Ep 45 : secangkir teh yang menenangkan.

salam.

Malam itu malam jumaat. Tarikhnya 3 Disember 2010. Esoknya cuti umum bagi Negeri Kedah. Permai punya urusan yang sangat penting dan itu memberikan tekanan yang bukan sedikit.

Memang kehidupan selepas ini tidak akan menjadi mudah. Bagaimana mahu mendapatkan kekuatan? Bantulah hambaMu ini Ya ALLAH. Hampir saja air mata ini gugur kerana Permai benar-benar merasa terbeban untuk meneruskan keputusan yang telah disepakati ini.

Sesungguhnya hanya pada ALLAH kita bergantung harap untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini. Sesungguhnya Permai mengimani bahawa kita sebagai hamba selayaknya diuji. Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan daripada ALLAH.

Kata-kata nasihat pada malam itu membuka dimensi baru buat Permai,

“Anakku, tiada apa yang harus menjadi penyesalan dalam hidup ini sekiranya kamu beriman. Rukun iman bukanlah untuk diingati, ia menjangkau penghayatan yang akan membuatkanmu sentiasa akur dan bahagia menjadi hambaNYA.

Anakku, jangan sesekali mengabaikan solat. Jangan nanti kamu malu dikenali sebagai peleter yang tekun pada solatnya dan solat keluarganya. Jangan lidah kamu berasa berat untuk mengingatkan keluarga yang disayangi tentang peri penting solat. Binalah kekuatanmu melalui solat yang khusyuk dan penuh kehambaan. Iaitu dengan meminta-minta dan merayu-rayu kepada Tuhanmu Yang Maha Agung sebagai yang selayaknya seorang hamba kepada tuannya.

Puteriku, kamulah yang menentukan jatuh bangun sebuah keluarga. Janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana itu akan membuka seluas-luasnya mulut kamu untuk bercakap yang kurang enak.

Teruskan kembaramu menuntut ilmu, pilihlah untuk sentiasa tamak dalam mencari ilmu. Hanya ilmu yang benar akan menjauhkanmu dari kesesatan.

Oleh itu puteriku sayang, aku menghantarmu dengan pesan bahawa ibu dan bapamu masih sedia untuk memberikanmu pelukan, datanglah untuk menyinggah..dan kemudianlah pulanglah berbekalkan pengalaman dan nasihat.”

Setelah 2 jam menghadapi tekanan, Permai dihidangkan dengan secawan teh. Manisnya teh, manis lagi perasaan ini. Teh dalam cangkir putih bermotif inggeris membuatkan Permai tersenyum dan menghadam tekanan tadi dengan senyuman. Adatnya, selepas hidangan berat, tuan rumah akan menghidang teh panas sebagai kiasan untuk ‘menghalau’ tetamu pulang..itu yang membuatkan senyuman permai makin melebar. Manisnya adab dan santun…indahnya budi dan akhlak.

P.E.R.M.A.I : Kenangan manis (saat aku mengerti akan lafaz sakinah)

Ep 44 : Apa dah jadi ni?

Salam.

Beberapa hari belakangan ni, minyak masak amat sukar untuk ditemui di negara yang menjadi pengeluar minyak. Apakah ladang-ladang telah ditimbus untuk membina menara dan stadium?. Ketika ini, masing-masing sudah faham bahawa ini helah lapuk yang sudah dihafal kesannya, harga minyak akan naik..[0.O] cuma belum pasti berapa banyak akan naik. ‘Mujurlah’ harga minyak petrol yang naik…huh lega…(^0^)

Apa dah jadi dengan ekonomi kita ni? Semua orang serba sesak..serba miskin... Adakah ini bermakna semakin ramai orang yang perlu dan layak mendapat zakat? FBM KLCI naik, semakin kukuh, mencapai tahap tertinggi boehkah dikira sebagai berita gembira apabila susu anak pun terpaksa dicatu? Siapa peduli semua cerita tentang kemakmuran ekonomi negara apabila nilai RM50 sudah seperti RM5? Deritanya bukan kepalang.

Permai mendengar terlalu banyak rungutan dalam pelbagai suara dan nada..lalu Permai ingin memetik sebuah kumpulan kata-kata yang dapat kita renungi..kata yang penuh kecewa..

“Bila harga barang naik, jawapan yg anda akan terima dari menteri ialah harga barangan kat malaysia jauh lebih rendah dari negara jiran..pernah tak kita dengar mereka menzahirkan rasa simpati?? tidak kan?? malah ayat di atas la selalu diulang2...kita kena simpati kat dorg sebab dorg susah jadi menteri nk bg sama kan harga barangan kat negara kita supaya sama tinggi ngn negara jiran. Bukan dorg simpati kat kita pun.......

penyelesaiannya yg dorg bagi antara lain:

1. Gula naik harga = jgn guna gula nanti kena kencing manis
2. sayuran naik harga = tanam sendiri kat tepi rumah
3. beras naik harga = kurangkan makan nasi nanti gemuk. Altenatif lain makan ubi2 lak..mcm ubi kayu, ubi keledek mcm zaman jepun dulu. Atuk2 dulu mkn ubi kayu hari2 hidup gak ....
4. harga makanan di warung atau restoran naik harga = jgn mkn di luar, masak sendiri bawak bekal.
5. Petrol naik harga = kongsi kereta (laki n perempuan tak kira) lepas tu ada yg kongsi laki kongsi bini lak..
6. Tol naik harga = jgn guna lebuh raya..guna jalan biasa.
7. Tambang bas dan teksi naik harga = guna basikal atau jalan kaki lg bagus untuk sihatkan badan...sambil bersenam pegi kerja..jauh dkt tmpt kerja tak pulak diambil kira.
8. harga barang2 runcit naik harga = kurangkan guna bawang, minyak masak dan sebagainya..masak rebus2 aje...janji dpat makan...kopi , teh, milo, jgn minum byk kafein tak bagus untuk kesihatan..minum air kosong sangat2 bagus...(air yg sedap2 kesukaan kita dulu sekarang dh jadi minuman orang2 berada aje..)
9. Susu naik harga = bg je anak minum susu ibu sampai umur dia 6/7 tahun (mcm la susu ibu tu leh diperah2 mcm susu lembu) boleh jarakkan kehamilan so leh kurangkan kependudukan rakyat malaysia..nanti kalau tak cukup tenaga kerja tak susah boleh import dr Bangladesh ke..indonesia ke...kalau tak pun bela lembu dan kambing sendiri kat belakang rumah...cuba bayangkan tiap2 rumah ada seekor lembu atau kambing..
10. Harga ayam, daging naik harga = jangan makan ayam dan daging tak elok untuk kesihatan boleh kena darah tinggi.
11. harga rokok naik = jangan merokok..tapi kerajaan import rokok dan buat rokok..tanam tembakau..untuk sapa?? untuk perokok la kan..tapi jangan merokok ye...
12. harga pakaian pun naik harga = jangan beli pakaian selalu. beli setahun sekali jer..itu pun beli kain yg murah2 dan jahit sendiri...
13. Ada duit lebih ??? jangan belanja ya...simpan dalam bank untuk mudahkan ahli2 koperat meminjam dan buat projek2...
14. harga utiliti naik = jimatkan letrik, dan air..

Adakah dgn cara ini sahaja kita dapat mengatasi masalah kenaikkan harga barang?? adakah dgn teramat berjimat cermat ini boleh menurunkan harga?? tak kan..sebab ??

Mcmlah lagu *bangau oh bangau* akhir sekali jawapannya ialah harga barangan dan perkhidmatan kat Malaysia jauh lebih rendah dari negara jiran...


Salam takzim,

Redzuan”

Permai fikir, Redzuan juga telah mengumpul sekian banyak kata-kata yang lahir dari rasa sukar yang ditanggung setiap hari. Permai jadi bersimpati pada Redzuan, sahabatnya, anaknya, ibunya, isterinya, jirannya, bossnya, saudaranya dan diri Permai sendiri serta sekian banyak orang yang berada di sekeliling kami.

P.E.R.M.A.I : Lama Permai terfikir tentang kata-kata yang tidak terluah. Betapa beratnya rasa.

Ep 43 : Positif

salam.

tahun baru 1432 / 2011..
Macam cepat kan tahun demi tahun berlalu. Semakin dekat dengan kematian. Memikirkan soal kematian bukanlah sesuatu yang negetif, tapi telah diberitakan oleh Baginda Rasulullah bahawa mati adalah sebaik-baik ingatan dan peringatan.

Mari kita mulakan tahun baru ini dengan kata-kata yang positif dan berterusan mengamalkan kata-kata yang positif sepanjang tahun. Semoga kita akan berbahagia sepanjang masa walaupun dalam musibah. Bahagia dalam derita.

Ada seorang perempuan yang bersuamikan chef, begitu pandainya sang suami memasak sehingga selalu menemukan kelemahan isterinya dalam memasak. Selalu ada komentar tajam dan pedas yang dilontarkan. Sehingga isterinya malas dan berhenti memasak. Dalam suatu musibah, suaminya meninggal dunia dan perempuan itu berkahwin pula dengan pengusaha syarikat swasta.

Suatu hari isterinya bertanya, 'bagaimana masakanku?' Sang suami memuji bahawa seumur hidupnya baru kali ini beliau makan makanan yang terenak di dunia. Setiap kali hendak berangkat ke tempat kerja, suaminya selalu mengatakan 'Mama, aku selalu ingin pulang cepat kerana mahu menikmati masakan mama'. Pujian itu semakin membuat isterinya gemar memasak. Sampai akhirnya membuka restoran yang terkenal dengan masakan yang enak.

Teman, tutur kata yang positif akan mendorong kita dan memberikan kepercayaan diri. Sudah sepatutnya kita untuk bertutur kata yang baik dan positif untuk memberikan motivasi dan semangat untuk orang-orang yang ada disekeliling kita untuk meraih impian. Kata-kata yang positif adalah anugerah yang terindah yang mampu mengubah dunia menjadi lebih baik.

((Bertutur katalah yang baik atau diam)) (HR. Muslim).

P.E.R.M.A.I : ni kira sesuai kan dengan tag line Permai?