Ep 50: Pesta Buku

Salam.

Pesta buku 2010

Kuala Lumpur International Book Fair 2010 (KLIBF 2010)

Datang dalam keadaan Permai tengah sengkek..

Memang dari mula biasiswa masuk dah asingkan bajet untuk beli buku *kalaupun tidak di pesta buku ni* tapi akhir-akhir ni perbelanjaan untuk makan pun makin ketat.. apalah maknanya KLIBF kali ini..

>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tahukah anda, sebenarnya ayat-ayat di atas telah dikarang pada 21.3.2010.. masa KLIBF 2010..

Permai singgah 2 kali ke KLIBF 2010 sebab masa tu banyak buku yang dalam list untuk dimiliki..dan banyak juga yang dipesan oleh orang jauh nun di kedah..

Buku terakhir yang Permai beli di KLIBF 2010 ialah “Ketupat Cinta” karya Faisal Tehrani.. tidak termasuk dalam list..ketika itu, hati sudah ditetapkan untuk terus pejam mata &keluar cepat-cepat dari PWTC, bajet tinggal untuk awasan dan tambang pulang sahaja.. tetapi seketika seorang sahabat menarik tangan untuk meninjau buku (*lagi..x puas*) begitulah akhirnya Permai memungkiri janji dengan diri sendiri.. Permai boleh la dikatakan ngefan dengan karya Faisal Tehrani..cuma tidak semua karyanya Permai ada...sekadar pinjam dengan kawan..

Tetapi..novel Ketupat Cinta ini sangat manis pada pandangan Permai.. Wajahnya melukis isi yang sangat enak.. mengajarkan resepi-resepi kuih & lauk pauk berserta dirakamkan sejarahnya..sedapnya..(^0^)

Pada muka hadapan novel tersebut Faisal menulis untuk Permai “Permaisuri, selamat menjamu selera” lalu menjatuhkan tandatangan beliau..aduhai..Permai sangat berselera untuk menghabiskan novel ini.. sayangnya novel ini sengaja tidak ditulis habis..

Yang paling sayang.. tak sampai pun setahun..novel ini telah hilang dari simpanan Permai..

Ketika ‘mengemas’ barang untuk persiapan menghadapi banjir yang melanda Kedah penghujung tahun lalu, Permai mati kutu memikirkan bagaimana semestinya menyembunyikan buku-buku yang berjumlah separuh bilik sederhana besar. Akhirnya, ketupat cinta antara yang tidak dapat dikesan selepas banjir mereda.. mungkin ia tersimpan di tempat yang terlalu selamat.. huhuhuhuhu.. sedih..(~.~)

Mana lagi dah nak dapat novel tu berserta dengan kenikmatan seperti yang telah berlaku.. Permai tak tahan kalau kehilangan buku.. sakitnya.. tambah pula buku yang ada kenangan manis macam ketupat cinta..

Untuk Pesta Buku 2011, Permai telah siapkan senarai buku idaman..moga diberi kelapangan untuk ke sana..tarikhnya bermula 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011. Lokasinya masih di PWTC.. jom kita ke sana..bawa semua keluarga mengunjungi gedung buku besar-besaran ni…seronoknya..ni baru la sesuai dikatakan meningkatkan industri perlancongan negara..biarlah negara ini maju secara bermaruah, geli & bodoh betol idea meningkatkan industri perlancongan dengan cara membuka pusat judi dan arak dengan luas..tak relevan!

P.E.R.M.A.I : Nak pi pesta buku!

0 comments:

Post a Comment