ni dah episod ke berapa?



salam. sangat rindu untuk menulis sesuatu. Zaman serba cangih - moden ni, Permai masih manual menulis. mana yang terlintas, ambil pen dan kertas, tulis dan berterabur.
Permai nak tulis di tanah P.e.r.m.a.i.s.u.r.i ni..doakan Permai..

P.E.R.M.A.I : will be right back..insyaALLAH, amiiin

Ep 63 : masa

Salam.

Sedaya upaya Permai cuba mengelak alasan “sibuk” dan “tak sempat”apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu pada masanya. Permai malu dianalisis sebagai orang yang tak pandai mengurus masa. Oh! Tapi bagaimana lagi mahu MENGURUS MASA yang 24 jam sehari itu? Permai jugak yang makin ‘mengurus’...

Rasanya sudah sehabis pantas dan cekap kedua tangan ini bertungkus lumus menyelesaikan tugas dan rutin harian hidup. Permai cuba menyelesaikan sebanyak mungkin urusan mengikut masanya. Sekuat daya Permai cuba untuk tidak bertangguh, kerana bertangguh bererti akan bertimbun. Aduhai..ujian apakah ini..

Setiap malam sebelum tidur, fikirkan apa yang Permai sibukkan sepanjang hari..Ha??, banyak lagi yang tak selesai!

((Demi masa # Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian # kecuali mereka yang beriman, yang beramal soleh dan berpesan dengan kebaikan serta kesabaran # ))

Permai ingin selalu dalam keadaan ibadah dan beramal soleh. Permai ingin sentiasa dalam keberuntungan. Permai tak mahu merungut dengan nikmat masa yang ALLAH beri sama adil kepada semua hambaNYA.

Suatu pagi, Permai melihat seorang guru senior terkumat kamit bibirnya. Subhanallah..ALLAH beri kepadanya kesempatan untuk berzikir sambil mencucuk bunga manggar!. Suatu kali, Permai terlihat seorang ibu sedang sujud khusyuk dalam solat dhuhanya. Masyaallah..ALLAH beri kesempatan padanya sedang dia mempunyai dua orang anak OKU!. Suatu petang, jiran Permai yang baru pulang dari berkerja shift pagi datang menghantar bubur jagung untuk Permai sekeluarga. Alhamdulillah..Allah beri padanya kesempatan padanya untuk memasak pelbagai lagi juadah yang rumit. Suatu malam, seorang sahabat mengirim SMS mengajak berqiyamullail. Allahuakbar..rasanya mata ini baru sahaja lelap, namun sudah ada yang bangun menyahut seruan mujahadah itu, malah turut menjemput Permai.

ALLAH..

Permai jadi hairan bagaimana mereka dapat meluangkan masa seperti itu sedangkan Permai tahu mereka lebih banyak tugas, sudah tentu berganda-ganda sibuk berbanding Permai.

ALLAH..

Kadang-kadang Permai jadi sebal seorang diri. Banyaknya yang belum selesai, sedang badan sudah keletihan..pancit! lelah yang amat sangat!.

Kadang-kadang Permai anggap diri sedang bermain dalam siri ‘Explorace’. Selesaikan semua ‘task’ dalam masa yang ditetapkan. Bertanding dengan pesaing yang entah siapa dan bagaimana keadaannya. Yang penting urusan kita mesti diselesaikan. Mesti pantas, cekap, kreatif, berani, tekun, sabar dan kuat semangat!

Ya ALLAH..

Sesungguhnya dalam kurniaan masa yang sama untuk semua, ada tambahan nikmat lain yang tersembunyi..namanya ‘barakah’. Iaitu masa yang cukup untuk menyelesaikan urusan malah ada kelapangan lagi untuk beramal soleh. Sudahlah setiap urusan rutin itu berjaya dijadikan ibadah dan amal soleh, ditambah pula lagi ddengan ibadah-abadah khusus.

Ya ALLAH..

Permai inginkan kurniaan itu.. Permai kepingin sekali, Ya ALLAH.. permai mahu masa yang berkat. Berilah kepada kami nikmat itu lalu jadikanlah kami dalam kalangan orang yang bersyukur.

P.E.R.M.A.I : Ya ALLAH..kesempatan menulis ini moga dinilai sebagai alkhair. Bersaksilah bahawa Permai ingin berpesan dengan kebaikan dan kesabaran.

EP 62 : AKU NAK MENGAJI

Kelihatan ibu sibuk meyusun cawan lalu dituangkan milo panas kedalamnya. Rutin ibu setiap pagi. Memastikan kami bertiga bersarapan dahulu sebelum ke sekolah. Hari ini Muaz rasa bersemangat nak ke sekolah. Dia sudah berjanji dengan Faiz dan Akmal untuk menunjukkan kereta mainan masing-masing yang dicipta daripada gumpalan tali dan kertas. Bermain di sekolah lebih seronok daripada di rumah. Kalau di rumah, hanya waktu petang selepas pulang dari kelas alquran dan fardhu ain (KAFA) barulah ibu benarkan dia bermain di padang. Itupun kalau ada kawan, kalau tidak, Muaz hanya terperap di rumah atau tertidur kebosanan sahaja. Muaz suka ke sekolah kerana dia dapat berkawan sepuas-puasnya. Kan seronok kalau di sekolah tak perlu belajar, hanya bermain sahaja. Macam hari ini, Muaz hanya perlu masuk ke kelas sehingga waktu rehat sahaja, selepas waktu rehat semua pelajar tahun 4 dan 5 mesti menghadiri ceramah anti dadah di dewan besar sekolah. Bolehlah nanti dia tunjukkan keretanya pada Faiz dan Akmal waktu itu. Mereka kan bukannya belajar dalam kelas yang sama. Muaz dalam kelas 4 Bijak, Faiz dan Akmal pula dalam kelas 4 Bestari. Waktu ceramah nanti, dia akan duduk dengan kawan-kawan dari kelas yang lain juga. Muaz terfikir juga kalau nanti cikgu akan marah padanya kerana bermain ketika mendengar ceramah. Tapi tak apalah..nanti dia akan berbual perlahan sahaja dengan Faiz dan Akmal. Lagipun, ramai lagi orang lain yang buat nakal, lebih nakal dari bermain kereta, malah ada yang membuat bising. Memikirkan begitu, Muaz rasa lebih lega. Seronoknya hari ini. bisik hati Muaz sambil cepat-cepat menghabiskan sarapan.

>>>>

Sekarang baru bulan februari, jadi Muaz dan kawan-kawan tak perlu sibuk mengulang kaji pelajaran sangat. Lambat lagi peperiksaan semester dan akhir tahun. Jadi, biasanya para pelajar akan sibuk dengan aktiviti kokurikulum. Muaz awal-awal lagi sudah mendapat izin ibu dan babah untuk menyertai pasukan kompang sekolah. Sejak tahun lepas lagi Muaz sudah berjaya menjadi ahli tetap pasukan kompang. Seronok menjadi ahli kumpulan ini kerana guru pembimbing mereka, Cikgu Sani rajin membawa mereka membuat persembahan pada mana-mana majlis atau pertandingan di luar sekolah. Muaz belum pernah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan, sekadar untuk persembahan pernahlah. Muaz seronok dapat jalan-jalan begitu. Kalau buat persembahan di sekolah pun seronok juga, tapi lagi seronok di luar sekolah.

gambar sekadar hiasan

Kelmarin Cikgu Sani beritahu bahawa pasukan kompang mereka mendapat jemputan untuk pertandingan Piala Menteri Pelajaran dan Muaz antara yang terpilih pula. Jadi mereka mesti berlatih bersungguh-sungguh dan mungkin akan membawa lagu baru. Kali ini bukan hanya bermain kompang sahaja, tetapi mereka perlu membuat formasi yang lebih mantap. Barulah menarik! . Nanti Muaz akan beritahu ibu yang dia perlu menghadiri latihan itu selepas waktu sekolah, jadi tak dapatlah dia pergi ke kelas KAFA seperti selalu.

“Ibu, mulai minggu ni Muaz nak berlatih kompang kat sekolah..tiap-tiap hari selepas habis waktu belajar.. makan tengahari pun kat sekolah. Boleh kan ibu?”

“Cuma..tak dapat lah Muaz ikut kelas KAFA macam biasa..” sambung Muaz perlahan sahaja. Ibu sudah angkat kepala daripada kain yang sedang dilipat.

“Muaz kan dah 2 kali khatam alquran, dah lancar baca jawi, yang lain-lain nanti Muaz belajar sendiri aje la eh..” Muaz cepat-cepat menambah.

“Kenapa sampai kena ponteng kelas KAFA?buat latihan petang selepas habis kelas KAFA tak boleh?”

“Cikgu cakap 2 minggu aje latihan..sebab kami nak buat cara baru untuk pertandingan tu nanti..” Muaz cuba memujuk

“Ye la..tapi sayang la nak ponteng kelas KAFA sampai 2 minggu..”

“hmm..kalau ada surat tak apa kan ibu..?”

“Nanti ibu cakap dengan babah. Tengok babah cakap apa..tapi buat masa sekarang, Muaz kena pergi kelas KAFA macam biasa. Kelas tu lagi penting daripada kompang!” tegas sahaja suara ibu. Muaz diam. Dia suka main kompang, kenapa ibu tak bagi ikut pula?. Tapi Muaz tak mahu bantah cakap ibu terang-terangan. Muaz mahu hormat pada ibu supaya sentiasa mendapat redho ALLAH, kan syurga di bawah tapak kaki ibu.

>>>>>

bersambung

Ep 61 : baju melayu hijau serindit


Salam.


Permai pinjam tajuk novel tulisan Syud konon untuk ambil semangat sikit setelah berbulan tinggalkan blog p.e.r.m.a.i.s.u.r.i. ni.. Permai sangat rindu untuk menulis dan bercerita, tetapi cepatnya masa berlalu sampaikan Permai sudah jauh tertinggal dalam kesibukan rutin baru. Tak terkejar dah.. insyaALLAH, Permai sedaya upaya akan rajinkan diri serta menyempatkan diri untuk terus menulis. Aduhai..berjanji lagi..moga-moga Allah beri kekuatan untuk menunaikan janji..

Sudah setahun kisah baju melayu hijau serindit berlalu..terasa sangat baru dan masih segar diingatan.

Selepas terkejut akan mengubah status dalam tempoh yang terdekat, banyak yang perlu disiapkan segera. Kalut dan ralat sama banyak, seperti tidak jejak tiap langkah. Mudahnya kata sepakat dicapai dalam menetapkan tarikh namun perkara yang menyusul kemudian tidak semudah itu.

Cuma ada lebih kurang 3 minggu sahaja lagi..

Permai memilih kata ‘setuju’untuk mengenakan busana hijau pada majlis akad nikah. Tapi hijau yang bagaimana? Mulanya seperti mudah untuk mencari kain berwarna hijau dan hantar sahaja kepada tukang jahit. Siap!. Oh,tolonglah Permai! jangan tahu nak senang aje..

Kami putuskan supaya mencari baju melayu dahulu, lalu sekian banyak kedai pakaian yang En. Damai jelajah, payah sungguh mencari baju melayu hijau yang berkenan sementelah pula pilihan tidak pelbagai, musim raya sudah lama berlalu. Akhirnya sepasang baju melayu hijau serindit mencuri perhatian, lalu Permai menerima MMS gambar baju tersebut, ‘ooo..ini rupanya hijau serindit’.

Berpandukan gambar itulah Permai perlu mencari kain pasang untuk Permai pula, nak dibuat baju kurung Pahang hijau serindit. Itulah sebabnya 2 kali beli kain yang tak matching tau!

Penatnya! (-.-)’

Lalu En. Damai kirimkan sebahagian baju melayunya, buat panduan.. bersama nota, ~pulangkan balik tau, nanti pengantin pakai baju tak matching dengan seluar pulak~ *sigh*

Selesai hal baju..

Ikutkan Permai..memang tak kisah..aci redah je la..lebih kurang tu pejam mata, buat-buat tak nampak..

Sehari sebelum majlis akad, ‘wedding planner’ datang pantau..wahh!ada saja yang tak kena..terkulat-kulat Permai..

Tudung tak sepadan dan nampak kosong..bunga tangan tak ada..baju terlalu biasa..layah ada labuci yang nak tertanggal..bla3.. Maka berkejarlah Permai siapkan semuanya..punya mahal nak iron batu kat pergelangan tangan tu, siap berkira lagi.. padahal batu murah ja..tak la design diva sangat..huh!

Tempoh kalut selama 3 minggu itu cepat berlalu, Malam 29 zulhijjah 1431..Permai sah menukar status..alhamdulillah..

Jadi, sila jawab soalan Permai.. Berapakah peratusan sumbangan baju pengantin terhadap keabsahan akad dan kebahagiaan sebuah perkahwinan?

Adalah sangat wajar untuk anda berfikir panjang sebelum menjawab soalan ini terutama bagi anda yang akan ‘bermajlis’, kerana anda akan sangat sibuk untuk membuat persiapan mengenai busana ini..dan akhirnya adalah tidak wajar jika anda mendapati peratusan sumbangan pakaian itu terhadap perkahwinan anda hanyalah ciput.

P.E.R.M.A.I : Jangkaan Permai, ramai sahabat yang akan menamatkan zaman bujang tahun ini..Permai doakan majlis yang indah dan bermakna untuk ‘mereka’.