Ep 52 : Aku Ingin Berubah



Salam.

Berjalan-jalan tengok blog kawan..jumpa satu contest di blog Muslimah Optimis (MO)..dia minta buatkan satu entry bertajuk “aku ingin berubah”.. Permai sudah jatuh hati untuk menyertai..tapi lamanya berfikir..Permai tiada isi nak menulis..bukan bererti Permai tidak mahu berubah..bukan bermaksud Permai sudah berpuas hati dengan apa yang ada sekarang..tetapi Permai tidak mahu menulis sesuatu janji yang bukan dari hati.. Sayangnya, sebab Permai betul-betul berminat menyertai peraduan yang menjanjikan hadiah yang ‘lumayan’ itu.Lalu Permai putuskan utuk abaikan sahaja niat tu..

Suatu hari, sahabat lama Permai menelefon..suaranya sudah serak-serak lain macam.

“Eh, kenapa lain macam je suara ni..?ada apa?” Permai dah mula tunjuk caring..hehehe

‘huhuhuhuhu’ serta merta dia menjawab dengan tangisan yang tertahan-tahan. Sayangnya dia jauh..Permai tak dapat memeluknya untuk memberi rasa lapang pada sebak yang terkumpul di dadanya.

“ok, nanges dulu..dah tenang nanti cakap slow-slow..Permai ada je kat sini..” ni sikap Permai kalau tengok orang nangis..jadi kalau dengar orang nangis pun ini juga la sikap Permai..biarkan dahulu..

‘orang rasa diri tak berguna..orang malu dengan diri sendiri..huhuhuhu..orang..orang nak jadi budak baik..huhuhuhuhuhu’ tersekat-sekat sahabat Permai menerangkan punca dia sebak.

‘orang faham..ALLAH uji sebab DIA sayang..isk isk isk..tapi orang rasa tak kuat..orang rasa orang banyak buat salah..sebab tu ALLAH bagi banyak ujian untuk orang sedar diri..huhuhuhuhuhu’

“hmmm..fikir positif macam tu kan bagus…” Permai akhiri cakap dengan senyuman. Permai tahu dia dapat rasa senyuman memujuk itu walaupun dia tak nampak.

‘orang dah tak boleh fikir positif..orang rasa kalah..orang rasa bersalah..orang nak jadi macam dulu..’


Sahabat Permai ini asalnya seorang yang kuat semangat. Bukan jenis yang mengalah. Dia mempunyai rasa percaya pada diri yang tinggi. Dia sentiasa mahu mengejar kejayaan. Dia anak yang baik pada ibu bapanya, kakak yang baik pada adik-adiknya. Dia menjaga akhlak, pergaulannya dan cara pakainya dengan baik. Sekali dia diuji dengan ujian yang sangat berat..ketika itu, Permai tidak menemaninya dari dekat. Dari jauh Permai doakan dia beroleh kekuatan untuk bangkit dan membina laluan baru hidupnya. Bukan mudah untuk mengumpul rasa mampu selepas jatuh seperti itu. Dalam usahanya untuk melupakan saat perit itu, dia turut mengorbankan banyak kelebihannya yang lalu.

‘orang nak jadi macam dulu..’ dia mengulang lagi. Malah itu yang berulang-ulang dalam benak Permai sehingga menimbulkan sebak di hati.

‘orang nak berubah..orang taw..ALLAH banyak uji sebab nak bagi peluang orang berubah jadi orang yang lebih baik..DIA suruh orang jadi macam dulu..sekarang banyak buat maksiat dengan hati, mata, mulut, tangan..isk isk isk..sedih la…kenapa orang jadi macam ni..huhuhuhuhuhuhu’ jeda jadi berpanjangan kerana tangis..

‘dulu senang nak kekal jaga pandangan, jaga hati..sekarang dah tak ada sapa nak tengokkan orang..nak tegur kalau ada orang buat salah..kalau orang lalai sikit tak ada yang nasihat..sedih la macam ni..macam mana nak berubah..orang nak berubah..’

Mahu berubah mesti memaksa diri..mesti ada yang menyokong..mesti ada semangat..mesti tahu tujuan diri melakukan perubahan..yang paling penting mesti selalu minta daripada ALLAH supaya hati ditetapkan..jangan terpaling lagi..

Permai jadi kelu untuk memujuk dan menerangkan..cakap memanglah mudah..yang menanggung itu rasanya seperti sudah sehabis tenaga mempertahankan azamnya. Permai pasti sekali, bukannya dia tidak tahu bagaiman mahu berubah..sekian banyak buku motivasi bercerita soal itu. Dia bertanya bukan tanda tidak tahu la Permai..dia mahu kamu jadi pendengarnya..


Proses berubah tidak berlaku dalam sehari dua..ia mengambil tempoh..ia menuntut sabar dan cekal yang berpanjangan. Ia akan semakin payah dan sukar pada pertengahannya sehingga menuju ke akhir. Namun begitu, ia tidak mustahil untuk dilalui. Jalan perubahan itu telah ramai yang menitinya..telah ramai yang berjaya sampai..telah ramai yang berpaling ke belakang untuk melihat laluannya lantas merafa’kan setinggi-tinggi syukur..

Selepas memujuknya, dia berjanji akan bertenang dan mula melalui jalan perubahan yang dia mahukan. Permai doakan..

P.E.R.M.A.I : Teringat gambar pizza yang Permai gunting dan lekatkan pada pintu almari. Di bawahnya ada tertulis ‘orang yang hebat bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang hebat ialah orang yang bangkit setiap kali dia jatuh’

1 comments:

Muslimah Optimis said...

betul cakap PERMAI.. kadang2 kita terdetik di hati, tapi kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan kita.. kita perlukan sokongan kan macam kawan PERMAI tu..

terima kasih sudi join. sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO. tq

Post a Comment