ni, Permai dah besar..dah dapat tanggungjawab khas untuk menjayakan majlis, kalau sebelum ni masih budak-budak..tak boleh di bawak majlis kata orang..hehehe.. Maka, macam-macam la Permai dapat belajar tentang majlis perkahwinan walaupun penat, ada rasa bahagia yang tak dapat diceritakan, gembira bagi pihak Pak su dan Mak su, lega selepas selesai majlis ini.

lokasi : masjid muttaqin, sungai petani

event : majlis akad nikah

tarikh : 25.12.2009


bincang sket sebelum majlis, amende ntah..

amanat la kut


bersiap sedia..bagi tempoh bertenang dulu..


aik? tak tenang lagi ke?


bertafakur..mohon diberi sabar dan tenang menghadapi imam..
tapi elok jugak doa panjang2 mohon jadi lebih tenang pas jadi suami nanti...
tengok kawan dia yg baju biru tu macam dah tak puas ati sgt ja
hehehehe..


owww..patut tak leh stat lagi...kena kira dwet dlu maaa...


1 2 3 ...mula mengira..


adui..banyak sgt ke jumlahnya...tak habis2 lg mengira...


ok..dwet dah kira...sekarang sibuk hal pakai mic plak..takot saksi x dgr..



ni sesi soal jawab..nak tau layak ke tak layak..wat tak lulus part ni memalukan jek..huhuhu


banyak wo soalan..tapi nampak cool je..soalan tak mencabar kot...
antaranya "ko ni siyes ke nak kawin?"



aku nikahkan...ni kre part paling syahdu la...transfer tugas dari ayah kpd suami...
tgk sume org pun khusyuk semacam...



aku terima..
betul tu..
dah janji nak terima segala tanggungjawab jaga anak p.cik zaki ni..
dah janji nak jadi anak,menantu,suami,n ayah yg baik..
kena la tunaikan pasni..
pak imam pun tanya..
"cne weh..nak kira sah ke tak ni?"



alhamduLILLAH...
dah tak ada perkataan lain mampu menggambarkan syukur lepas pak su dapat lafazkan akad ni dgn sempurna..



ni kena baca apa ntah...lafaz taklik kot..


pastu..kena tandatangan 'menda' tu..
maka setel la masalah sbb dah ada bukti permai dah dapat mak su..


ya ALLAH..yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
berkatilah hubungan ini..
kuatkanlah hati kami dalam menempuh alam baru yang sangat mencabar ini..
Ya ALLAH.. Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani..
tunjukkan kami jalan menujuMU
permudahkan urusan kami
bantulah kami
jauhkan kami dari lalai dan leka
Ya ALLAH.. Yang Maha Berkuasa...
Ya ALLAH...Yang Awal dan Yang Akhir..
tentukanlah kehidupan yang baik untuk kami..
dan sesudah itu..
tentukan pengakhiran yang baik juga untuk kami
amiiiiiiin...


sujud syukur padaMU..
atas segala cinta


hadiah dari family p.su kat family m.su..
9 dulang tu..sorang satu bagi...


pengantin lelaki..Mohd Rodhi bin Abu Bakar



..mempelai...
Mohd Rodhi bin Abu Bakar
Asymal Hayati bte Mohd Zaki..



selamat berbahagia..
amiiin...


baju hijau
majlis kenduri 28.12.2009 (isnin).




hadiah balas..


pengantin 28.12.2009..



ni mestila bukan pengantin..
apatah lagi pengapit
ni husna..
itu je nak cakap
tq



alifah najwa..yang comot tp comel


itu je..seronok kenduri..penat pun ye..siap ponteng 2 hari kuliah..kenduri punya pasal..

P.E.R.M.A.I : selamat pengantin baru, semoga berbahagia dan dirahmati selalu..amiiin..





























0 comments:

Post a Comment