Ep 25 : Sakit Mata

Salam.

Apa ye perasaan sebenar Permai sekarang..sebuah perasaan tak tergambar..ini sebenarnya perasaan yang akan Permai rasa setiap kali menghabiskan karya Noor Suraya..memang inilah rasanya, sama macam pertama kali Permai baca ‘Tanah Andriyana’ dan pada setiap kali Permai baca cerita Alia dan Fitri Hadi tu memang macam ni la yang Permai rasa..rasa melambung-lambung..rasa nak jadi watak dalam novel tu..rasa nak sengeh mengada-ngada sampai Anamusafir87 dah tercengang-cengang tengok Permai dok terhegeh-hegeh gelak..*banyaknya kata ganda*

Perasaan yang sama bila baca ‘Keranamu Ain’, ‘Rumah Kecil Hujung Padang’, ‘Surat Ungu Untuk Nuha’ dan yang baru habis tadi..’jaja & din’

Nak mengulas setiap satu tulisan K.su ni..*izinkan permai ‘bermesra’ dengan gelaran ni jugak* tapi mood sekarang tengah hepi dengan jaja & din..yang lain tu dilainkalikan boleh?

Mengenali Noor Suraya lewat karya-karyanya dan 2 kali berjumpa, Permai tidak berkira untuk menghayati apa jua tulisan beliau..nampaknya tidaklah begitu ‘ngefan’ bila dilihat hanya 2 kali berjumpa, tu pun bukan bercakap apa sangat pun..sapa la Permai ni..tapi tetap membungakan hati Permai..tetap mengujakan untuk promote tulisan k.su kepada peminat novel melayu..hasilnya permai pengaruhi sorang budakbebal untuk beli jaja & din..boleh la permai tumpang baca dulu sebelum beli untuk koleksi sendiri.. tq ya budak bebal Malaya…hehehehe

:: Jaja & Din ::

Mengangkat tema cinta yang berat berbanding yang lain-lain (setakat yang Permai baca la)..walaupun berulang kali jaja tegaskan ceritanya cuma cerita biasa yang sengaja dihebohkan sebagai luar biasa, tetapi pada permai ia tetap luar biasa..

Bagaimana seorang yang biasa seperti Jaja, seorang wanita berkerjaya yang tipikal pada masyarakat Malaysia kini boleh dibentuk oleh seorang yang tentu sekali bukan orang biasa kerana dari awal dia telah bercita-cita sesuatu yang tak berani pun difikirkan oleh pemuda dalam masyarakat Malaysia ini!. Din seorang yang sungguh halus..tapi jiwanya sungguh kental..lantas dia mendidik isterinya, Jaja menjadi insan yang berjiwa besar berbekalkan modal asas iaitu cinta.. betapa lah cinta boleh mengubah manusia..

Permai tak habis-habis kagum dengan watak Jaja dan Din yang dipersembahkan oleh K.su..Permai jadi teringin berkenalan dengan kedua-dua mereka.. tapi akhirnya Permai terfikir..bagaimana kalau Permai adalah Jaja? Atau paling tidak Permai ini adalah mana-mana watak disekeliling Jaja..mampukah Permai menjadi pendokong kepada Jaja yang kontroversi tu..?

Kehidupan Jaja dan Din tidaklah jauh dengan realiti.. Cuma mungkin tidak dibangkitkan dalam penulisan genre novel cinta popular seperti yang ada ini… setelah Permai melihat *sekadar melihat?* kebangkitan novel-novel cinta islami dari Indonesia yang begitu fenomena dan kemudian berjangkit ke Malaysia melalui beberapa tulisan berlatar belakangkan Timur Tengah, Permai rasa Jaja dan Din tidak kalah untuk sama-sama dikategorikan sebegitu juga. Dengan ciri Malaysia dan nilai moral yang sungguh menuntun hati nurani.

Bagaimana lagi harus Permai pujuk orang supaya membaca buku ni?

Best! Itu je yang Permai leh cakap..

Oleh kerana Permai sebenarnya tengah sakit mata…bertambah-tambah sakit dan bengkak pulak sebab Jaja & Din buat Permai nanges..syahdu dan insaf..tak kisah r walaupun kantoi Permai ni jugak ratu air mata..huhuhuhu (-^^-)

P.ER.M.A.I : Permai dah jadi melampau..kalau tak dapat Din, cukup la kalau dapat buku ni sebagai hadiah ish3..[^^,]

2 comments:

+AnamuSafir+ said...

salam kak. wa,, promote novel hehe:-)
sakit mata? hmm buh minyak gamat tau. sya ade

+AnamuSafir+ said...

kak, hehe, anamusafir87 tgk permai sengih2, :-D~ hepi sokmo baca.. tp at the end. anamusafir terdengar bunyi desas desukan esakan.. isk2..
anamusafir cube memahami.. tntu novel ni sdih ending heee

Post a Comment