Ep 28 : Baiti Jannati 1

Salam.

Selepas melalui hari-hari yang tragis, selama hampir 3 minggu…thanks to all yang buat muka tak reti je bila tengok mata dah masuk habuk… hari jumaat terakhir yang sungguh penat dan panjang bagi permai..bergegas sana..berkejar sini..hadui..

Syukur, AlhamduliLLAH.. selesai jugak kerja bersama air mata dan keringat tu...

Hadiah untuk diri sendiri ialah…

Balik kampong yang sungguh indah permai…kedah yang sejahtera..kedah yang darul aman..(^^,)¥ peace…

Balik ni dapat jumpa dengan adik beradik..maklum aje, sejak masing2 dah membesar ni susah sangat nak kumpul semua.. cuti masing2 tak sama..ni kira ampun la jugak tak ada lagi adik beradik permai yang dah berkeluarga..kalau tidak, memang lagi payah nak susun jadual untuk berjumpa.. balik kali ni pun tak sempat jumpa dengan adik yang di USM dan UIA..

Kenapa pilih balik kampong sebagai hadiah untuk diri sendiri…?

Sebab rumah adalah syurga..rumahku syurgaku..sound clise…tapi memang ada signifikan jugak..

Setelah berpenat lelah bertani di dunia ini, ALLAH janjikan syurga sebagai tempat rehat yang menjadi ganjaran terakhir, yang membuatkan ummat manusia makin gigih beramal baik. Syurga itu destinasi yang pasti. Seberapa kufur pun manusia, seberapa jahil pun manusia, seberapa dosa manusia, masih berharap untuk tinggal di syurga ALLAH nanti.

Justeru dengan sebaik-baik bekalan, kita semua sedang bersiap untuk balik ke syurga. Destinasi terakhir yang pasti ada. Cuma tidak pasti benarkah kita akan berada di sana. Maka pohonlah rahmat dan kasih sayang ALLAH supaya kita semua tergolong dalam kalangan orang yang terpilih untuk menghuni syurgaNYA.

Rumah pun seperti syurga. Ia tempat terakhir untuk kembali setelah berpenat mencari rezeki di dunia ni. Ia tempat mula untuk bangkit. Ia tempat untuk berpatah balik dan mulakan langkah baru. Permai telah perhatikan seberapa ramai penagih dadah yang diterima pulang ke rumah sebagai cubaan untuk pulih dari ketagihan. Meski asalnya dia telah menyepak ibu dan ayah yang gagal menyediakan sumber kewangan untuk dia bayar harga dadah. Meski dia telah salah menyantuni isteri dan anak-anak yang tidak memahami ketagihannya. Dia tetap pulang ke rumah meski malu, kerana rumah itu destinasi pasti.


Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..

Kenapa sampai sanggup menolak emas? Kerana kita sukakan rumah kita.. ni bukan semata-mata soal harga, tapi soal nilai..

Macam Permai sukakan rumah… meski saiznya tidak seperti Sri Perdana, ia tetap berseri.. setiap kali sebelum melangkah keluar mesti mencari tangan ibu untuk dicium.. dan ibu akan terus berpesan, jaga diri baik-baik..jangan tinggal solat..bila cium tangan ayah pasti dia berpesan…hati-hati..apa-apa hal, bagitau..

Macam Permai sukakan rumah… meski tidak seperti White House, ia tetap putih..ia tempat teguran dan pujian yang ikhlas untuk membentuk jati diri..

Macam Permai sukakan rumah… meski tidak dikelilingi pengawal dan cctv, ia tetap dirasakan selamat..ia menghargai setiap kehadiran tetamu dan penghuni..

Macam Permai sukakan rumah… meski tidak mewah *malah sering sesak*, ia tetap membuatkan jiwa menjadi kaya.. terasa ingin terus memberi bukan untuk mengharapkan balasan..

Macam Permai sukakan rumah… meski tidak setenang dan sesunyi istana, ia menenangkan walau hanya mengenal diam lewat jam 11 malam.. ia mengundang senyum dan tawa melihat telatah dan karenah setiap isi rumah..

Bagi Permai.. sebuah rumah tak mesti besar, mewah, penuh kelengkapan, makanan yang banyak dan lazat, selesa untuk bermanja atau apa saja yang difikirkan perlu..tapi sebuah rumah pada Permai mesti seperti syurga yang tak pernah sesiapa pun dalam kalangan kita yang membaca ini jejaki..

Syurga sebuah tempat rehat..maka rumah mesti dapat merehatkan fizikal, mental dan spiritual.. Syurga sebuah tempat yang mewah..maka rumah mesti sebuah tempat yang mewah dengan nikmat yang tidak menipu dan sia-sia.. Syurga sebuah tempat yang dikurniakan atas rahmatNYA..maka rumah mesti mengumpul rahmah, mawaddah dan sakinah.

Macam perfect eh rumahku syurgaku ni?

Maka sekali lagi kita mesti bersyukur kerana diciptakan berbeza..kemudiannya menjadikan penerimaan kita terhadap sesuatu perkara pun berbeza..dan mujurnya hal itu menjadikan kita tidak terikat untuk membina dan mengenali syurga sebelum menikmati syurga yang hakiki nanti..insyaALLAH

P.E.R.M.A.I : Sangat hepi dapat balik rumah semiggu..

Puas vs usaha

Salam.

Permai terfikir tentang bagaimana memuaskan hati orang sekeliling kita. Walaupun memang dari awal lagi dah tahu kita takkan dapat samakan kepuasan setiap individu, tapi tetap ada sedikit rasa aneh dan usaha untuk capai kesempurnaan dalam melayan karenah orang lain.

Ingat tak kisah seorang bapa dan anaknya menunggang keldai?

Meh Permai cerita..jangan tak tahu, Permai pernah jadi juara bertahan untuk pertandingan bercerita tau… dua tahun berturut-turut… dengan modal cerita yang sama…haila..tak mencabar langsung..

[Cerita saya bertajuk ‘susahnya memuaskan hati orang’..

“Pada suatu hari di zaman dahulu kala, ada seorang bapa dan anaknya sedang berjalan menuju ke sebuah tempat bersama keldai mereka. Dalam perjalanan yang jauh itu, mereka bergilir-gilir menunggang keldai tersebut sehingga sampai di sebuah perkampungan yang penduduknya sedang berborak di kedai kopi. Tiba-tiba seorang pemuda berkata

“Lihatlah anak itu, sungguh derhaka sikapnya..membiarkan ayahnya menarik dia yang bersenang-lenang di atas keldai.. sungguh tidak sopan”

Mendengarkan itu, si anak menjadi serba salah serta malu, dia lantas mempersilakan ayahnya mengambil giliran untuk duduk di atas keldai manakala dia berjalan kaki sahaja. Perjalanan mereka diteruskan.

Kemudian ada seorang yang sedang menyidai pakaian di ampaian menegur sesama jirannya yang sedang mengunyah biskut.

“isy..isy..macam tu la perangai bapak..bukan reti kesian kat anak..kalau kita yang mak ni memang akan tatang anak..ko pun tau kan?” sambil geleng-gelengkan kepala macam ada bencana besar je.

Si ayah dan si anak saling berpandangan, ,masing-masing memikir bagaimana mereka mahu menyelesaikan persepsi orang terhadap mereka sedangkan perjalanan masih panjang. Lalu mereka sama-sama duduk di atas keldai sambil berharap tidak akan bertemu sesiapa lagi atau paling tidak, tidak menemui orang yang banyak komen.

“Astaghfirullah! Ni la kezaliman paling teruk aku pernah tengok, ada ke keldai yang kecil tu naik dua orang? Zalim,zalim,zalim, bantah kezaliman! Demo!”

Sekali lagi mereka berdua terpinga-pinga mencari penyelesaian. Kemudian keduanya turun dan menuntun keldai tersebut.

“wei..memang betol tak cerdik..elok-elok ada kenderaan yang memang fungsi utama untuk ditunggang, guna untuk di tuntun plak..tak reti..”

Addusss…harus gimana lagi ya pak?

Sekian, semoga mendapat pengajaran dari kisah ini. Terima kasih] clap ur hand r..

Hmmm..memang susah nak puaskan hati orang dalam setiap tindakan kita. Kadang-kadang kita menganggap sesuatu yang kita buat adalah biasa dan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti tapi rupanya kita sedang menyakitkan hati orang lain tanpa disedari.

Adakah ini bererti kita tak perlu ambil kisah apa yang orang kata atau kita seharusnya memikirkan jalan terbaik untuk memuaskan idea orang tersebut?

Permai kadang-kadang jadi risau untuk memulakan perkenalan kerana Permai risau jika ‘orang baru’ ini tidak dapat menerima gaya Permai atau Permai yang gagal memuaskan dirinya dalam perilaku Permai. Seperti yang dicadangkan oleh pakar dengan memuaskan hati orang lain maka kita akan diberi kepuasan, tapi jangan sampai menjejaskan kepuasan diri yang sengaja disimpan menjadi tekanan. Pakar selalu buat orang pening…

Pada Permai cukuplah kita berusaha untuk beri yang sebaiknya, macam cerita tadi…kedua-dua si ayah dan anak ini dah sungguh-sungguh berusaha untuk puaskan hati orang yang mengkritik tu.. tapi usaha mesti disertakan dengan kefahaman kenapa sesuatu tindakan diambil bukan semata-mata untuk puaskan hati orang yang memandang.

Sesekali elok juga ambil sikap kembali ke belakang, fahamkan diri tentang sikap diri sendiri dan orang sekeliling, kemudian berusaha untuk fahamkan orang tersebut dan dalam masa yang sama memahami dia juga. Bukan semua kritikan perlu diambil cakna. Tapi elok juga kritikan itu sesekali dikembalikan kepada pengkritik untuk sama-sama tingkatkan diri ke arah yang lebih baik. Mungkin dia tidak melihat kritikan itu sebagai pembina kepada dirinya… Itu mungkin lebih baik dari hanya memikirkan dengan gundah apa yang tidak sempurnanya aku di mata dia.

Suka sekali Permai pohon kemaafan atas sikap dan tindakan Permai yang menyenangkan sesiapa, Permai ini hambaNya yang lemah…Permai perlukan sokongan dan dorongan untuk memperbaiki diri…

Terima kasih kepada semua pengkritik Permai selama ini… sesapa je yang menegur secara langsung atau yang langsung tidak bertegur sapa… terima kasih untuk kritikan itu..

P.E.R.M.A.I : Mood dear diary sebab Permai baru selalu lupa untuk sedar