Ep 48 : Hari Bergelar 'Permaisuri'

Salam.

Permaisuri, apakah ayat yang terbaik? Hmmm.. Bagaimana Permai nak mulakan cerita eh? Permai sudah berkongsi sebelum ini, Permai dalam proses menjadi seorang pendidik. Kini Permai akan melalui pula suatu proses baru, menjadi seseorang yang 'baru'. Hidup ini seringkali berubah temanya untuk dijadikan proses belajar sepanjang hayat. (^^,)

Hari ini Permai ingin berkongsi dengan kawan-kawan Permai. Hari yang bakal mencipta sejarah dalam hidup Permai. Saat Permai 'rasmi' bergelar 'permaisuri' buat seseorang. Seseorang sebagai teman hidup, sebagai hadiah dan ujian buat diri Permai. Banyak lagi yang Permai perlu belajar tentang perkongsian hidup...ya kan?? (^,^)




b/p P.E.R.M.A.I : Doakanlah kebahagiaan Permai dan suami untuk menyempurnakan sebahagian dari agama ini.. ''Ya ALLAH, kuatkan daku untuk menyempurnakan sebahagian dari agamaMU dan jadikan daku bisa tegar untuk melaksanakan tanggungjawab hambaMU ini Ya ALLAH.. Bantulah kami Ya ALLAH.. Semoga terus istiqomah.. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.. Dan beroleh keredhoanMU Ya ALLAH.. Ameen..'' (>,<)

Ep 47 : Bakat

Salam.

Baru-baru ini, dalam kesibukan dan pening meneliti pelbagai urusan peribadi dan kerja, Permai sempat ‘bermain’ dengan kawan-kawan.

Lukiskan tapak tangan, tulis nama dan bakat sendiri yang paling menonjol di tengah tapak tangan, kemudian minta rakan tulis cadangan kerjaya yang difikirkan sesuai berdasarkan bakat yang anda ada. Hasilnya anda akan dapat cadangan-cadangan yang mungkin anda tak pernah pun terfikir tentangnya.

Inilah yang Permai lakukan.

Hasilnya Permai memperoleh 5 cadangan kerjaya yang difikirkan sesuai dengan bakat.

Pembaca berita

Pendakwah

DJ radio

Penulis novel

Penceramah

(^^,)Y

Hari ini Permai dalam proses menjadi seorang pendidik, adakah bakat semulajadi Permai dapat membantu untuk berjaya dalam tugas ini?

Dalam sesuatu kerjaya, ukuran bakat memang menjadi indikator penting untuk menentukan tahap kekuatan supaya terus kukuh dan semakin membaik dalam berkerja. Bakat ini adalah anugerah, pemberian yang berbeza untuk semua orang. Apabila kita memilih sesebuah kerjaya, tentu sekali faktor bakat akan kita pertimbangkan dengan wajar. Sekiranya kita tidak berbakat dalam melukis, adakah kita akan memilih untuk menjadi pelukis..? Perkiraan yang mudah.

Kalau tidak berbakat dalam kerjaya yang diceburi, masih banyak indikator lain yang dapat membantu kita untuk berjaya dalam kerjaya tersebut. Minat, usaha, sokongan, tekanan, dan sebagainya tidak kurang penting untuk menentukan turun naik perkembangan kerjaya.

permulaan kerjaya bukanlah bakat semata-mata, tetapi mesti bermula dengan langkah pertama.

P.E.R.M.A.I : Berusahalah untuk menjadi orang yang berjaya, dunia dan akhirat.