Ep 53 : Hari Ibu.

Salam.

Bulan Mei adalah bulan meraikan orang. Ada macam-macam hari dalam 31 hari di bulan Mei. Permai tahu hari ibu juga diraikan pada Mei, tapi tarikhnya Permai jadi tak pasti. Selepas bertanya pada En.wiki, rupanya tiada tarikh yang tetap bagi sambutan hari ibu. Malah, ia disambut pada tarikh yang berbeza-beza mengikut negara. Oooo..baru la Permai tahu..

Di Malaysia, hari ibu disambut pada ahad minggu kedua dalam bulan Mei. Maknanya untuk tahun 2011 ini jatuh pada 8 Mei dan tahun depan jatuh pada tanggal 13 mei 2012 (catat eh..jangan terlepas tarikh ni).. Selepas mecari maklumat signifikan sambutan hari ibu dan tarikhnya, rupanya baru Permai tahu kisah bermulanya keraian ini. Sejarah yang panjang dan kita ambil yang positif..itu aje kesimpulan yang dapat Permai buat.

Signifikan sekali dengan tarikh itu.. Kisah kebakaran yang mengorbankan seorang ibu yang sesudah bertungkus lumus menyelamatkan anaknya, dia ditemui rentung di hadapan pintu rumahnya sungguh menyayat hati. Kuatnya tangan dan kakinya untuk berusaha demi anak-anak yang menjadi amanah suami yang jauh dari sisi membuatkan Permai rasa terharu yang amat sangat. Arwah menghadiahkan kenangan hari ibu yang sangat manis buat anak-anaknya. Hadiah yang jelas dan nyata merakam bahawa kasih ibu sebegitu suci dan murni untuk anaknya.



Sekian banyak kisah memenangkan ibu sebagai insan ulung yang sangat wajar dihormati dan dikasihi. Lupakan sebentar kisah mereka yang tidak layak menjadi ibu. Lupakan mereka yang tiada watak seorang ibu. Lupakan mereka yang mengandung kemudian membuang bayinya, yang melahirkan kemudian mendera anaknya, yang lupa bahawa dia sedang menderhakai anaknya sendiri.

Dalam episod 36 Permai telah menyebut. Dalam episod ini, Permai ingin mengulang sebut. Menjadi ibu adalah pangkat tertinggi yang patut setiap wanita capai. Menjadi ibu yang solehah adalah darjat teragung yang mesti setiap ibu raih. Biarlah tapak kakinya benar-benar layak untuk dialas dengan syurga. Permai ingin sekali mendapat kedudukan itu di sisi ALLAH. Taqabbal minni Ya Rahman..

P.E.R.M.A.I : Selamat hari ibu buat ummi dan mama..semoga berbahagia selalu..selamat hari ibu untuk seluruh ibu di dunia ini..Tahniah kerana telah layak memegang gelaran ibu..TAHNIAH untuk Permai…bakal ibu..insyaALLAH (^^)Y

1 comments:

effa said...

wahh2...Tahniah!!
dah ikut jejak langkah k.syiken nmpknye..
org ni jgk la xkawen2 lg..huhu~
btw..take care tau..ngee~~

Post a Comment