permai rasa

Salam. Permai dah habiskan peperiksaan akhir tahun ni. Ada orang kata tu cuma exam dunia, tapi tak kira dunia ke, akhirat ke tetaplah sebuah exam…camana pun kena lulus jugak..paling tak patut kalau dapat pass dengan baik kat exam dunia tapi fail tahap neraka punya exam akhirat…NastaghfiruLLAH..
Dah pun habis satu sesi pengajian, memang kalau nak kira semata-mata pada ukuran permai, sungguhlah banyak masalah yang dah permai timbulkan. Macam tak percaya pun ada…sebab sesi ni permai banyak sangat main-main dalam kuliah, tutorial…tapi syukur sangat sebab semua tugasan dapat permai siapkan sebaiknya. Sesi ni kalut tahap tak ingat, saimen bersusun macam kereta api je…hehehe..permai kalau bab cerita, selalu aje melampau-lampau….tu belum kira ‘hal-hal berbangkit’ yang tak dapat permai elakkan…semoga ALLAH nilai semua ni sebagai alkhair di sisiNYA…amiiin
Point utamanya, permai dapat simpulkan bahawa permai dah tak boleh buat main-main macam ni lagi dah. Huhuhu.. memang la keja dapat siap on time jugak, tapi penatnya sebab berkejar. Lagipun, amatlah tak bagus kerja bertangguh ni..tengah dok rileks, tiba-tiba ja ada hal yang tak disangka-sangka…haa..tak ke kalut?tak ke rasa nak je siapkan sume keja time tu jugak? Tak ke rasa nak marah kat diri sendiri yang tak reti-reti manage masa walaupun tau je diri akan hadapi menda macam tu? Huhuhuhu…
Apatah lagi, permai bukan lagi macam orang biasa-biasa…permai punya hidup patut berubah 360 dari cara hidup yang dulu… semoga ALLAH tetapkan hati permai untuk terus kekal dalam perjuangan ini.

Permai : permai yakin doa senjata mukmin,sumber kekuatan insan.

0 comments:

Post a Comment