Ep 29 : Baiti Jannati II

Salam.


Baru-baru ni masa balik kampung, ada jiran Permai dapat ‘kontrak’ jadi baby sitter kepada pasangan ibu bapa muda. Bangga juga la..comel dan baik sungguh budaknya..datang seawal jam 5.30 pagi dan diambil pulang jam 5.30 petang. Seminggu pertama segalanya nampak selesa, anak-anak dan suami jiran Permai pun senang dengan kehadiran ‘orang baru’ dalam family ni.. kemudiannya menjadi berantakan apabila dibangkitkan soal bayaran..lain yang dijanji, lain yang dibayar. Ini kemudiannya membongkarkan kisah yang lain.

Pada usia 25 tahun pasangan ini telah mempunyai 5 orang anak dan 3 daripadanya telah diserahkan kepada orang lain untuk dipelihara lantaran mereka serba kekurangan untuk menanggung kehidupan anak-anak mereka. Anak yang sulung telah 9 tahun dipelihara oleh seorang kenalan mereka sejak usia kanak-kanak tersebut 5 bulan. Setelah dibincangkan secara baik, khidmat baby sitter telah dihentikan.

Kisah yang sama juga permai dengar apabila menyertai perbualan dengan geng ibu-ibu di kejiranan permai {kdg2 baik jugak nguping perbualan org lain..hehehehe}, seorang ibu telah 5 kali mengandungkan anak yang tiada sekalipun dia sempat belai kerana suaminya memilih untuk menyerahkan anak mereka kepada keluarga lain. Ayah anak-anak ini memilih untuk memindahkan tanggungjawab menjaga amanah ini kepada orang lain yang sentiasa meminta-minta rezeki daripada kelahiran seorang anak sedang ayahnya tidak tahu dari mana dia bisa membesarkan anaknya. Tinggallah si ibu dalam derita kerana rindukan anak-anak yang dikandung tetapi tidak dapat dicurahkan kasih sayang setelah lahir.

Dalam pilu Permai mengenangkan kesulitan membesarkan seorang anak, terselit juga rasa syukur kerana anak-anak ini tidak ditinggalkan oleh ibu bapa mereka ditepi longkang, atau dalam bungkus hitam, atau di tangga masjid, atau di mana sahaja atas alasan membuang bayi yang tidak ada ruang untuk dibiaya serta kehadirannya kelak mengundang malu dan dia tidak diperlukan dalam percintaan ayah dan ibunya.



Beginilah jahiliyyah zaman moden, pembangunan islam hadhari tidak berjaya membangunkan moral dalam masyarakat yang semakin bejat dengan jenayah berat. Jenayah membunuh anak yang hakikatnya merupakan lambang penyatuan dua jiwa yang diikat dengan perasaan. Bagaimana keyakinan tentang rezeki menjadi sebegitu sempit? Sedangkan ALLAH telah menjelaskan bahawa pembunuhan jahiliyyah itu sungguh keji dan mencabar kekuasaan serta keadilan ALLAH sebagai Penentu rezeki bagi setiap kejadian. Zaman lampau anak-anak perempuan ditanam kerana tak tahan menanggung malu dan bimbangkan kos sara hidup mereka, amat sedih dalam dunia serba maju dan terkehadapan ini, pemikiran sebahagian daripada kita masih dibelenggu jahiliyyah yang lebih melampau. Tidak kira mereka yang lahir itu, perempuan atau lelaki, mereka dilempar seperti sampah, mereka menjadi seperti tidak berguna langsung untuk dibesarkan, mereka seperti tidak berhak untuk dimanja, dibelai, ditimang, dan dilayan sebagai seorang manusia yang ALLAH agungkan kejadiannya berbanding lain-lain kejadian!

Bagaimana kelak sebuah rumah yang ingin menjadi syurga setelah anak-anak mengetahui mereka adalah sampah? Bagaimana kelak pembinaan sebuah syurga di rumah setelah anak-anak tidak mendapat hak mereka? Jangan buat muka tak malu dan cengil dengan anak-anak lantaran mereka bersikap derhaka sedangkan ibu bapa awal-awal lagi sudah derhaka dengan anak-anak.



Permai teringat salah satu cabaran yang ditekankan dalam pembentukan negara maju di Malaysia nengikut acuan sendiri ialah pembinaan masyarakat penyayang dan berbudaya penyayang dengan mengukuhkan institusi kekeluargaan. Wawasan 2020 (vision 2020) yang sungguh tepat dan ‘clear’ visinya, tetapi sungguh kabur perlaksanaannya dalam baki 10 tahun terakhir menuju tarikh penamat. Pembentukan satu generasi perintis dalam tempoh 30 tahun perlaksanaan Dasar Wawasan Negara ini sungguh kelam dan jauh untuk dicapai apabila gagal diselaraskan dengan sistem kapitalis yang semakin menguasai negara.

Perkiraannya mudah, Bagaimana ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak sedangkan harga barang semakin tinggi..

+ kos sara hidup semakin tinggi..

+ kerja harus lebih keras untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik..

= maka baiti jannati yang diidamkan menjadi impian yang ditangguhkan.

Kemudiannya hasilnya kita melihat keruntuhan institusi keluarga.

Permai sempat melayan sebuah cerita melayu yang pada Permai cukup untuk menggambarkan situasi tidak selamat dalam masyarakat Malaysia hari ini. Entah apa yang dapat dijadikan moral of the story, tapi Permai menyampah sungguh tengok si ayah yang dah ada 3 orang isteri berbilang kaum ada menyimpan hati kepada menantu sendiri. Jijik sungguh! Geli geleman rasanya..entah apa2 bahan cerita dan gurauan rakyat Malaysia sekarang. Tahulah hendak menyokong gagasan 1 Malaysia ..tapi tak perlu la kot sampai menghina institusi kekeluargaan sebegitu sekali…Tak payah la bercakap soal permata negara tapi isinya kanak-kanak dididik dengan cerita bodoh seperti ini!!!

Sebuah syurga di dunia ini, isinya telah tertulis dalam pengamalan syariat secara sempurna dalam semua aspek pembinaannya termasuk politik, ekonomi dan sosial..semoga ALLAH memandu kita menuju sebuah syurga yang damai untuk kita dan generasi kita. Semoga ALLAH memandu kita menuju syurgaNya yang tinggi di akhirat nanti..amiiiiin.



P.E.R.M.AI : berjuta=juta lemon terima kasih untuk ummi dan abi yang jaga Permai dan sudi membiaya kehidupan Permai dalam susah dan senang. InsyaALLAH… Permai akan jadi ummi yang mengenang semua ini.

1 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

Islam perlu didaulahkan. itu jalan penyelesaian.

Post a Comment