Ep 26 : Permaisuri seorang penulis

Salam.

Sepatutnya seorang Permaisuri itu seorang apa ye?

Suri rumah atau pemerintah?

Sepatutnya suri rumah la kan sebab ‘baginda’ isteri..

Dan sepatutnya juga seorang pemerintah sebab ‘baginda’ isteri kepada pemerintah…

Entahlah..tak habis fikir…

Point sebenarnya ialah bagaimana kalau ‘baginda permaisuri ini’ seorang penulis blog..hmmm..dah berlaku krisis identiti la Permai ni..(-,-‘)haila…

Zaman sekolah dulu, Permai pernah jadi penulis juga..tulis berita untuk buletin ‘ILTIZAM’..macam mana tiba-tiba boleh jadi wartawan pun Permai tak ingat..tapi yang pasti, join team ILTIZAM ni kira special la jugak…orang media la konon..kalau tak pun bagus pada pandangan orang lain..ia tetap bagus pada pandangan Permai sebab mengajarkan permai erti kerja, dateline, susunan ayat, etika, bla3….yang tidak ada harganya setelah sesuatu perkara menjadi pengalaman pada kita.

Antara orang kuat ILTIZAM ketika itu ialah kak Isyafinaz Ismail yang kebetulan Permai terjumpa no.teponnya baru-baru ini..*setelah lama lost contact*..dia sedang dalam pantang anak kedua..nama bayinya Ammar. Kami berpisah setelah 3 tahun bersama-sama ‘mengusahakan’ ILTIZAM. Dia menyambung pengajian ke Mesir, dan menulis beberapa pucuk surat untuk Permai yang serasanya hanya sekali Permai balas..lantas dalam salah satu suratnya dia pinta Permai teruskan menulis

“..tajamkan pena dan minda dengan terus menulis..tulislah apa saja..maka, jangan malas balas surat kak inaz ni…”

Dah lama tinggalkan dunia menulis yang formal. Yang menyumbang sesuatu untuk difikirkan..bukan sekadar menulis untuk dibaca sahaja..dan tiba-tiba ada seseorang mengingatkan Permai pada nasihat kak inaz..

“Permai memang ada bakat menulis la…teruskan berkarya ye Permai..”

Ayat di atas telah Permai modified supaya bunyi macam terlalu berharap pulak..hahahahaha

Tiba-tiba jugak Permai terasa ingin menulis sesuatu walaupun tahu bahasa dan kosa kata permai sangat terhad. Pengalaman pun terhad. Tapi apa salahnya tulis sikit-sikit sebelum jadi banyak kan?. Apa salahnya seorang Permaisuri menjadi penulis? Tapi, pikir-pikir balik sapa aje la yang baca blog ni…sapa aje la yang tahu ada seorang permaisuri nak jadi penulis…

Hmmm..bagus jugak..leh menulis tanpa tekanan..macam zaman jadi penulis untuk ILTIZAM dulu..hehehe..

P.E.R.M.A.I : tapi sebenarnya cita2 ni bersyarat…kena rajin tulis latihan ilmiah dulu la cik permai oi..dateline untuk hantar dah dekat sangat..[@.@]aduh..berkaca mataku..



Ep 25 : Sakit Mata

Salam.

Apa ye perasaan sebenar Permai sekarang..sebuah perasaan tak tergambar..ini sebenarnya perasaan yang akan Permai rasa setiap kali menghabiskan karya Noor Suraya..memang inilah rasanya, sama macam pertama kali Permai baca ‘Tanah Andriyana’ dan pada setiap kali Permai baca cerita Alia dan Fitri Hadi tu memang macam ni la yang Permai rasa..rasa melambung-lambung..rasa nak jadi watak dalam novel tu..rasa nak sengeh mengada-ngada sampai Anamusafir87 dah tercengang-cengang tengok Permai dok terhegeh-hegeh gelak..*banyaknya kata ganda*

Perasaan yang sama bila baca ‘Keranamu Ain’, ‘Rumah Kecil Hujung Padang’, ‘Surat Ungu Untuk Nuha’ dan yang baru habis tadi..’jaja & din’

Nak mengulas setiap satu tulisan K.su ni..*izinkan permai ‘bermesra’ dengan gelaran ni jugak* tapi mood sekarang tengah hepi dengan jaja & din..yang lain tu dilainkalikan boleh?

Mengenali Noor Suraya lewat karya-karyanya dan 2 kali berjumpa, Permai tidak berkira untuk menghayati apa jua tulisan beliau..nampaknya tidaklah begitu ‘ngefan’ bila dilihat hanya 2 kali berjumpa, tu pun bukan bercakap apa sangat pun..sapa la Permai ni..tapi tetap membungakan hati Permai..tetap mengujakan untuk promote tulisan k.su kepada peminat novel melayu..hasilnya permai pengaruhi sorang budakbebal untuk beli jaja & din..boleh la permai tumpang baca dulu sebelum beli untuk koleksi sendiri.. tq ya budak bebal Malaya…hehehehe

:: Jaja & Din ::

Mengangkat tema cinta yang berat berbanding yang lain-lain (setakat yang Permai baca la)..walaupun berulang kali jaja tegaskan ceritanya cuma cerita biasa yang sengaja dihebohkan sebagai luar biasa, tetapi pada permai ia tetap luar biasa..

Bagaimana seorang yang biasa seperti Jaja, seorang wanita berkerjaya yang tipikal pada masyarakat Malaysia kini boleh dibentuk oleh seorang yang tentu sekali bukan orang biasa kerana dari awal dia telah bercita-cita sesuatu yang tak berani pun difikirkan oleh pemuda dalam masyarakat Malaysia ini!. Din seorang yang sungguh halus..tapi jiwanya sungguh kental..lantas dia mendidik isterinya, Jaja menjadi insan yang berjiwa besar berbekalkan modal asas iaitu cinta.. betapa lah cinta boleh mengubah manusia..

Permai tak habis-habis kagum dengan watak Jaja dan Din yang dipersembahkan oleh K.su..Permai jadi teringin berkenalan dengan kedua-dua mereka.. tapi akhirnya Permai terfikir..bagaimana kalau Permai adalah Jaja? Atau paling tidak Permai ini adalah mana-mana watak disekeliling Jaja..mampukah Permai menjadi pendokong kepada Jaja yang kontroversi tu..?

Kehidupan Jaja dan Din tidaklah jauh dengan realiti.. Cuma mungkin tidak dibangkitkan dalam penulisan genre novel cinta popular seperti yang ada ini… setelah Permai melihat *sekadar melihat?* kebangkitan novel-novel cinta islami dari Indonesia yang begitu fenomena dan kemudian berjangkit ke Malaysia melalui beberapa tulisan berlatar belakangkan Timur Tengah, Permai rasa Jaja dan Din tidak kalah untuk sama-sama dikategorikan sebegitu juga. Dengan ciri Malaysia dan nilai moral yang sungguh menuntun hati nurani.

Bagaimana lagi harus Permai pujuk orang supaya membaca buku ni?

Best! Itu je yang Permai leh cakap..

Oleh kerana Permai sebenarnya tengah sakit mata…bertambah-tambah sakit dan bengkak pulak sebab Jaja & Din buat Permai nanges..syahdu dan insaf..tak kisah r walaupun kantoi Permai ni jugak ratu air mata..huhuhuhu (-^^-)

P.ER.M.A.I : Permai dah jadi melampau..kalau tak dapat Din, cukup la kalau dapat buku ni sebagai hadiah ish3..[^^,]

Ep 24 : ke mana wang anda?

Salam.

Hari ini Permai nak berkongsi satu buku yang bagus. Buku mengenai pengurusan kewangan yang disampaikan dengan mudah dan tersusun oleh orang yang memang pakar dalam bidang kewangan. Buku ni dah lama kawan Permai pinjamkan, tapi Permai sayang nak pulangkan…jadi dok ulang-ulang baca r…

Ni cover buku tu…

Antara yang menarik dibincang dalam buku ini ialah susunan pengurusan kewangan yang dicadangkan penulis mengikut step umur dan kebiasaan rakyat Malaysia. Perancangan masa zaman belajar, zaman dekat2 nak kahwin, zaman dah berdua, zaman dah bertiga +++ (-,-‘)..zaman pencen..sampai perancangan kewangan selepas mati pun ada jugak…menarik jugak tu…

Oleh sebab penulis ini berkecimpung dalam bidang kewangan islam *dan memang pakar pun*, maka buku ini menekankan serta memberi galakan supaya pembaca terasa cenderung untuk memilih sistem kewangan islam dalam apa jua aktiviti kewangan termasuk tatacara berbelanja dalam kehendak syariat. Tu belum lagi dia sentuh tentang pengurusan hutang…ada plus adab2 dan etika berhutang lagi!..Itu yang menambahkan point dan bintang kat buku ni (“,)

Dalam memberikan tips mengenai kewangan, penulis juga menyelitkan info dan ‘nasihat’ mengenai kehidupan, contohnya dalam menyebut bahawa setiap pasangan suami isteri mesti merancang kewangan keluarga bersama, terselit juga nasihat supaya pasangan ini berkomunikasi dengan harmoni…walaupun perbincangan itu bukan melibatkan kewangan. Dalam saranan beliau supaya menulis wasiat, terselit juga nasihat supaya menjaga kesihatan seperti “dilarang merokok”..hehehehe..

Ok, Permai pun nak pulangkan buku ini sambil berjanji pada diri untuk memilikinya sebagai koleksi sendiri dan amalkan tips2 kewangan dan kehidupan yang disarankan dalam buku ni..insyaALLAH

Bukan permai tak tahu, kerana masalah kewangan la ramai yang jadi ‘panas’..sanggup pukul anak isteri, kerana urusan kewangan la ada yang jual tubuh, kerana hal kewangan la ramai yang bunuh diri di Jepun..tambah pulak dengan keadaan semasa hari ini..serba serbi mahal..serba serbi menekan..serba serbi penyakit....serba serbi tak terjangka..

Eloknya dalam hidup ini kita jadi orang kaya yang bersyukur..dua keadaan yang sangat sukar untuk bersatu..tapi bukan tak pernah ada contoh orang yang macam tu..Saidina Uthman bin Affan, Saidina Abdullah bin Mas’ud, Saidatina Khadijah RadhiaLLAHu a’nhum semoga Permai pun dapat jadi macam tu…amiiiiiin..sama macam yang selalu didoakan oleh orang2 soleh sebagai tips untuk jadi orang kaya seperti yang dikehendaki oleh islam..

“Ya ALLAH..letakkan dunia dalam tanganku, jangan letakkan dunia dalam hatiku”

Lagipun Nabi pernah bersabda

((Hampir saja orang yang fakir itu menjadi kufur))

Fikir-fikirkan, sebagai semangat dan motivasi untuk terus berusaha..

So, sapa2 yang tak ada idea how to start.. antara yang Permai boleh cadangkan ialah dengan membaca buku ni..harganya RM20..ni pun sebahagian daripada pelaburan dan perancangan kewangan jugak…jangan berkira sangat untuk anda majukan diri..semoga dibantu olehNYA..

P.E.R.M.A.I : thanks ye Along sayang…buku yang sungguh bermanfaat…nanti Permai pulangkan..kalau nak hadiahkan pun ok jugak..kecil tapak tangan, nyiru Permai tadahkan..(^^,)