Ep 46 : Pilihan popular.

Salam.

Pernah tak dalam hidup ini anda terasa sukar untuk memilih antara cinta dan cita-cita. Jujur, inilah perasaan yang sukar. Puas ditimbang, beratnya masih sama. Puas ditebak natijah atas risiko, buntunya semakin melebar. Tiada jalan lain, istikharahlah (^^,)

Episod 17 sudah bercerita tentang istikharah, maka episod 45 wajar menceritakan natijah. Hasilnya, Permai membuat pelbagai keputusan yang bukan mudah. Mengorbankan cinta mahupun cita-cita sama saja pedihnya. Keputusan Permai tidak popular ketika itu.. Permai memilih untuk tidak terus menyambung pengajian pasca ijazah pertama kerana pertimbangan yang wajar bagi Permai. Sememangnya ia sebuah keputusan yang hampir membunuh semangat Permai , tetapi ketika itu Permai disedarkan bahawa ALLAH tidak selalu memberi tiap apa yang kita mahu, bahkan DIA sentiasa memberikan ganti tiap apa yang kita perlu. Inikah penafian?inikah yang diistilahkan sebagai ‘eskapisme’?

Tidak!inilah lambang kita sedang berusaha mencapai keimanan, inilah kesungguhan kita untuk menjadi orang yang ikhlas. Inilah ilmu ikhlas yang dicari-cari oleh Fandi dalam filem “kiamat sudah dekat” ..hehehehehe.

Selalunya, apa yang kita rasakan apabila memilih sesuatu keputusan yang tidak popular?. Mungkin kita tidak ada peluang untuk menyalahkan orang lain atas keputusan kita..mungkin juga kita menjadi tidak bersedia untuk mendengar jawapan “itulah..aku dah cakap dulu, kau tak nak dengar..”

Pilihan popular tidak bermaksud selama-lamanya akan betul dan tiada masalah. Pilihan popular mungkin sesuai untuk sesetengah orang dan tidak sesuai untuk setengah yang lain. Banyak tindakan yang diambil terlalu mementingkan populariti sehingga akhirnya kita jadi keliru dengan apa sebenarnya kita mahu. Biar papa asal bergaya. Biar berhutang tetapi lengkap. Biar sakit tapi cantik. Biar membazir untuk meriah. Kenapa tiada nilai popular pada biar selekeh asalkan berbudi? Baik undur untuk maju?. Kadang kala populariti ini menjadikan kita jauh dari sikap positif dan rendah hati malah kita jadi tidak sedar diri!. Kerana memilih yang popular, ramai dalam kalangan kita gagal untuk menilai apa yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.


Sekarang, Permai sedang menimbangkan antara cinta dan cita-cita.. Permai sedang meneliti keputusan tidak kira ia popular ataupun tidak, yang paling penting ia adalah keputusan berasaskan hujah dan hidayah. Permai mahu mengutip setiap butir hikmah yang ALLAH berikan dalam semua qada’ dan qadar. Yang menariknya, Permai bukan keseorangan untuk membuat keputusan. Encik si dia juga sama-sama pening untuk membantu Permai menetapkan hati. Keputusan kami mungkin tidaklah popular tetapi cukup untuk membuatkan Permai terasa ditemani sepanjang kesukaran. Touché [~.~]

Setiap kali anda berfikir untuk mendapatkan keputusan dalam memilih antara perkara terbaik yang ada...bersyukurlah, kerana paling sukar membuat keputusan ialah jika anda langsung tidak punya pilihan.


P.E.R.M.A.I : Hanya islam pilihan popular yang akan sentiasa betul sampai kiamat.

0 comments:

Post a Comment