kawan+sahabat+teman=diri sendiri


Salam. Permai pernah dengar satu teori yang mengatakan bahawa manusia cenderung untuk suka kepada dirinya sendiri. Dalam kata yang mudah, kebanyakan manusia kagum dan senang dengan dirinya sendiri. Sebab tu kita dapat melihat tahap sukakan diri sendiri yang paling tinggi dan dasyat telah diamalkan oleh Firaun yang over confident dan takbur dengan apa yang dia ada.
Sepanjang pemerhatian permai, (cewah..permai dah pandai memerhati ke?..)inilah faktor utama bagaimana seseorang memilih kawan dalam hidupnya. Orang kaya cenderung untuk berkawan dengan yang kaya macam dia jugak…tak kira lebih kaya atau kurang kaya berbanding dirinya, asalkan masih dalam kategori kaya. Orang dakwah (ni istilah yang selalu diguna pakai oleh kebanyakan orang untuk memperkenalkan orang yang ada ciri agama=?) pula tentu sekali akan berkawan dengan yang side-side dia ja…tu belum bercakap tentang artis yang berkawan kelompok artis je, yang ada kaitan dengan dia ja…segala tukang make up, wartawan hiburan dan sebagainya…
Aduhai..permai suka untuk memetik sabda Rasulullah Sallahualaihi wa sallam yang bermaksud :
“Perumpamaan bagi sahabat yang baik adalah seperti bersahabat dengan penjual minyak wangi, kalau tidak dia memberi kamu wangian maka bau wanginya akan turut terpalit pada kamu, perumpamaan bagi sahabat yang buruk seperti bersahabat dengan tukang besi, kalu tidak memalitkan bau busuk besi maka akan koyakkan pakaian kamu dengan percikan besi yang ditempanya”
Sampai begitu sekali islam mengajarkan erti persahabatan bermula dengan proses pemilihan sahabat yang baik supaya diakhirnya kita dapat mengakui inilah yang dikatakan sahabat sejati.
Sahabat yang baik memahami masa lalu kita, menghargai dan melalui saat-saat kini bersama kita dan mempercayai masa depan kita. Siapakah sahabat yang macam ni? sahabat ni adalah diri kita sendiri. Lagipun, sahabat kan cermin diri kita? Huhuhuhu..kalau kita fail jadi sahabat yang baik pada diri sendiri, mana boleh kita merungut terhadap sahabat lain


PERMAI : nak ucap beribu-ribu lemon terima kasih kepada semua sahabat permai sepanjang hidup permai ini…

1 comments:

hasni said...

hai permai
pantai permai ke??
ke da cdng nak duk pantai permai ni
sj xnk duk uma ngan aku kan
kcik ati aku permai
hehe
aku suka bait2 ini
Sahabat yang baik memahami masa lalu kita, menghargai dan melalui saat-saat kini bersama kita dan mempercayai masa depan kita

Post a Comment