Ramadhan tahun ini jatuh pada bulan februari. Sekolah kami beri ruang yang besar untuk para santri berpuasa bersama keluarga. Murid yang tinggal di asrama paling seronok kerana cuti ramadhan kami tak sama dengan sekolah arus perdana. Sekolah ini buat takwim sendiri yang menjadikan bulan ramadhan sebagai cuti. Eh, aku dah beritahu kan, Sekolah ni ada sediakan asrama untuk pelajar yang tinggal jauh. Memang kebanyakan kawan-kawan kelas aku berasal dari Selangor, Perak, dan Kuala Lumpur. Dari 20 murid kelas 4 ibtidaiyy, 11 orang datang dari luar Kedah. Orang Kedah yang 9 orang ni pula, 5 sahaja yang tak tinggal di asrama - dipanggil budak berulang - termasuk aku.
Bulan puasa tahun ni, ibu ada dengan aku,
sama-sama di rumah tok. Ibu baru sahaja habis berpantang sebelum ramadhan dan
akan terus tinggal di sini sehingga hari raya. Seronoknya raya tahun ni. Ibu
kata sepatutnya giliran sebelah ibu, tapi ibu nak berpuasa di sini sahaja. Dengan
tok, ibu mertuanya yang baik. Terima kasih ibu kerana berusaha buat tok
gembira.
Tok - gelaran untuk nenek bagi kebanyakan orang
di Kedah. Tok orang Kedah ni perempuan, lelaki pula dipanggil tok wan.
Awal-awal dulu selalu kawan-kawan luar Kedah keliru dengan gelar tok ni sebab
mereka panggil wan atau opah untuk perempuan, tok untuk lelaki.
Tok aku wanita kental yang telah kehilangan 3 anak sebelum
kehilangan suaminya, tok wan. 3 anak yang keguguran itu buat tok mengambil anak
buahnya yang aku panggil Mak Chaq Zawiyah, Pak Lang Abdul Rahman dan Pak Teh Abdul Rahim sebagai anak susuan. Namun untuk tok wan yang bercerai mati, tok
tak gantikan dengan sesiapa. Sedangkan pada umur 50-an yang aku mengenal tok
ni, cantiknya masih ketara. Inspirasi kecantikan bagi aku. Tapi mungkin dengan
sederet anak ni buat tok berat hati nak berkahwin lagi. Oh ya, selain
kehilangan anak kerana keguguran, tok juga kehilangan anak sulungnya. Ayah aku.
Hilang hidup-hidup. Berpergian dan pulang sesuka hati. Pergi lebih lama, tak tahu
ke mana. Ayah ni..aduh, tak tahulah nak cakap..
Jadi puasa tahun ni, keluarga aku (ibu, kakak dan adik-adik) akan
puasa dan raya di sini bersama tok, Pak Cik Ali & Mak Su Aliyah. Ayah mungkin
akan tiba malam raya. Tapi tok kata, jangan harap sangat. Entah Tok memujuk ibu
& aku atau tok sedang memujuk hatinya sendiri.
Tahun ni Pak Cik Ali kata kita tak akan pasang pelita keliling rumah sehingga syawal. Aku dah tarik muka. Tak cantik la tak pasang pelita..selalunya bila kami pasang, rumah kami paling cantik kerana rumah tok ini berciri unik. Rumah melayu Kedah. Lalu pak cik kata kita kena tahu kenapa kita buat sesuatu. Kalau buat untuk meriahkan itu tak mengapa, tapi jangan sampai membazir dan membahayakan, tapi kalau kita tahu cerita asal malam 7 likur tu..kita nak ikut adat budaya yang mungkin ada percanggahan dengan syariat, baik kita pilih langkah berhati-hati. Aduh pak cik ni..di tazkirahnya aku..
Bermula 1 ramadhan, bunyi mercun & meriam buluh sudah menghiasi
malam. Memang terkejut dengan bunyi tu. Aku awal2 dah minta izin pak cik &
ibu untuk guna duit tabung dan beli bunga api, nak main ramai2 dengan 2 pupu
aku malam raya nanti. Kami dah berjanji-janji..
Tok ajak kami, yang kuat dan
mampu untuk solat terawih di musolla sekolah, jemaahnya memang tak seramai
biasa kerana sekolah sedang bercuti. Yang datang ni orang2 kampung sekitar
sekolah. Biasanya musolla ni muat 1 saf 12 orang kali 10 saf, tapi untuk bulan
ramadhan dapat 4 saf pun dah ok..Alhamdulillah.
Selepas buka puasa yang ringkas dengan kurma & air, kami terus
solat maghrib. Kemudian baharulah ambil makanan berat. Tapi biasanya yang
makanan berat ni pun pakat makan sikit sahaja, sebab dah kenyang air. Bulan puasa
kan selalu panas terik, itu yang dapat air hilangkan dahaga pun dah cukup.
Kemudian kami akan bergerak ke sekolah berjalan kaki sahaja. Jaraknya lebih
kurang 0.5km. Biasanya rombongan ke musolla ni kami berenam, Pak Cik Ali di
depan, Tok, Mak Su Aliah, kakakku Kak Yusra, aku & Yusri adikku. Rombongan
boleh jadi makin besar ikut kami bertembung dengan siapa. Boleh jadi Tok Su Puan, ibu hamzah & Ustazah Amnah tu, atau Mak Cik Siah atau Mak Cik Kamisah. Ibu tak ikut sebab kan ada anak kecil, jadi ibu selesa
solat di rumah sahaja. Nanti Pak cik Ali, Yusri dan jika ada lelaki lain, akan
buat lencongan kerana mereka solat di masjid sekolah. Masjid dalam kawasan
banin (pelajar lelaki). Nanti selepas solat, kami akan berjumpa semula di pagar
kawasan zink.
Dalam perjalanan balik dari solat terawih berjemaan suatu malam, Yusri kutip satu benda atas jalan. Bila disuluh rupanya, sehelai seluar dalam!. Yang geramnya dia beria-ia kata itu aku
yang punya dan tuduh aku berjalan sini sana tak pakai sependa. Kau kenapa kutip
segala benda atas jalan? Kenapa boleh sama? Bukan aku punya la yang Yusri jumpa
tu..takkan aku kena londehkan yang aku sedang pakai ni kot untuk buktikan
perkara itu?? geramnya.. tak senonoh betul!
Sampai di rumah aku dah sebal. Tiada
selera nak sambung dengan moreh. Selalunya aku beli keropok yang aku teringin
di siang hari untuk makan selepas soleh terawih. Malam ini tidak.. aku malu
kerana nampak macam aku yang salah, padahal betul-betul bukan aku. Kan aku dah
diajar malu di pondok ini. Benda seluar dalam macam tu aku tak tahu bagaimana
nak jelaskan. Sedangkan kalau aku menyidai pakaian untuk dikeringkan pun,
pakaian dalam tak pernah aku sidai depan rumah, di ruang terbuka. Aku akan
sembunyikan di bawah pakaian lain atau sidai di penyidai pendek belakang pintu
bilik aku sahaja. Tak! Ini bukan tentang cakap-cakap orang yang kalau kita
tayang-tayang pakaian dalam nanti lambat kahwin, ini memang urusan yang buat
aku malu. Ah, susahlah nak cerita.
0 comments:
Post a Comment