Marwa al sherbini langsung tidak popular pada sesiapa sahaja sebelum 1 Julai 2009 iaitu tarikh kematiannya. Kematiannya juga tidak popular seperti Micheal Jackson, Raja Pop yang sungguh dirasai pemergiannya yang dijaja keislamannya. Tetapi Marwa menjadi lambang kekuatan seorang wanita muslimah yang gagah dan gigih menegakkan kedaulatan Islam sehingga mencapai syahid dalam menegakkan haknya dalam beragama. Kisah Marwa ini wajar dijadikan iktibar dan kayu ukur kesungguhan kita yang mengaku beriman dengan ajaran islam yang syumul ini.
Marwa tidak berdiam diri dengan penghinaan sebegitu mengadu kepada mahkamah mengenai gangguan yang dibuat oleh jirannya itu dan mahkamah telah memutuskan supaya Alex, 28 membayar Euro 780 sebagai denda tetapi Alex memohon rayuan, maka tarikh 1 julai 2009 mereka perlu bertemu lagi di mahkamah. Di bilik mahkamah itulah Marwa diserang dihadapan anak dan suaminya malah hakim dengan tikaman bertubi-tubi sebanyak 18 kali yang membawa kepada kematiannya yang sedang mengandung 3 bulan. Lebih menyedihkan ketika pergelutan tersebut Alex yang berasal dari Russia dan dipercayai berfahaman Neo-Nazi berusaha untuk menanggalkan tudung Marwa. Suami mangsa mengambil langkah menghalang “aksi” Alex tersebut telah ditembak –membawa kepada koma- oleh polis yang turut berada di situ yang kemudiannya memberi alasan mereka tersalah anggap dengan menyangka Elwi cuba menyerang Alex.
Pembunuhan kejam ini telah menimbulkan reaksi panas dari seluruh dunia islam yang turut merasa terhina dengan kejadian itu. Warga minoriti islam di Jerman sendiri mengutuk layanan “tidak mesra” malah double standart yang diterima mereka selama ini. Tetapi perkara ini didiamkan sahaja oleh media dan baru disedari setelah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Jerman. Mesir pula dalam reaksinya mencadangkan untuk memboikot barangan Jerman seperti yang pernah dilakukan dunia terhadap Denmark dalam isu karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.
Secara tertibnya kita dapat melihat situasi semasa yang dihadapi oleh ummat islam terutama apabila menjadi minority dalam sesebuah negara. Tentu sekali kepiluan menghantar syahid di Selatan Thailand belum terubat ditambah pula dengan pembunuhan syahidah jilbab, Marwa El Sherbini. Itu belum lagi kita korek cerita sedih ummat islam di seluruh pelusuk dunia yang sengaja dipendam penguasa dan media. Tak perlu menunggu peristiwa 11 september untuk melihat perkembangan islamphobia dikalangan masyarakat yang rakus dengan semangat rasisme dan fasisme kerana yahudi sejak dulu sudah lama menganggap islam sebagai penggugat keharmonian mereka.
Marwa telahpun menjadi syahid dalam medannya, cuma Permai ingin ketengahkan rasa sensitiviti kita dalam mendepani isu ini. Fenomena anti-islam sebenarnya sudah menjadi basi pada sesetengah kita dan sudah “alah bisa tegal biasa” dalam masyarakat islam sendiri. Menjadi orang yang ditindas dan ‘tidak diterima’ sudah mangli untuk terasa sakitnya. Kita menjadi semakin kurang peka dan kurang sensitif dengan isu yang sungguh keji seperti ini melihatkan reaksi bersahaja dari kita khasnya dan masyarakat amnya.
Paling menyedihkan apabila isu ini tidak sebising perjuangan hak asasi dan kebebasan wanita yang diusahakan sesetengah pihak yang konon gagah mahu membela wanita, peluang dan hak sama rata antara gender, kebebasan menentukan hidup tapi nampaknya mereka lupa untuk memperjuangkan hak menutup aurat bagi muslimah. Jelas sudah, anti-islam bukan hanya dianuti orang jahat seperti Alex yang kafir tetapi juga munafik yang berkulit islam.
Permai : Minta hati yang lembut dan sensitif..Ya Muqallib al qulub..tsabbit qulubana a’la thoatika..
0 comments:
Post a Comment