Ep 45 : secangkir teh yang menenangkan.

salam.

Malam itu malam jumaat. Tarikhnya 3 Disember 2010. Esoknya cuti umum bagi Negeri Kedah. Permai punya urusan yang sangat penting dan itu memberikan tekanan yang bukan sedikit.

Memang kehidupan selepas ini tidak akan menjadi mudah. Bagaimana mahu mendapatkan kekuatan? Bantulah hambaMu ini Ya ALLAH. Hampir saja air mata ini gugur kerana Permai benar-benar merasa terbeban untuk meneruskan keputusan yang telah disepakati ini.

Sesungguhnya hanya pada ALLAH kita bergantung harap untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini. Sesungguhnya Permai mengimani bahawa kita sebagai hamba selayaknya diuji. Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan daripada ALLAH.

Kata-kata nasihat pada malam itu membuka dimensi baru buat Permai,

“Anakku, tiada apa yang harus menjadi penyesalan dalam hidup ini sekiranya kamu beriman. Rukun iman bukanlah untuk diingati, ia menjangkau penghayatan yang akan membuatkanmu sentiasa akur dan bahagia menjadi hambaNYA.

Anakku, jangan sesekali mengabaikan solat. Jangan nanti kamu malu dikenali sebagai peleter yang tekun pada solatnya dan solat keluarganya. Jangan lidah kamu berasa berat untuk mengingatkan keluarga yang disayangi tentang peri penting solat. Binalah kekuatanmu melalui solat yang khusyuk dan penuh kehambaan. Iaitu dengan meminta-minta dan merayu-rayu kepada Tuhanmu Yang Maha Agung sebagai yang selayaknya seorang hamba kepada tuannya.

Puteriku, kamulah yang menentukan jatuh bangun sebuah keluarga. Janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana itu akan membuka seluas-luasnya mulut kamu untuk bercakap yang kurang enak.

Teruskan kembaramu menuntut ilmu, pilihlah untuk sentiasa tamak dalam mencari ilmu. Hanya ilmu yang benar akan menjauhkanmu dari kesesatan.

Oleh itu puteriku sayang, aku menghantarmu dengan pesan bahawa ibu dan bapamu masih sedia untuk memberikanmu pelukan, datanglah untuk menyinggah..dan kemudianlah pulanglah berbekalkan pengalaman dan nasihat.”

Setelah 2 jam menghadapi tekanan, Permai dihidangkan dengan secawan teh. Manisnya teh, manis lagi perasaan ini. Teh dalam cangkir putih bermotif inggeris membuatkan Permai tersenyum dan menghadam tekanan tadi dengan senyuman. Adatnya, selepas hidangan berat, tuan rumah akan menghidang teh panas sebagai kiasan untuk ‘menghalau’ tetamu pulang..itu yang membuatkan senyuman permai makin melebar. Manisnya adab dan santun…indahnya budi dan akhlak.

P.E.R.M.A.I : Kenangan manis (saat aku mengerti akan lafaz sakinah)

1 comments:

~Effa~ said...

I like it!!
hehe~

Post a Comment