Permai yang tak permai

>Salam.

Permai pernah tengok satu segmen resensi buku sekitar tahun 2005 kot.. tajuk buku tu..”Honk, If you are Malaysian”

Teringin jugak beli satu untuk dibaca, tapi dalam tempoh 2005-2009 ni buku ni hanya tersenarai sebagai teringin ada tapi tak tersenarai pulak dalam koleksi..(^^,)..Yang buat Permai tertarik ialah kosep buku ni..sangat Malaysia..kalau tak salah Permai ada banyak jugak siri buku yang cuba menggambarkan Malaysia bukan sebagai bahan untuk rujukan perlancongan semata-mata tetapi memperkenalkan realiti sebenar Malaysia.

Oleh kerana Permai tak pernah membaca pun buku tersebut, cukuplah Permai guna tajuk buku sahaja untuk ceritakan hari-hari yang Permai lalui bagi membuktikan tajuk buku itu.

Umum pun tahu bagaimana suasana pagi dan petang di bandar-bandar utama di Malaysia ni, macam Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan sebagainya yang sangat “macet” sebelum dan selepas office hour. Terlibat dalam kesesakan jalan raya merupakan perangkap yang memang sesak untuk emosi, mental, fizikal…

serabut otak dowh…

jiwa kacau beb…

Sebagai seorang yang biasa dengan keadaan aman permai, memang Permai tak faham kenapa radio begitu pentingkan laporan kesesakan lalu lintas setiap 30 minit pada waktu puncak..Permai rasa rugi sangat dengar radio yang tak ada kaitan dengan hidup Permai yang aman damai tu..

Tapi seiring dengan tumbesaran…Permai sendiri jadi risau untuk terlibat dengan kesesakan lalu lintas..dan Permai betul-betul hadapinya sekarang. Barulah Permai teringat tajuk buku “Honk, if you are Malaysian” ni apabila Permai dapati memang dalam kesesakan tu bunyi hon ‘sabung-menyabung’ disertai dengan macam-macam gaya ketika melaui saat-saat getir tu..

Hon mungkin salah satu reaksi yang cuba dinyatakan oleh pemandu yang tak dapat berkomunikasi dengan pemandu disebelah keretanya walaupun tidaklah begitu jauh jaraknya. Permai terasa ingin menarik senyum melihat suasana dalam kesesakan walaupun Permai sebenarnya dalam tekanan yang amat sangat juga. Tapi dapat melihat gelagat orang lain hingga ralit dengan keseronokan “mencerap” itu. Tak tahu siapa yang mula-mula berkomunikasi dengan hon seperti itu, tetapi ‘perbualan’ nampaknya bersahut-sahutan pula…setiap hari..di mana-mana jalan yang sesak..menghasilkan bingit yang bukan kepalang..dan ini buat Permai terfikir satu analogi yang lucu barangkali…

Bayangkan sebuah suasana kenduri ala kampung dulu-dulu…yang sungguh sesak dan kelam kabut…yang makan, yang menangis, yang ketuk kompang, yang mengandam, yang menyambut, yang melayan, yang tak kurang resah..pengantin yang debarnya serasa mahu pecah dada..semuanya mempunyai teman berbual dan macam-macam hal yang nak diceritakan, sehingga menghasilkan suasana kenduri yang sungguh meriah dan berwarna-warni…

Bezanya, kenduri semua orang yang datang dijamu dan diberi layanan selayaknya tetamu disamping masing-masing mempunyai tujuan yang sama. Tetapi dalam kesesakan jalan raya, sebaliknya pula. Hehehe..permai rasa memang rakyat Malaysia ni peramah dan mesra, tu yang atas jalan raya pun meriah je berbual walaupun dengan sekadar berbalas hon.

Jadi, Permai rasa membunyikan hon mungkin satu reaksi dalam tekanan, atau mungkin ia satu sikap tidak sopan, atau mungkin ia pencemaran bunyi yang tidak disengajakan dan tiba-tiba sepakat pula bertindak begitu, malah tak kurang juga kemungkinan ia merupakan interpretasi budaya ramah dan mesra rakyat Malaysia yang mendokong rukun kesopanan dan kesusilaan..yelah..orang menyapa kita menyambut, orang berbudi kita berbahasa…macam pelik ey idea ni?

Elok juga sesekali terperangkap dalam kesesakan jalan raya kita mengambil ruang untuk saling mengenali antara satu sama lain..paling kurang pun belajar mengenali diri sendiri dahulu…adakah kita sudah cukup sifat Malaysia?hehehe

P.e.r.m.a.i : senyum jugak dalam sesak sebab teringatkan tajuk buku tu…ish, tu baru tajuk, isinya?entahlah..

0 comments:

Post a Comment