Cuti=?=rehat

Salam. Permai baru habis bercuti..lepak-lepak di rumah kenangan selalu buat Permai berfikir… Sebenarnya apa itu cuti?

Bagi adik Permai yang darjah 2, cuti ialah tak ke sekolah dan main dari segar sampai letih.


Bagi adik permai yang darjah 6, cuti ialah masa untuk tuisyen pengukuhan.


Bagi adik permai yang tingkatan 4, cuti ialah tidur, tidur, makan, tengok tv, rehat.


Bagi adik permai yang tengah buat diploma, cuti ialah masa untuk cari duit tambahan.


Bagi kakak permai yang dah kerja, cuti ialah tak mengadap bos dan dialah bos kat rumah.


Bagi ibu permai yang sangat sibuk dengan kerja-kerja rumah, cuti atau tak sama saja. Mungkin tambah kat bising ja (^^,)


Bagi saudara mara permai, cuti ialah masa untuk berkumpul senior+junior..berkenduri la tu…


Bagi permai, seharusnya permai ingin mengatakan cuti ialah masa untuk jumpa dengan family dan berehat daripada segala macam aktiviti yang sungguh padat sepanjang semester. Permai nak tidur, permai nak makan banyak-banyak, permai nak main, permai nak rehat….


Hakikatnya,nama saja bercuti tapi permai tak dapat capai semua niat murni tu sepanjang cuti ini…ada-ada saja halnya yang buat permai tak dapat berehat seperti yang diidamkan…pernah jugak permai merungut kepada ibu, dia cuma diam dan memandang ‘semacam’ kepada anakanda dia ni (^^,)


Jumaat 29 mei 2009 bersamaan 4 jamadil akhir 1429


Permai melihat dan menilai semula erti sebenar bercuti tapi untuk bayaran pelajaran tu permai mesti memulangkan tok wan kepada pemiliknya. Tersentak awal pagi tu sebab permai sedang bersiap untuk menziarahi beliau walaupun keletihan baru pulang dari ‘tengok-tengok’ tok dan sebelum tu berurusan di Kuala Lumpur. Permai belum berkesempatan bertemu dengan tok wan cuti kali ini dengan jadual yang padat sebegitu meski cuti sudah berusia 3 minggu. Tentu sekali kehilangan yang besar kepada keluarga permai tetapi tidak selayaknya pemergian itu dikesali. Permai mesti benarkan tok wan mengalami rehat yang permai idamkan itu..duduk saja-saja sampai mandi dan solat pun orang lain yang buatkan..terfikir..mahukah permai berehat begitu?


Masa yang terbaik untuk berehat adalah setelah mengalami kematian..ketika hidup dan masih bernafas dengan segala kemampuan untuk bergerak inilah masa untuk berjuang tidak kira dalam apa jua ertinya..

Sekalipun cuti untuk bermain..itulah medan juangnya..menghadapi segala macam syarat permainan


sekalipun cuti untuk tuisyen...itulah medan juangnya..menghadapi segala macam ujian dan latih tubi


sekalipun cuti untuk tidur, makan dan tengok tv…itulah medan juangnya..menghadapi keselesaan dan ketidakselesaan…


sekalipun cuti untuk tambah duit poket..itulah medan juangnya..menghadapi jerih dan perih mencari rezeki halal


sekalipun cuti untuk ‘lari’ dari bos..itulah medan juangnya..untuk merasai sendiri perasaan bos


sekalipun cuti tidak membawa sebarang perbezaan….itulah medan juang yang panjang…


justeru tidak layak lagi berpangku tangan untuk berehat sebelum masanya, kerana di saat kita masih merasai nikmat nafas tentu sekali ia merupakan masa untuk berkerja. Inilah saja peluang untuk mengutip sebanyak mungkin point untuk menebus rehat di alam barzakh dan alam akhirat nanti.


Firman ALLAH: (( dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetepi janganlah lupa bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah( kepada orang lain) sebaimana Allah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah membuat kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berbuat kerosakan ))

Pilihlah untuk merungut keletihan ketika masih bernafas, kerana apabila kita sudah dihantar ke alam rehat tidak perlu lagi kita merungut, menyesal dan meminta untuk pulang ke alam kerja.


Beberapa hari selepas waktu rehat Allahyarham tok wan, tersentak lagi dengan khabar tok yang tenat di kampong , tentu sekali mengundang cuak meski sudah maklum waktu rehat merupakan jemputan yang tidak mampu ditolak. Rupanya, permai lebih perlu menerima waktu rehat yang sudah menjengah tokoh besar dunia gerakan islam, Fadhilah al-Ustaz Fathi Yakan memenuhi jemputan rehat dari Rabb setelah berhempas pulas menggerakkan kekuatan yang ada untuk berjuang di jalanNya. Semoga Allah merahmati beliau dan memberikan rehat yang selayaknya sementelah beliau tidak berhenti berkerja untuk memastikan kalimah Allah sentiasa tertinggi dan mulia.


Justeru, suka untuk permai ingatkan diri sendiri supaya menumpukan usaha untuk rehat yang panjang dan abadi itu. YAALLAH..mohon hamba ini diberi kekuatan, keghairahan, dan pertolaongan untuk meneruskan perjuangan…amiin


Permai : Allahumma akhtimna bi husni alkhatimah, wa la takhtimna a’layna bi su’ alkhatimah

1 comments:

pemuda agama said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment