Baru-baru ini, dalam kesibukan dan pening meneliti pelbagai urusan peribadi dan kerja, Permai sempat ‘bermain’ dengan kawan-kawan.
Lukiskan tapak tangan, tulis nama dan bakat sendiri yang paling menonjol di tengah tapak tangan, kemudian minta rakan tulis cadangan kerjaya yang difikirkan sesuai berdasarkan bakat yang anda ada. Hasilnya anda akan dapat cadangan-cadangan yang mungkin anda tak pernah pun terfikir tentangnya.
Inilah yang Permai lakukan.
Hasilnya Permai memperoleh 5 cadangan kerjaya yang difikirkan sesuai dengan bakat.
Pembaca berita
Pendakwah
DJ radio
Penulis novel
Penceramah
(^^,)Y
Hari ini Permai dalam proses menjadi seorang pendidik, adakah bakat semulajadi Permai dapat membantu untuk berjaya dalam tugas ini?
Dalam sesuatu kerjaya, ukuran bakat memang menjadi indikator penting untuk menentukan tahap kekuatan supaya terus kukuh dan semakin membaik dalam berkerja. Bakat ini adalah anugerah, pemberian yang berbeza untuk semua orang. Apabila kita memilih sesebuah kerjaya, tentu sekali faktor bakat akan kita pertimbangkan dengan wajar. Sekiranya kita tidak berbakat dalam melukis, adakah kita akan memilih untuk menjadi pelukis..? Perkiraan yang mudah.
Kalau tidak berbakat dalam kerjaya yang diceburi, masih banyak indikator lain yang dapat membantu kita untuk berjaya dalam kerjaya tersebut. Minat, usaha, sokongan, tekanan, dan sebagainya tidak kurang penting untuk menentukan turun naik perkembangan kerjaya.
permulaan kerjaya bukanlah bakat semata-mata, tetapi mesti bermula dengan langkah pertama.
P.E.R.M.A.I : Berusahalah untuk menjadi orang yang berjaya, dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment