Ep 23 : 12 Rabiul Awwal 1431

Salam.


Tidak apa yang nak diceritakan dengan panjang lebar kecuali menghantar ingatan kepada seorang sahabat yang mengikut langkah murabbinya dalam merutinkan lidah dengan lafaz selawat. Hampir setiap minit beliau akan berselawat bukan sekadar untuk menutup gugup dan mencari kosa kata yang beku dalam otak, tetapi menggambarkan rasa cintanya pada rasul tidak perlu menunggu 12 Rabiul Awwal.

Lidah yang basah dengan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad dengan sebenar-benar faham dan kasih kepada baginda itu mampukah dijamah oleh panas api neraka nanti?

Tubuh yang meratib selawat untuk Nabi Muhammad dengan sungguh-sungguh rindu layak sekali mendapat syafaat daripada Baginda nanti..

Justeru mari kita lafazkan selawat bersempena dengan ulang tahun kelahiran insan yang agung ini sehingga Allah dan para malaikat menyampaikan selawat dan salam buat baginda.


Allumma solli a’la sayyidina Muhammad, wa a’la aalihi wa sohbihi wa barik wa sallim

P.E.R.M.A.I : Ingatan untuk diri sendiri, mohon diberi kekuatan untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang dirindui baginda…amiiiin

Ep 22 : Semanggi

Salam.

Sekeping gambar, pelbagai maksud.

Pada Permai, ini sebuah gambar yang tacing sebab menggabungkan clover dengan kata-kata semangat..

S.e.m.a.n.g.g.i

Kata iman, gabungan semangat + tinggi…

Mungkin sedikit menyejukkan hati Permai yang sedang walang dan berduka nestapa, down dan tak ada semangat..

P.E.R.M.A.I : semoga terus bersemangat ye Permaisuri…huhuhuhu..GAMBATTE NE!

Ep 21 : Mengadu

Salam.

Permai ingin mengadu tentang apa yang permai rasakan akhir-akhir ini. Permai seperti jadi pemalas untuk belajar, jadi malas untuk menghadap buku, jadi malas untuk berkongsi ilmu, jadi malas untuk hadir ke kelas, jadi malas untuk berbuat apa saja..untuk update blog apatah lagi..

Ya ALLAH..

Pemai teringat syair yang popular daripada Imam Syafie mengenai aduannya kepada gurunya Imam Waqi’ mengenai kesukaran beliau untuk menghafal akhir-akhir ini. Lantas guru yang alim itu dengan berhikmah menyebut sebuah bait pesanan yang Permai rasakan menjadi teguran juga buat Permai

“ilmu itu cahaya, dan cahaya daripada ALLAH itu tidak akan dihidayahkan kepada aa’si (orang yang berbuat maksiat)”

Nastaghfirullah al a’zim

Apalah sangat permai jika dibandingkan dengan Imam yang mengasaskan mazhab yang utama itu

Apalah sangat Permai jika dihitung amal maaruf dan amal maksiat…

Mana mungkin Permai yang serba dhaif ini mengangkat diri dalam muhasabah tentang maksiat yang telah dilakukan..

Mana mungkin Permai yang serba kurang ini tidak menemui titik-titik maksiat yang telah dilakukan..

Tinggalkan dulu perbahasan panjang mengenai ciri-ciri dan maksud sebenar aa’si…

Abaikan dulu hujah-hujah dan dalil-dalil mengenai orang yang berbuat maksiat itu supaya Permai tidak ada alasan untuk mengambil pendapat yangmenyedapkan hati…

Ya ALLAH..

padaMU Yang Maha Pengampun, Ya Ghaffar

aku pohon keampunan…

padaMU Yang Maha Menerima Taubat, Ya Tawwab

aku kembali…

padaMU Yang Maha Agung, Ya A’zim

aku mohon diberi kekuatan…

tidak ada Tuhan melainkan Engkau..maha suci Engkau..sesungguhnya aku ini hamba yang termasuk dalam kalangan orang yang zalim

P.E.R.M.A.I : Motivasi yang baik pada diri ialah apabila kita dapat mengenali siapa kita dan lantas mengenali Yang Maha Berkuasa atas kita.