Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini ialah
entry mengenang 2022.
Mari
mulakan dengan 2021. Tahun yang Permai boleh sifatkan sebagai ‘tahun yang
hilang’. Permai tak menulis tentang 2021 kerana tak sedar tahun itu telah
dilalui dan tamat, begitu sahaja. Tahun yang dalam hati banyak nak buat ~
dengan lebih baik ~ tapi banyak yang tak menjadi.
Hujung-hujung
2021 tu, Permai mendapat arahan untuk bertukar tempat kerja.
Dari Perak
ke Pulau Pinang.
Tidak.
Permai tak
mahu.
Sangat
susah untuk Permai cuba suka seperti yang Permai biasa buat.
Cuba-cuba
menanam mumbang,
Moga-moga
tumbuh kelapa,
Cuba-cuba
menawan sayang,
Moga-moga
tumbuh cinta.
Permai tak
mahu cuba.
Lalu Permai
merayu untuk tetap.
Sedang hati
tahu, Permai tetap perlu pergi.
Bezanya,
pergi jauh atau pergi lebih jauh.
Rayuan
diluluskan. Tapi harus berpindah ke depan sedikit.
Di sinilah
2022 bermula.
P.E.R.M.A.I 1 : Panjang pulak intro
Mari
mulakan dengan kesimpulan bahawa tahun 2022 ialah ‘tahun hijrah’.
Dua kali
pindah jabatan. Dari Bidor ke Tapah. Dari Tapah ke Baling.
Dua kali
pindah rumah. Dari Bidor ke Sedim. Dari Sedim ke Kuala Ketil.
Berkali-kali
ulang alik. Kedah – Perak.
Saban
minggu ulang alik. Sedim - Kota – Jitra
– Kuala Ketil.
Dari
pandemik ke endemik.
Dari Pendidikan Islam ke Matematik.
Dari
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke Bimbingan dan Kaunseling (B&K).
Dari PM 9
Dato’ Seri Ismail Sabri ke PM 10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim ~ Yang ini nanti kita
buat episod asing ~
Tahun yang
rencam bagi Permai secara peribadi dari segi keluarga, kewangan, emosi, rutin
hidup, hubungan luar. Oh senarainya sangat panjang.
P.E.R.M.A.I 2 : "2023, tolong beri kerjasama".