Permai tengah berbahagia kat rumah, bercuti… (^^,)
Apa yang dibuat ketika bercuti? Punggah kotak-kotak lama.. membiarkan diri diulit kenangan..tenggelam dalam timbunan kertas-kertas yang digunting, ditampal.. jumpa ayat-ayat power zaman muda-muda dulu..jumpa buku-buku lama.. jumpa cerita dan kisah yang terperosok untuk sengaja dilupakan..seronok.. kerja mengemas yang sepatutnya 5 minit ja dah jadi setengah hari..
SERULING
Anak muda itu
Terlalu pandai ia menyusun kata-kata
Memujuk dengan setangkai bunga
Di bawah pohon rendang.
Lalu rebahlah seorang puteri
Mengemis dengan bibir basah
Minta isikan dahaga
Dengan anggur bernama nafsu.
Maka
Angin pun meniupkan seruling
Dan bulan
Mengintai di hujung daun.
Ah, seorang gadis
Seorang perempuan
Di sini ia bermain dengan ombak
Ia bermain dengan api
Untuk pada suatu ketika
Dia akan menangis
Dan tersedu!
Zahari Hasib
Teluk Intan
Permai gunting dari akhbar utusan Malaysia, tapi tak ambil tarikh pulak.. mungkin terbitan sekitar tahun 2002-2006.
Kena dengan keadaan sekarang bila anak gadis menjadi bahan pemuas nafsu..sedang anak gadis itu sudah tahu, kenikmatan yang seketika itu membawa padah yang berpanjangan..
Permai teringat suatu pagi ketika permai baru sampai di Hentian Keretapi Alor Star, seorang pak cik ikhlas datang memuji..ikhlas datang menegur..ikhlas katakan bahawa setiap anak perempuan muslimah adalah anaknya juga..maka dia berhak untuk menegur untuk kebaikan anak itu..
Pak cik pesan kepada permai 5 hukum bersahabat, 6 cara untuk selamat dunia akhirat dan dengan panjang lebar pak cik minta permai jaga diri.. jauh daripada keluarga bukan tiket untuk menjadi tidak bijak dalam bersahabat.. pilihlah sahabat yang tangannya tidak seperti sudu dan garfu..rakus menyelongkar makanan yang bukan haknya..permai terasa seperti ingin menangis kerana diingatkan seperti itu…sungguh terharu..sesi muhasabah pada pagi yang baru mula menghangat.
INGATAN KEPADA ANAK GADIS
Suatu hari nanti
Kau bakal menjadi suri
Bergelar seorang isteri
Dan memasak untuk suami.
Jika nanti setelah kau siapkan
Hidangan di meja
Pastikan kau menutupkannya
Tidak dibiarkan ternganga
Begitu jua pintu rumah yang terbuka
Kerana di luar kucing-kucing
Sedang menunggu
Untuk masuk mencuri hidanganmu.
Jangan salahkan si kucing biang itu
Kerana kecuaianmu
Tidak menutup pintu
Dan membiarkan makanan
Terdedah tanpa ditutupkan
Sedang kau sendiri tahu
Kucing-kucing jalang banyak berkeliaran
Yang memang sentiasa menunggu
Saat alpamu.
Justeru itu hati-hati
Jangan sampai nanti
hidangan yang kau saji
tidak sempat dijamah suami.
Ehsan Jamily
Parit Keroma, Muar
Ni permai gunting dalam tahun 2005, sebab ada tercatat kat akhir keratan ni ‘setiap puisi yang tersiar akan dinilai untuk memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.’
Sedihkan..? sesuatu yang patut disimpan dan dijaga, dinikmati oleh orang lain..sayangnya…
Siapa tak hairan? Kerana top up RM5, gadis dan janda sudi menjual tubuh…tak ke aktiviti ni layak kita panggil sebagai tindakan bodoh dan kurang siuman?
BUNGA
Tak usah ditanya mengapa ku pilih
Bunga yang terliar, berseri
Yang tak akan Nampak di mata pun
Berwarna dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi
Pernah ku mencuba
terima seadanyaiku
Sayang ia selalu
Calarkan sudut hatiku
Hingga lelah jiwaku dikecewa
Tak mungkin berpaling kembali
Namun (lalu) ku yakini nanti
Tuhan pasti beri gantinya
Ku mohon yang indah padamu
Untukku tatap
Menawar resahku
Kekal aku di situ hanrungi cinta
Dan aku mohon yang terbaik
Bersantun kata-kata tentang cinta
Bicarakan rindu padaku
Mengharum selamanya.
Exist
Lagu : JS Kevin
Lirik : Musa Exist
Masa join program Biro Tatanegara tahun 2006, permai dapat kad sempena hari lahir yang ditandangan oleh semua jurulatih. Ada serumpun kata-kata indah tertulis pada kad ini.
Kalau ingin menjadi bunga,
Biarlah dapat disanggulkan pada gadis jelita
Kalau tak dapat menjadi bunga yang indah
Jadilah sehelai rumput yang menutupi gunung
Kalau ingin menjadi rumput
Biarlah dapat menghiasi sebatang jalan yang indah
Kalau ingin menjadi bintang
Jadilah bintang timur yang dapat menunjuk arah
YANG ABADI
Ya ALLAH..
Tuhan
ku harapkan kepadaMU
keampunan, keredhoan, kasih sayang, kehidupan terpelihara..
Hati yang dahaga
mengharapkan sinar cinta
nur kasihMU yang sejati
bahagia kekal abadi..
Tapi Engkau pun tahu onak dan duri pada duniaMU
Engkau ciptakan pagar rintangan
harga cintaMU jiwa ku korban
Atur langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhoi
Jangan biarkan hamba terkorban dengan dunia
Selamatkan..wahai Tuhanku
NamaMU biar dalam hatiku
Menanti hari dipertemuan yang abadi…
Ya ALLAH
Lagu & lirik : Mestica
P.E.R.M.A.I : semoga diambil iktibar..
0 comments:
Post a Comment