Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini permai nak bercerita tentang penulis
yang permai sangat suka. Suka yang kalau mereka ada terbitkan buku baru, permai
akan berusaha untuk dapatkannya. Cepat atau lambat. Oh, kena beritahu.. Senarai
ini tidak mewakili ranking. Permai suka buah fikiran dan tulisan mereka. Itu
sahaja.
#1 – Hasrizal Abdul Jamil
Sewaktu dalam program asasi, permai mendapat
biasiswa. Tinggal di Kelantan dan mendapat biasiswa adalah kombinasi yang
menjimatkan belanja. Justeru, setiap bulan Permai berani laburkan untuk membeli
buku di SMO, Jaafar Rawas, Kedai Buku Nilam Puri pun ok. Ikut mana yang sempat.
2 tahun itu Permai melanggan majalah I sebagai bahan bacaan wajib selain Reader
Digest. Di sinilah Permai berkenalan dengan Ustaz Hasrizal yang merupakan salah
seorang kolumnis majalah i.
Rakan sebilik pernah bertanya “kenapa kau
sanggup berhabis untuk majalah ni..?”
Dengan yakin permai menjawab “antara sebabnya
ialah tulisan Ustaz Hasrizal ni..” permai lantas meminta dia luangkan sedikit
masa membaca tulisan ustaz.
“aku rasa kau suka ustaz ni sebab bahasa dia
bombastik..tapi aku rasa isinya biasa sahaja..” ulasnya dua hari kemudian.
‘yelah..aku suka bahasa ustaz ni yang kau kata
bombastik tu..aku tak banyak duit macam kau setiap dua bulan masuk Speedy beli
cd cerita Taiwan..(ratus ratus tau harga CD tu)’ Permai menjawab dalam hati.
Entah kenapa bernada merajuk.
Ustaz Hasrizal istimewa sebab dia fasih menulis
dan bercakap. Ada kan kita jumpa orang yang tulisannya sedap, tapi bila
bercakap macam kurang ummph. Begitu juga sebaliknya. Tapi Ustaz Hasrizal,
Permai suka tulisan dan kuliahnya. Pemilihan kata ustaz selalu tepat
menggambarkan apa yang nak disampaikan. Disamping Permai kagum orang pandai
(berdasarkan peperiksaan upsr, pmr dan spm ustaz..hahahaha) macam ustaz ni
boleh ‘terjun’ masuk bidang agama, belajar di Jordan, kemudian berkelana di
Ireland menjadi imam dan guru besar sekolah. Semuanya ini Ustaz buat dengan
sedar dan cuba buat dengan betul bukan semata-mata mengikut arus dan nasib.
Permai langsung tak berat hati nak membeli Aku
Terima Nikahnya walaupun masa tu tak ada tunang atau calon tunang.
Melihat ‘kematangan’ Ustaz seiring masa melalui Secangkir Kopi Pengubat
Letih, Di Hamparan Shamrock Ku Seru Namamu, Rindu Bau Pohon Tin, Diari Abah,
dan lain-lain. Blog ustaz tak pernah Permai tinggal malah sentiasa menjadi
penggalak untuk Permai cuba menulis di blog ini.
Membaca Ustaz, terasa membesar bersama-sama
saif, naurah dan muiz. Tambahan kemudian ustaz memilih untuk mendalami ilmu
pendidikan ketika Permai bertugas sebagai pendidik dan ada anak yang mesti
dididik. Jujurnya, terkadang Permai jadi
risau dengan diri sendiri kalau-kalau Permai sudah sampai ke tahap taksub
kepada Ustaz. Namun In syaa Allah dengan rendah diri dan sedar, Permai berusaha
untuk memahami apa yang Ustaz ‘ajar’ dan menilai dengan akal sihat Permai
berpandukan ilmu. Geramnya dengan diri sendiri sebab sentiasa suka dengan apa
yang Ustaz kongsikan lewat Saifulislam.com, Facebook, Vlog dan buku.
#2 – Noor Suraya
Di Perpustakaan Awam Alor Setar Permai berjumpa
buat pertama kali dengan Noor Suraya melalui Tanah Adriana. Oh
tuhan..comelnya Fitri dan Aliya di Langkawi. Kemudian Permai mula mengikut Noor
Suraya yang kadang-kadang buat Permai rasa watak-wataknya ada sekeliling Permai
sahaja. Di Kedah, di Universiti Malaya, di Cameron Highland.
Ketika Permai berkenalan dengan penulis-penulis
Jemari Seni (JS), rasa manis karya mereka buat Permai bangga sangat sebab tahu
mereka akan ‘dikawal’ oleh Noor Suraya yang Permai percaya. Sayang sekali umur
Jemari Seni tidak lama, namun Hlovate, Syud, Imean, Rodier dan lain-lain
pengkarya JS sentiasa mewarnai monolog dan perspektif Permai. Itulah mahalnya
Noor Suraya bagi Permai kerana beliau telah melahirkan ramai penulis lain. Usai
membaca Noor Suraya (dan beberapa hasil JS yang lain), Permai jadi bersemangat
untuk menulis sesuatu. Hubungan Permai dengan JS hanyalah sebagai
penjual-pembeli sahaja, tapi kadang-kadang Permai perasan macam ada hubungan
keluarga dengan mereka. Kalau ada yang sama mengenal JS, dan-dan rasa bahagia..
Jaja & Din Permai pilih sebagai salah satu barang
hantaran perkahwinan. Membacanya kali kedua bersama Encik Damai lain
rasanya..kami saling menyapu air mata bahagian Ustaz Din pulang tanpa jari tu.
Novel duet Noor Suraya bersama Imean (Cintaku Luruh Di Oxford) istimewa sangat kerana selain idea duet,
latar tempat di UPSI, Trolak dan Taiping tu buat Permai ternampak-nampak Zuha
dan Falah di mana-mana dalam jajahan Bidor yang Permai diami kini. Membaca Noor
Suraya buat Permai makin mencintai Negeri Kedah dan loghatnya, serta Bahasa Melayu
juga.
#3- Faisal Tehrani
Permai mengikut karya beliau dari zaman remaja
Permai ketika dia mendapat jolokan ‘penulis muda yang sedang meningkat naik’.
Makalah, cerpen, novel ataupun puisi, kalau dihasilkan oleh Faisal Tehrani maka
Permai akan beri lebih perhatian. Membaca Faisal Tehrani seperti membaca suara
hati sendiri dalam bentuk penulisan yang menarik. Banyak sudut pandang yang
Permai ingin nyatakan ditulis dengan baik oleh beliau.. Hahahaha.
Tak ingat apa karya pertama beliau yang Permai
baca, tapi rasanya Permai boleh mengenal karyanya kerana penulisan Faisal Tehrani ada identiti
yang tersendiri. Cerpen Semanis Epal yang menjadi silibus dalam
KOMSAS Tingkatan 4 dulu antara yang seronok untuk dibaca dan dijadikan bahan
bercerita bersama rakan. Kami bercerita tentang angan-angan belajar di luar
negara..tentang kerja amal yang boleh kami buat..tentang buah epal yang sedap
dan murah..tentang orang tua yang selalu kita abaikan..tentang jahat yang
pelbagai bentuk dan yang ada dalam diri kita..
Tahun-tahun tingkatan 4 dan 5 itu Permai
berulang-alik dari rumah ke sekolah dengan bas domestik. Sementara menunggu bas
seterusnya, Permai akan singgah di Perpustakaan Awam Alor Setar. Di situlah
Permai berjumpa dengan Cinta Hari-hari Rusuhan. Asyiknya membaca
cerita dunia universiti yang insyaAllah akan Permai tempuhi setahun dua lagi
jika keputusan SPM menyebelahi. Pun begitu, Permai sedikit terganggu dengan
ilustrasi kulitnya kerana Permai rasa cerita itu ada kaitan dengan Hishamudin
Rais yang pernah Permai baca kisahnya 3-4 tahun sebelumnya. Ohh..terganggunya
sebab hero yang Permai bayangkan lain mukanya. Ciss..
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun
2010. Faisal Tehrani menulis ~Selamat menjamu selera, Permai~ pada helaian
pertama ketupat cinta yang permai ikuti potong-potong dalam
tabloid harakah. Perihal ini Permai dah tulis dalam episod 50.
Mula mengenal tere liye melalui karyanya hasil
terjemahan Imean dalam Hafalan Solat Delisa. Ketika itu Permai
mengandung anak sulung, Encik Damai ajak ke kedai buku dan bagi can pilih satu
novel, begitulah awal kisah bagaimana Permai boleh ‘mengikut’ tere liye. Dia
seorang penulis dari Indonesia. Adalah nilai antarabangsanya senarai penulis
kegemaran permai ni..lalalalala..
Tere liye menulis genre fiksyen, namun dengan
kritis memperihalkan keadaan ekonomi, kemanusiaan, pembangunan sosial, malah
menyentuh aspek iman dan rohani dengan baik. Kadang isi ceritanya berat, tetapi
dipersembahkan dengan cara yang ringan. Cubalah baca Rembulan Tenggelam
Di Wajahmu. Aduh..untuk Permai, setiap kali mengulang, setiap kali itu
tertegun. Genius sekali ceritanya. Sehingga Permai takut untuk menonton
ceritanya di layar perak kerana expectation yang tinggi dalam imaginasi sendiri
melalui novel.
Tere liye menulis sekian banyak. Koleksi Permai
baru separuh. Dalam Rindu, Tere Liye dengan santai menyampaikan
konsep jihad, Negeri Para Bedebah pula penuh aksi melarikan diri
dari khianat dan koruptor, dari yang sekecil-kecil hingga sebesar-sebesar
bedebah. Hujan memberi sedar tentang hubungan manusia dengan bumi
ini bukan sekadar ‘biasa’ tetapi ada unsur emosinya. Kejarlah siri anak, siri
bumi,dan belajarlah mencintai diri sendiri lalu bertemu cinta paling hakiki
dari Tuhan.
#5 - Pahrol Mohd Joi
Dari mana mulanya kisah Permai-Pahrol?. Dari
kisah Ummi Abi yang berjemaah bersama Ustaz Pahrol dalam Al-Arqam. Permai
membesar membaca majalah almukminah, alqiyadah, yang tim redaksinya menerbitkan
tulisan Ustaz Pahrol. Mungkin juga Ustaz Pahrol salah seorang editorial
majalah, buku dan bahan bacaan lain terbitan al-arqam. Ketika itu, telah Permai
fahami bahawa mungkin sebenarnya Ustaz Pahrol ini bukanlah ustaz agama, tetapi
seorang penulis. Cuma kerana dia berada dalam al-arqam, dia harus dipanggil
ustaz kerana semua orang lelaki dewasa adalah ustaz.
Istimewanya Ustaz Pahrol, gaya penulisannya
santai, gaya bercerita, cara orang motivasi, tetapi mempunyai point-point untuk
kita berfikir setelah bergulat dengan topik yang cuba diketengahkan beliau.
Selain itu, Ustaz Pahrol ada bahasa bunga-bunga dan tahu bermain bunga-bunga
bahasa atau kadangnya menggunakan gaya rima akhir perkataan yang hampir sama.
Perhatikan tajuk buku-buku yang ditulis beliau, Allah Dekat Tiada Gawat,
Kilas Dalam Kias dan sebagainya. Ini menjadi kelebihan yang sangat
besar buat Ustaz untuk menulis lirik lagu yang sangat indah dan bermakna. Bagi
Permai, membaca tulisan Ustaz Pahrol memberi Permai tambahan kosa kata dan
menjadikan Permai berminat ‘mengasah’ kemahiran bahasa melayu dari segi
pemilihan perkataan, susun atur ayat dan kena berani bermain kata supaya
cantik, menarik dan unik.
P.E.R.M.A.I : Ahmad Lutfi penulis yang Permai
percaya untuk membaca tentang politik. Ayman Rasydan pandai menulis tentang
budaya dan geopolitik. Ramai lagi..pendek kata, suka la dengan semua orang yang
pandai menulis..
0 comments:
Post a Comment