Puas vs usaha

Salam.

Permai terfikir tentang bagaimana memuaskan hati orang sekeliling kita. Walaupun memang dari awal lagi dah tahu kita takkan dapat samakan kepuasan setiap individu, tapi tetap ada sedikit rasa aneh dan usaha untuk capai kesempurnaan dalam melayan karenah orang lain.

Ingat tak kisah seorang bapa dan anaknya menunggang keldai?

Meh Permai cerita..jangan tak tahu, Permai pernah jadi juara bertahan untuk pertandingan bercerita tau… dua tahun berturut-turut… dengan modal cerita yang sama…haila..tak mencabar langsung..

[Cerita saya bertajuk ‘susahnya memuaskan hati orang’..

“Pada suatu hari di zaman dahulu kala, ada seorang bapa dan anaknya sedang berjalan menuju ke sebuah tempat bersama keldai mereka. Dalam perjalanan yang jauh itu, mereka bergilir-gilir menunggang keldai tersebut sehingga sampai di sebuah perkampungan yang penduduknya sedang berborak di kedai kopi. Tiba-tiba seorang pemuda berkata

“Lihatlah anak itu, sungguh derhaka sikapnya..membiarkan ayahnya menarik dia yang bersenang-lenang di atas keldai.. sungguh tidak sopan”

Mendengarkan itu, si anak menjadi serba salah serta malu, dia lantas mempersilakan ayahnya mengambil giliran untuk duduk di atas keldai manakala dia berjalan kaki sahaja. Perjalanan mereka diteruskan.

Kemudian ada seorang yang sedang menyidai pakaian di ampaian menegur sesama jirannya yang sedang mengunyah biskut.

“isy..isy..macam tu la perangai bapak..bukan reti kesian kat anak..kalau kita yang mak ni memang akan tatang anak..ko pun tau kan?” sambil geleng-gelengkan kepala macam ada bencana besar je.

Si ayah dan si anak saling berpandangan, ,masing-masing memikir bagaimana mereka mahu menyelesaikan persepsi orang terhadap mereka sedangkan perjalanan masih panjang. Lalu mereka sama-sama duduk di atas keldai sambil berharap tidak akan bertemu sesiapa lagi atau paling tidak, tidak menemui orang yang banyak komen.

“Astaghfirullah! Ni la kezaliman paling teruk aku pernah tengok, ada ke keldai yang kecil tu naik dua orang? Zalim,zalim,zalim, bantah kezaliman! Demo!”

Sekali lagi mereka berdua terpinga-pinga mencari penyelesaian. Kemudian keduanya turun dan menuntun keldai tersebut.

“wei..memang betol tak cerdik..elok-elok ada kenderaan yang memang fungsi utama untuk ditunggang, guna untuk di tuntun plak..tak reti..”

Addusss…harus gimana lagi ya pak?

Sekian, semoga mendapat pengajaran dari kisah ini. Terima kasih] clap ur hand r..

Hmmm..memang susah nak puaskan hati orang dalam setiap tindakan kita. Kadang-kadang kita menganggap sesuatu yang kita buat adalah biasa dan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti tapi rupanya kita sedang menyakitkan hati orang lain tanpa disedari.

Adakah ini bererti kita tak perlu ambil kisah apa yang orang kata atau kita seharusnya memikirkan jalan terbaik untuk memuaskan idea orang tersebut?

Permai kadang-kadang jadi risau untuk memulakan perkenalan kerana Permai risau jika ‘orang baru’ ini tidak dapat menerima gaya Permai atau Permai yang gagal memuaskan dirinya dalam perilaku Permai. Seperti yang dicadangkan oleh pakar dengan memuaskan hati orang lain maka kita akan diberi kepuasan, tapi jangan sampai menjejaskan kepuasan diri yang sengaja disimpan menjadi tekanan. Pakar selalu buat orang pening…

Pada Permai cukuplah kita berusaha untuk beri yang sebaiknya, macam cerita tadi…kedua-dua si ayah dan anak ini dah sungguh-sungguh berusaha untuk puaskan hati orang yang mengkritik tu.. tapi usaha mesti disertakan dengan kefahaman kenapa sesuatu tindakan diambil bukan semata-mata untuk puaskan hati orang yang memandang.

Sesekali elok juga ambil sikap kembali ke belakang, fahamkan diri tentang sikap diri sendiri dan orang sekeliling, kemudian berusaha untuk fahamkan orang tersebut dan dalam masa yang sama memahami dia juga. Bukan semua kritikan perlu diambil cakna. Tapi elok juga kritikan itu sesekali dikembalikan kepada pengkritik untuk sama-sama tingkatkan diri ke arah yang lebih baik. Mungkin dia tidak melihat kritikan itu sebagai pembina kepada dirinya… Itu mungkin lebih baik dari hanya memikirkan dengan gundah apa yang tidak sempurnanya aku di mata dia.

Suka sekali Permai pohon kemaafan atas sikap dan tindakan Permai yang menyenangkan sesiapa, Permai ini hambaNya yang lemah…Permai perlukan sokongan dan dorongan untuk memperbaiki diri…

Terima kasih kepada semua pengkritik Permai selama ini… sesapa je yang menegur secara langsung atau yang langsung tidak bertegur sapa… terima kasih untuk kritikan itu..

P.E.R.M.A.I : Mood dear diary sebab Permai baru selalu lupa untuk sedar

5 comments:

MF said...

Btul3..

Carilah redha Allah, biarpun ia terpaksa membelakangi redha manusia.. Sungguh, Dia-lah sebaik-baik pelindung, hanya kepadaNya kita bertawakkal dan hnya kepada-Nya kita kembali..

Jzkk ats perkongsian.. Semoga Allah redha~

CerminDiri said...

salam kehidupan,

kata hikmah 'keredhaan manusia itu adalah puncak yang tak mungkin dicapai'.

Anonymous said...

guna nama samaran rupanya sakinah ni..x perasan plak..ramai x puas hati kat sakinah sebenarnya..he

cendiakawan...

cendiakawan said...

guna nama samaran rupanya sakinah ni..memang x puas hati

cendiakawan..

CerminDiri said...

salam kehidupan,

ahli hikmah berkata 'keredhaan manusia itu adalah sebuah puncak yang tidak mungkin tercapai'

Post a Comment