Hari ini Permai nak berkongsi satu buku yang bagus. Buku mengenai pengurusan kewangan yang disampaikan dengan mudah dan tersusun oleh orang yang memang pakar dalam bidang kewangan. Buku ni dah lama kawan Permai pinjamkan, tapi Permai sayang nak pulangkan…jadi dok ulang-ulang baca r…
Ni cover buku tu…
Antara yang menarik dibincang dalam buku ini ialah susunan pengurusan kewangan yang dicadangkan penulis mengikut step umur dan kebiasaan rakyat Malaysia. Perancangan masa zaman belajar, zaman dekat2 nak kahwin, zaman dah berdua, zaman dah bertiga +++ (-,-‘)..zaman pencen..sampai perancangan kewangan selepas mati pun ada jugak…menarik jugak tu…
Oleh sebab penulis ini berkecimpung dalam bidang kewangan islam *dan memang pakar pun*, maka buku ini menekankan serta memberi galakan supaya pembaca terasa cenderung untuk memilih sistem kewangan islam dalam apa jua aktiviti kewangan termasuk tatacara berbelanja dalam kehendak syariat. Tu belum lagi dia sentuh tentang pengurusan hutang…ada plus adab2 dan etika berhutang lagi!..Itu yang menambahkan point dan bintang kat buku ni (“,)
Dalam memberikan tips mengenai kewangan, penulis juga menyelitkan info dan ‘nasihat’ mengenai kehidupan, contohnya dalam menyebut bahawa setiap pasangan suami isteri mesti merancang kewangan keluarga bersama, terselit juga nasihat supaya pasangan ini berkomunikasi dengan harmoni…walaupun perbincangan itu bukan melibatkan kewangan. Dalam saranan beliau supaya menulis wasiat, terselit juga nasihat supaya menjaga kesihatan seperti “dilarang merokok”..hehehehe..
Ok, Permai pun nak pulangkan buku ini sambil berjanji pada diri untuk memilikinya sebagai koleksi sendiri dan amalkan tips2 kewangan dan kehidupan yang disarankan dalam buku ni..insyaALLAH
Bukan permai tak tahu, kerana masalah kewangan la ramai yang jadi ‘panas’..sanggup pukul anak isteri, kerana urusan kewangan la ada yang jual tubuh, kerana hal kewangan la ramai yang bunuh diri di Jepun..tambah pulak dengan keadaan semasa hari ini..serba serbi mahal..serba serbi menekan..serba serbi penyakit....serba serbi tak terjangka..
Eloknya dalam hidup ini kita jadi orang kaya yang bersyukur..dua keadaan yang sangat sukar untuk bersatu..tapi bukan tak pernah ada contoh orang yang macam tu..Saidina Uthman bin Affan, Saidina Abdullah bin Mas’ud, Saidatina Khadijah RadhiaLLAHu a’nhum semoga Permai pun dapat jadi macam tu…amiiiiiin..sama macam yang selalu didoakan oleh orang2 soleh sebagai tips untuk jadi orang kaya seperti yang dikehendaki oleh islam..
“Ya ALLAH..letakkan dunia dalam tanganku, jangan letakkan dunia dalam hatiku”
Lagipun Nabi pernah bersabda
((Hampir saja orang yang fakir itu menjadi kufur))
Fikir-fikirkan, sebagai semangat dan motivasi untuk terus berusaha..
So, sapa2 yang tak ada idea how to start.. antara yang Permai boleh cadangkan ialah dengan membaca buku ni..harganya RM20..ni pun sebahagian daripada pelaburan dan perancangan kewangan jugak…jangan berkira sangat untuk anda majukan diri..semoga dibantu olehNYA..
P.E.R.M.A.I : thanks ye Along sayang…buku yang sungguh bermanfaat…nanti Permai pulangkan..kalau nak hadiahkan pun ok jugak..kecil tapak tangan, nyiru Permai tadahkan..(^^,)
1 comments:
salam kak permai...:-)
hehe..patut hrtu nampak kak kinah catat kire2 dlm buku.:-D
kak kinah. sape along tu..owwhh kakak kak kinah kot. hee..
Post a Comment